07 April 2011

antara mulut, telinga dan akal

assalamualaikum~ :)

orang kata, kita ni lebih banyak bercakap dari berfikir. exercise mulut katanya. renggangan geraham. untuk gigi lebih sihat. eh. apakah? melalut dah aku. kelaut. memang kelaut. aigoo.. -,-

tapi, sedarkah bahawa kita ni jugak lebih banyak mendengar dari berfikir?

contohnya, hmm. aku malas lah nak taip. panjang berjela nanti. kalian kan selalu layan drama Melayu, drama Indonesia. tak kan tak faham lagi? yang kita dengar tu, kadang-kadang kedengaran lain, tapi maksud dia lain. lepas tu, yang kita nampak pun, sama juga. kan selalu, scenes kat drama televisyen. kesian heroin kena tipu. sebab tengok kot jauh ja, lepas tu tak guna akal, terus percaya. sangat tipikal! -,-

telinga yang mendengar dan mulut yang bercakap sememangnya serasi bersama. yang pasti, depa memang tak akan join venture (JV) dengan si akal yang berfikir. pasaipa? telinga dengan mulut ni, macam kita dengan kawan-kawan. aku cerita, kau tambah perasa. kau dengar, aku tambah pemanis cerita. baru sedap. enak dimakan begitu saja. sehingga menjilat jari. huhu.. yang si akal ni pulak umpama warden asrama dengan kita dan kawan-kawan. tak sherashi bershame gitewww..

aku tak suka spekulasi. dan, paling tak suka kalau ada yang selalu pantas bertindak sejajar dengan spekulasi. pantang dengar cerita. menonong ja bertindak. hidup kena rileks. act cool macam mana sekalipun, kau akan fail bila saja kau bertindak pantas sejajar dengan spekulasi atau khabar angin sepoi-sepoi bahasa. skema tu, terserlah. sangat. that is not cool man.

lagi satu, berita dari mulut ke mulut. pergh. menyirap ja kalau terpedaya. contohnya macam ni,

A : weh, kelas batal hari ni.
B : seriusssssssss??
A : yala, batal.
B : pergh. best gila seharian tak dak kelas. nak ajak C keluaq ah satgi. makan bihun sup kat The Store. *berkejaran capai telefon dengan hati yang berbunga-bunga*

5 minit kemudian,

B : weh C, jum pi makan bihun sup tepi The Store!
C : bihun sup? okay, set. bila?
B : satgi ah. petang ni kan tak dak kelas. ^_^
C : tak dak kelas? ang duk mengarut pa weyyyy? kelas ada kot.
B : sapa kata?
C : tadi ada budak mesej encik, tanya. dia kata ada ja.
B : *hati berkecai*


nampak tak? kesian kan? tak pasal-pasal hati B berkecai, hancur berderai. nanti siapa nak kutipkan serpihan hati B yang berselerak di lantai tu? siapa? siapa? kau? aku? hmm. satu lagi, baca ni.
lu pikirlah sendiri!

No comments: