22 March 2011

untuk abah, sempena 22 Mac

assalamualaikum~ :)

abah. abah aku seorang lelaki yang tak comel, tak tinggi, tak gebu dan tak jugak kurus. tapi beliau baik, warm, manis dan kacak di mata aku. abah garang dan aku amat takut kepada beliau. hairannya, tak ada seorang pun daripada adik-adik aku yang takutkan beliau. penakut kah aku ini? -,-

sepanjang dua puluh satu tahun hidup bersama, abah tak pernah menghampakan sebarang permintaan yang aku buat. ya, beliau tak pernah gagal. padahal, aku jarang sekali memenuhi sebarang permintaan yang beliau buat kepada aku. kadang-kadang rasa bersalah menyelubungi diri bila aku gagal membawa pulang slip peperiksaan yang mengandungi sebaris lurus A (straight A's). tapi abah tak pernah marah. bahkan beliau sering berkata, "tak pa. angah dah buat yang terbaik. setakat ni angah adalah anak abah yang terbaik." which obviuosly menambahkan lagi rasa bersalah di dalam diri ini.

jadi yang terbaik, tak semudah yang disangka. secara sedar atau tidak, abah telah meletakkan sepenuh harapan dan impian beliau kepada aku. bebanan yang diletakkan di bahu, kadang-kadang terasa terlalu berat untuk dipikul seorang. anehnya, aku tak pernah mengeluh. to be his best girl, is my priority. dalam hal ini, aku tak kan kalah dengan sesiapa. :)

kadang-kadang teringat zaman sekolah. bila abah pujuk aku sebab aku nangis-nangis tak dapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. paling tak lupa, UPSR. aku beria-ria nak pi ambik slip dengan abah, tiba-tiba kawan telefon rumah bagitau yang aku cuma dapat 4A. walhal aku yakin gila yang aku mampu dapat 5A. meraung-raung aku dalam rumah. bila abah ajak pi sekolah, terus tak mau pi sebab sedih sangat. tapi abah tetap ajak. beliau bawak aku ke tepi sungai, and that was when he said that I am his best girl although I didn't achieved my 5A's goal. abah pujuk aku yang tengah menangis tak henti tu, sampai aku mengalah dan bersetuju nak pi sekolah. lepas ambik slip, he bought me KFC. :')

aku bukanlah seorang anak yang manja. tak macam adik-adik, yang selalu main-main dan berlawak dengan abah. aku rasa kekok. tak tahu kenapa. kasih sayang aku kepada beliau, tak dapat dilihat secara zahir. sekadar ditunjukkan melalui keputusan peperiksaan yang baik tapi 'kurang' cemerlang yang mampu aku bawa pulang. itu sahaja. to see how glad he was whenever I said, "I'm a Dean List!" is all I ever wanted in my life.
abah, I know I did a lot of mistakes towards you. my stubbornness might annoys you. and my words might hurt you too. but all I want you to know is, I Love You and I always proud to be your daughter, your girl and your precious. semoga abah dipanjang umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan jalan hidup, dipanjangkan jodoh dengan mama dan diberi kebahagiaan penuh oleh ALLAH. abah sentiasa berada dalam doa angah.
SELAMAT ULANG TAHUN KE-53 ENCIK KAMAN BIN JAYA.

2 comments:

teyhah said...

happy besday pakcik kaman:
sama besday ngan angah saya:)

AdilaKaman said...

teyhah : happy birthday tuk angah kamu juga. :)