19 April 2011

final terakhir diploma

assalamualaikum~ :)

to whom it may concerns,

selamat maju jaya kalau ada yang sedang atau yang bakal menduduki peperiksaan akhir, walau di universiti mana anda berada. ucapan aku ni cuma untuk yang dah habis sekolah, yang belajar kat universiti. kau budak sekolah, jangan mengada. peperiksaan pertengahan tahun pun tak buat lagi. -,-
insya'ALLAH, this might be my last final for diploma because I am a final year student. dah tua rupanya aku ni. tengok kat cermin, nampak dua belas tahun lagi. oh. patut la. cermin kan pantul. whenever you show to it 21, it will give you 12 instead. hakikatnya, tidak. -.-!

ah. dah melalut.

baiklah. aku ni tak reti dah bermadah, berhelah. mari kita teruskan dengan niat asal kita. iaitu, mendoakan kawan-kawan seangkatan dengan kita untuk berjaya. atau dalam erti kata lain,

"semoga lulus dengan warna yang terbang", Cisdel.

mai sini kita kongsi sikit apa-apa yang patut. boleh sediakan pen dakwat basah, pen dakwar kering, pen marker, pensil kayu, pensil tekan atau dakwat bersama berus sekalipun, kot-kot nak salin. cheq tak kisah. suka hati ampa la noooo.. kertas jangan lupa pulak. huhu.. :)

........................................................................................

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”


2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”


3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”


4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”


5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.” 

akhir kata,
memang kita yang berusaha,
tapi ALLAH yang tentukan. :)

2 comments:

nabila izyani said...

selamat menjawab dylli =)

Unknown said...

gud luck adila!!!
jwab exam baik2..

*sedang mood jeles ngan org da nak abes blaja..nnt dpat grad..hehe