15 April 2011

kenangan itu

assalamualaikum~ :)

tarikh : 15 April 2001.
hari : Jumaat.
jam : 1303.
muzik latar : perpisahan ini.
mod : sedih.

kalau ikut pengiraan aku yang boleh diharap ketepatannya ni, jangka hayat budak hitam hanya tinggal lima belas hari saja lagi. tidak termasuk hari ini. kerana dengan bermulanya Mei, masing-masing akan mula membawa haluan sendiri. kerja sambilan, kursus, praktikal atau mungkin kahwin. barangkali. hehe..

tamatnya diploma, bermakna sudah tiga tahun kami bersama. lama kan? aku tak pernah berkawan baik dengan orang yang sama lebih dari tiga tahun. sebab aku selalu pindah sekolah. budak hitam bukan saja berjumpa bila nak belajar. kami bersama untuk segala-segalanya. belajar, melepak, mengumpat, makan angin, ponteng. HAHA..

last night, we had our very last dinner. we sang Perpisahan Ini. some of us were crying throughout the song. including me, of course. T_T

hati bebas aku berkata,
"yay! tinggal kurang dari sebulan saja lagi nak habis diploma. best gilaaaaaaa.. boleh duk rumah. bangun lewat, pi berjalan merata, tak payah basuh baju sendiri, tak payah teruk-teruk nak pikir mau makan apa hari-hari. semuanya ada di rumah. yay!"

hati cinta aku berkata,
"hmm. tak sampai setengah bulan saja lagi. lepas ni, dah tak boleh nak lepak sama-sama. gosip-gosip. usik-usik capik. mesti bosan. tsk."

sekarang aku sedar. berpisah dengan kawan lebih sadis dari berpisah dengan lelaki. frust bercinta pun tak seteruk ni. aku bantai menangis depan depa sampai jatuh tahap ke'macho'an aku. padahal selama ni selalu act tough. huhu..

weh kawan-kawan. dah merata kita pi. dah banyak kita kongsi. aku harap kalian tak akan lupakan Arau. mahupun aku. nanti kita ijazah sama-sama lagi ya. kecuali UiTM memisahkan kita. sekelompok di Shah Alam, sekelompok di Pulau Pinang. *nangis*
semalam tiba-tiba aku cakap, "weh, nanti mesti aku selalu mai melawat Arau ni. melawat kolej, melawat bilik." hehe.. dah gila agaknya aku ni. :P
setiap pertemuan pasti ada perpisahan...

7 comments:

miss tita said...

mesti aku rindu orang yang suka sakat aku..haha :P

lambatkan laa masa ni..:P

AdilaKaman said...

fika : tau tak pa capikkkkkkkk! ang la pi lambatkan weh. :D

akema yazid said...

haha..aku baru nak buat movie maker 'geng budak hitam'..
nantikannnn!! (:

rieyaawgazli said...

kau tak gila pun kalau datang arau ni...
i will do the same if i were u...
:)

AdilaKaman said...

kuma : ang jangan duk letak gambaq pelik-pelik! :P


ria : mesti guard tak bagi masuk nanti. :P

rieyaawgazli said...

tunjuk je la kad matrix tu...
hehe...

AdilaKaman said...

ria : diorang tak ambik meh kad tu? waaaaaaa. bagus. bagus. :)