14 February 2011

anda kucing, merpati atau merak?

assalamualaikum~ :)

hai. mari berdiskusi. huhu. tiba-tiba semangat nak jadi pakar psikologi berkobar-kobar pula di dada. membara-bara. rasa macam nak putuskan saja hubungan sulit dengan kejuruteraan. terus pi curang dengan psikologi. gamble juga ni. HAHA..

baiklah. hari ni, mari kita kupas sedikit sebanyak tentang perempuan dan di kelas manakah mereka berada di mata kalian. moh teman kabor ke mike. :)
seperti yang kalian boleh lihat dan baca, kat atas ni aku ada sediakan tiga kategori untuk perempuan. klasifikasi ni dibuat secara rawak. sekadar pendapat aku. tak setuju, ada aku kesah? dah kata pendapat aku. tak nak terima, sila keluarkan pendapat sendiri. wa takda hal punyerrrr der..

pertama, perempuan kategori kucing. pergh. bukan berbulu mahupun gebu yang aku maksudkan. perempuan dalam kategori ni, perangai dia sebijik macam kucing. manja tak bertempat. cuba perhatikan kalau kita pi mana-mana kedai makan. mesti akan ada sekurang-kurangnya seekor kucing yang akan datang dan menggesel-gesel kat kaki kita. sama ada mintak dimanja, dijamu ataupun disepak. jenis ni memang la aku tak kisah. lantak engkau lah nak manja pun. tapi kena beragak juga. bukan semua orang suka digesel-gesel. dan bukan semua orang juga yang sukakan kucing. jadi, kita sebagai perempuan janganlah suka sangat mengendeng, meow meow sangat dengan lelaki sana sini. bukan semua lelaki suka barbie-liked girl okayyy.. bagi aku, jenis kucing ni senang di ayat. lelaki memang suka. ^__^

kedua, jenis merpati. pernah dengar peribahasa 'jinak-jinak merpati' tak? heee.. merpati ni, kategori bersaham agak tinggi juga lah kalau nak dibandingkan dengan si kucing tu. walaupun dia suka, dia tak akan tunjukkan sangat 'kesukaan' dia terhadap lelaki. kalau kau nak try pun, kena letak some efforts juga la. lagi satu, perempuan dalam kategori ni suka main tarik tali. bila kita nak, jual mahal. bila kita buat tak pandang, dia kerling. jenis macam ni, tak semua lelaki suka. sebab kebanyakkan lelaki, tak suka benda yang susah. nak yang mudah saja. -,-!

ketiga, spesies merak. haish. merak ni dah memang duk tau dah tahap kesombongan dia kan? padahal bukannya cantik mana pun aku tengok. HAHA.. si merak ni, saham dia memang tinggi menggunung. mencanak-canak. tapi, kalau cantik tak pa juga. still considerable. jenis macam ni, kalau ada lelaki yang berjaya pikat, wa caya sama lu beb! mesti perempuan tu tabik springggggg kat kau di atas segala usaha berat kau mengayat dia. tak sangka, masih ada yang mengejar saham yang tinggi nilainya. walaubagaimanapun, bukan semua lelaki juga yang nak kan perempuan macam ni. kan aku dah kata, lelaki suka benda mudah. sedangkan nak mengorat merpati pun fikir lima ratus kali, inikan pula merak. T_____T

yang lelaki, jangan nak marah, emo-emo segala pula. kan aku kata, BUKAN SEMUA. kalau anda berada di luar lingkaran BUKAN SEMUA tu, tahniah kepada diri sendiri! :)

aku? hmm.. jujurnya, masih berada di kalangan merpati. I jinak youuu.. saham tak tinggi, saham tak rendah. orang kata, anak dara tak elok jual mahal sangat. nanti tak ada orang nak. HAHAHAHA.. what about you then?

anak ayam on sale!

tiba-tiba rasa macam suka gila pula kat nama Rayyan!

11 comments:

akema yazid said...

hooiihh..
amende lak anak ayam kena sale..
aku anak merpati oke? ;p

AdilaKaman said...

kuma : anak MERPATI? HAHAHAHAHAHAHAHHAHA.. :P

fanna said...

merpati merpati

AdilaKaman said...

nabila : tak boleh! korang stok anak ayam ja. :P

fanna said...

janji bukan bunga taik ayam

AdilaKaman said...

nabila : HAHAHAHAHA.. rafflesia, tak mau ka? :P

akema yazid said...

melur sudah diambil orang..
HAHA..;p

AdilaKaman said...

kuma : budak tu, bungan taik ayam okay. ang mana tau, ang geng kacil. HAHAHAHA..

Zhafran Muslimin said...

aku suka benda susah..tapi bila org jual mahai...aku juai berkali2 ganda lapanpuluhlapanperpuluhanlapan kali lagiiii mahai..huhu xD

AdilaKaman said...

zhafran : apakejadahnya la ang duk buat juai mahal? cuihhh..

AdilaKaman said...

zhafran : apakejadahnya la ang duk buat juai mahal? cuihhh..