18 February 2011

adakah masa tu emas?

assalamualaikum~ :)

satu soalan. adakah anda jenis manusia yang tahu menghargai masa? jika ya, sila kenyit mata kanan dan jika tidak, kenyit mata kiri. haaaa.. dah kenyit ka belum tu? tak kan tak tau di kategori manakah anda sepatutnya berada? :D

heee.. kepada yang kenyit mata kanan atau kiri tu, jangan lah mengorat blog saya. HAHA.. bukan. bukan. kepada yang dah kenyit mata kanan tu, tahniah kepada diri anda dan sila beri tepukan kepada diri sendiri. manakala kepada yang dah kenyit mata kiri tu, ALHAMDULILLAH lah kalau sedar diri. peluang untuk berubah masih terbuka luas untuk kalian. :)

Surah Al-‘Asr berkisar tentang kepentingan masa. kepada yang tak tau tu, sila daftarkan diri anda di kelas fardhu ain yang berdekatan. huhu. 


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
وَالْعَصْرِ
Demi masa.
إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْر
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.


aku ni bukanlah seorang yang menghargai masa sangat pun. kalau dalam bilik, dua puluh empat jam aku kerja tidur ja. tambah-tambah kalau sedang dilanda malapetaka. lagi aku suka tidur. jam 2100 dah terbongkang. hmm.. tapi, jangan risau. semua orang di dunia pernah menghargai masa walau sekali. bilakah? mai cheq nak habaq kat ampa naaaa.. ^__^

1. di bulan puasa
fuhh. masa ni, memang semua orang pakat hargai masa. nak nak pulak masa tengah sahur. tinggal lima minit lagi, kalau boleh masuk lagi dua pinggan nasi, mesti nak balun jugak. betapa emasnya masa di bulan puasa. eh. bukan emas lagi dah. platinum. HAHA.. kalau lagi lima minit nak bukak puasa pun sama. semua pakat renung jam. mungkin ada yang tak tau, Perlis merupakan negeri terakhir yang akan berbuka puasa di Malaysia. jadi bila ada pelajar-pelajar dari Perak, Penang dan negeri-negeri yang terdekat ni memang suka merungut. padahal beza minit buka puasa di Perlis dengan Perak atau Penang, tak sampai lima minit pun. HAHA.. lihatlah betapa mereka menghargai masa. :)

2. di bulan peperiksaan
haihh. bulan ni, ampa jangan buat main. dengan-dengan aku sekali rasa masa tu jongkong emas. masa ni memang kalut sangat la. kalau dulu dua puluh empat jam tidur, tapi bila waktu peperiksaan, nak tidur lima minit pun rasa membazir gila. kira duk ulang ayat 'what a waste', 'what a waste' ja dalam hati. tu diaaa.. punya la depa menghargai masa. assignments pun termasuklah dalam kategori ni. -,-

3. di hujung-hujung nyawa
pi hospital, tiba-tiba doktor kata, "awak ada lebih kurang tiga bulan saja lagi untuk hidup." pranggg! (efek kaca berderai ke lantai) dalam hati dah istighfar beribu-ribu kali. "Ya Allah, sempat ka aku kahwin bertaubat?" bagi mana-mana yang selama hayatnya tak pernah teringat nak buat baik, terus jadi baik. dari gila duit, jadi gila ibadah. sebab apa? sebab ada lagi tiga bulan saja nak bertaubat. kalau masa sihat dulu, "chill lah. kita lambat lagi nak mati. nanti dah tua, kita bertaubat lah!" haa.. bila dah dapat tau ada lagi tiga bulan, pandai pulak kau tak tunggu hari tua kau baru nak bertaubat kan? baru kau tau, masa itu emas kan? apedehal derr? HAHA.. :D

amacam? setakat tu ja la yang aku mampu fikir. sesiapa ada yang tambah, moh le kongsi ngan teman. :)

sekarang ni aku sangat menghargai masa.
setiap minggu balik dan ulang-alik ke rumah.
nanti pi Shah Alam dah tak boleh balik selalu.

No comments: