assalamualaikum~ :)
sila fahamkan situasi ini.
kamu suka berkongsi segalanya dengan si buah hati. kongsi perasaan, kongsi rahsia, kongsi makanan, kongsi aksesori, kongsi itu dan kongsi ini. LU LANGSI, LU MATI. HAHA.. *tiba-tiba* tujuan hanya satu. ingin mengeratkan lagi perhubungan. kamu la yang kata. bukan aku. sebab aku tak adanya nak kongsi macam-macam. makanan pun sendiri-sendiri kot. huhu.. okay, mari sambung. ehem. bila dah suka sangat kongsi itu, kongsi ini, kamu pun bercadang untuk kongsi kad sim. dengan alasan, nak mengeratkan lagi hubungan dan kononnya tak mahu ada rahsia di antara kalian. kiranya, kad sim kau, aku punya, kad sim aku, kau punya. jadi, dengan secara tak langsungnya mesej dan kawan kau, aku punya, mesej dan kawan aku, kau punya. haaa.. begitulah ringkasannya.
tiba-tiba... bila dah tukar kad sim, si buah hati kau pun mulakan penyiasatan. scrolled down the contact list up till the end and...., hah! WAN. siapa WAN? dalam hati si buah hati dah berapi. "siot punya awek. nombor laki mana pulak ni dalam kad sim dia? syazWAN? ikhWAN? ridzWAN? ciss. bedebah! siap lah kau nanti.", ngomel si buah hati kamu. dengan berapinya si buah hati kamu pun menelefon kamu dan bertanyakan perihal si WAN tadi.
buah hati : siapa WAN?
kamu : WAN? lah. kawan la.
buah hati : memang la kawan. lelaki ka, perempuan?
kamu : lah. perempuan la.
buah hati : perempuan? apa nama penuh dia?
kamu : nama penuh? err.. lupa la.
buah hati : @#$%^&*
..............................................................
moralsssss of the story here, aku ada banyak nak bagi.
1. nak kongsi pun, beragak lah. kad sim pun kau nak kongsi, apedehal derr? kalau dapat buah hati mata keranjang, baru kau tau. kau, dengan kawan kau sekali dia angkut nanti. haishh.
2. baru bercinta, tak payah la kot kongsi berlebih-lebih sangat. aku pun pernah bercinta jugak. tak pernah lagi semangat nak kongsi kad sim. kad sim kau, kau punya. kad sim aku, aku la yang punya. aigoo..
3. sedarkah kalian bahawa majoriti penduduk di Kelantan mempunyai nama WAN di pangkal nama mereka tanpa mengira jantina? perempuan pun banyak ja WAN kot!
4. ingatlah nama penuh kawan anda. ianya bukan sahaja kejam kalau tak mengetahuinya, bahkan ia juga mampu membantu anda di saat-saat getir macam situasi yang kat atas ni. -,-
lawak la bila tengok gelagat orang bercinta zaman sekarang. kongsi. kongsi. pi KFC beli cheezy wedges sekotak, Pepsi segelas. kongsi dua. nasib baik yang lelaki kurus. cuma yang perempuan ja tembam. alala romatiknya. rasa nak cecubit je pipi pasangan tu. alolo. HAHA..
favourite picture of the week dari budak ni. :D
keluar ja cerita KONGSI nanti,
mesti ramai pi tengok.
budak zaman sekarang suka KONGSI.
10 comments:
lu langsi lu mati..
jum tengok kongsi!!!
kuma : mei okayyy.. ang pun dah berambus balik bagan serai dah masa tu. -,-
lu langsi lu mati 2 pe mksud die?hahaha
ishh,,org skunk memg ske kongsi2 nie.. ciap ade yg kgsi baju agie..baju awk, baju sy juge..hahaha
lau ketiak awk masam, ketiak sy masam juga..ngeee
alya : lu langsi, lu mati tu tagline cerita KONGSI lah. HAHAHA.. tak tau pulak apa maksudnya. :P
ketiak masam pun share? oh NO! :D
wan???
wow..
hahahahahaha
nabila : HAHAHAHAHHAHA.. chill. chill. :D
haha hebat kak limah
kongsi katil ngn usin
lagi satu kak limah ni golly ker
defend?? ataupun reserve jaa?? haha
xpa2, kita p tengok ramai2 dkt AS. ;p
bella : tengok jugak ka cerita tu? aku tak tengok habis lagi la. -,-
akuma : tak mahuuuuuuu..
Post a Comment