18 April 2011

ini nyawa satu

assalamualaikum~ :)

huhu. minggu lepas aku ada naikkan status,

"I finally got my life back!"

haishh. salah percaturan sebab naikkan status macam tu. as if my life was taken away somewhere before. sepatutnya ianya patut kedengaran lebih kurang macam ni,

"akhirnya aku dapat KAKI aku kembali"

haaa.. lebih kurang macam tu la. sepatutnya la kan. hehe.. KAKI apakah? hmm.. semestinya lah motorsikal aku. my only Lagenda 110Z, si hitam manis aku. bersama kekasihnya, topi keledar LTD, si merah menyala tu. fuh. daftar dari semester tiga, berangan nak bawak mai UiTM. akhirnya, hujung semester enam baru dia dapat merasa masuk universiti. mine one is educated vehicle maaaa... :D

gambar tahun 2007. la ni dia upgrade. rim baru suda. tubeless tires giteww.
so, obviously this is my 'kaki'. I owned both of them since 9th January 2007. mama bought them for me in cash. pasai tu la ada menda alah kuning dekat tayar tu. syarikat insurans bagi, sebab depa takut hilang. huhu.. berkilat kan? HAHA.. sebenarnya aku mintak Nouvo dulu. lepas tu, banyak sangat kekangan dari orang ramai, jadi aku mintak LC pulak. lepas tu kawan-kawan lelaki racun fikiran aku dengan benda yang bukan-bukan pasal LC. at last abah said, "la ni, hang pi kedai motor tu, pilih nak motor apa. tanya harga, balik mai habaq kat mama dengan abah." -,-

nombor plat aku, 586 tu, memang aku sayang lah kan. mula-mula macam benci jugak lah tiga angka. sebab mata dah biasa tengok empat angka. lepas tu, KCA tu. kat sekolah kawan-kawan duk ejek aku KACA, KACA, KACA kan. frust lah jugak kan. tapi akhirnya, jadi sayang pulak. tiga angka, istimewa kot beb! HAHA..

kalau empat tahun dulu, all I got is, "weh berkilat gila motor hang. hang boh wax ka?" walhal aku cuma basuh dengan Dove ja. tak dak nya nak wax wax bagai. aku kan perempuan, mana tau benda-benda macam tu. wax tayar pun, abah yang paksa.

but now, this is what I'm getting from people around, including me actually. "hah. tengok, dah berkarat dah motor hang." or, "buruknya motor."

serius shit sedih kot! motor ni dah banyak bertukar tangan lepas aku masuk UiTM. kalau dulu aku basuh dia setiap minggu dengan penuh kasih sayang, lepas aku masuk UiTM, tak dak sapa nak 'layan' dia dah. mandi pun sebulan sekali. tu pun, kalau bertuah lah. bila aku balik rumah, memang dah tak dak hati nak tengok. sayu ja tengok dia dah compang camping macam anak kucing jatuh loji taik. :'(

huhu.. Lagenda aku dah empat tahun lebih umurnya. maknanya, aku pun dah merempit selama empat tahun lebih. pro tak pro, belakang kira. HAHA.. banyak pengalaman pahit manis aku bersama dia. paling jauh, kami dah sampai ke Alor Setar dan Jitra lah. fuhh.. tak boleh lupa semua tu. hee..

kalau cakap pasai pengalaman naik motor, orang kata kalau tak jatuh, tak rempit lah kan? HAHA.. yes, I slipped once. masa tu baru berapa bulan ja naik motor. it was raining heavily, and we were looking for a shelter. I was speeding and I slipped during my sharp cornering 'stunt'. HAHA.. dah la hujan. bawak laju. lepas tu ambik selekoh dengan tajamnya. maunya tak jatuh. nasib baik naik sorang. kalau tak, dengan kawan aku jadi superman. HAHAHA.. memang tak boleh lupa lah pereistiwa tu. nasib baik tak terluka. cuma malu saja yang aku dapat. lepas kejadian tu, aku memang fobia nak bawak motor meredah hujan. bila sampai selekoh pun, aku dah tak ambik secara 'rempit' dah. :P

oleh kerana darah rempit tu memang ada dalam diri, aku dan kelajuan memang tak dapat nak dipisahkan. tak kira lah menunggang atau memandu, aku memang gila kelajuan. boleh tanya kawan-kawan yang pernah naik bersama. HAHA..

zaman sekolah, kelajuan bukanlah kepakaran aku. aku lebih kepada mencelah. mama selalu marah bila aku suka mencelah antara kenderaan-kenderaan di atas jalan raya. dah kata naik motor kan? tak rempit lah kalau tak mencelah. HAHA.. tapi sekarang ni, kemahiran mencelah aku dah tumpul sikit sebab aku lebih kepada memandu dari menunggang. :)

hari tu ada kawan tegur, "weyy. kau P lagi? HAHAHA.."

LOL. aku dah competent kereta motor dua tahun kot! adik aku naik, jadi P tu automatik kena ada lah. oleh kerana ego aku yang kuat, membuak-buak, aku agak frust jugak lah bila kena lekat P kat kenderaan kan. masa bawak kereta dulu, walaupun aku baru nak mahir memandu, aku tak nak lekat P sebab hakikatnya aku dah competent. walaupun masa tu aku bawak macam orang lesen L. gila perangai, buruk kan? HAHA.. tapi sekarang ni, ALHAMDULILLAH. semua dah cekap dah. ;)
semua orang duk buat hairan bila aku nak balik UiTM jam 2200 seorang diri.
kalau aku duk takut-takut,
sampai bila nak maju dalam hidup kan?

4 comments:

Zhafran Muslimin said...

membe aku baru ja eksiden moto..menjelang final plak 2..sadis2

AdilaKaman said...

zhafran : seriussss? kesiannya! -,-

K2r~90 said...

herm bile le aq ley g kuliah nek moto nih hehe

AdilaKaman said...

k2r~90 : hehe.. kalau ada motornya, soon lah tu. :)