assalamualaikum~ :)
keras kepala. orang kata, keras kepala ni tak elok. maksudnya degil. tak suka dengar nasihat orang. tak nak terima pendapat orang. dan selalunya, orang yang keras kepala ni, lebih cenderung untuk mempunyai sifat ego. kira pakej la keras kepala dengan ego ni. *mengata diri sendiri* -,-
tapi, sekeras-keras kepala aku, kalau hentak kat dinding, bengong juga. kalau tunggang motorsikal, pakai helmet juga. kiranya, tak dak la keras mana pun kepala aku ni kalau boleh pecah kan? HAHA..
keras kepala aku ni, memang dah berada di tahap yang kritikal. dan aku sangat bangga dengan ego yang ada dalam diri aku. dah nama pun ego kan? tak sah kalau tak bangga diri. haishh. pakej lagi. dah macam tiga dalam satu. keras kepala+ego+bangga diri=sifat mazmumah. keji bebenor. T_T
kalau kalian nak tau, untuk buang sifat mazmumah yang ada dalam diri kita, terutamanya 'ego', bukanlah sesuatu yang mudah. kadang-kadang tu, aku sedar yang sikap degil dan panas baran aku tu boleh buat orang terasa hati, tapi masih tak nak mengaku. ego la katakan. wadehel la punya perangai kan. -,-
kalau Yamaha Ego, boleh jugak buat jalan-jalan. ini tak. ego ni, buat masuk neraka, boleh lah! kan? :P
tapi, sedar atau tidak, dengan adanya ego dan keras kepala ni lah, kita mampu menjaga maruah diri kita daripada tercalar. atau mungkin daripada ianya dicampak-campak, disepak-sepak oleh individu lain. bukan semua ego tu negatif weyy. cuba fikir. tak perlu la kot aku bagi contoh. nanti kalian kaitkan dengan aku pulak. padahal aku reka-reka buat contoh ja. jadi, silalah fikir sendiri.
yang pasti, aku masih mampu bertahan dan hidup senang, sebab keras kepala dan ego aku ni la. wa punya hati, manyak kering woo. sudah kering kontang. hati lembut wa, pi mana tatau. ;)
semua dah pakat balik,
hilang sudah 'kedamaian' di UiTM.
12 comments:
adila kaman memang ego, keras kepala!!
ya, kedamaian di uitm telah ternoda semual.. =-='
kuma : woi woi woi. aku ja boleh cakap camtu! HAHAHAHA..
awat inai cam penuh tah? HAHAHA..
hang geng aku dlm hal ni..hahahahaha xD
zhafran : sungguh aihhhh. tapi ang lagi terok dari aku. :P
nak contoh!..hehe
bella : amboi dia. degil nooooo. HAHAHA..
tapi serios..aku jarang salah walaupun keras2 kepala aku pun..sebab aku seorang yg teliti..tapi kadang2 ada jugak benda yg dipertahan 2 salah..biasa laa..aku kan manusia biasa..he3 :)
zhafran : pergh. bangga diri. HAHAHA.. blah! bagi aku, ang selalu melakukan kesalahan. ^_^
ha3..bangga pulak..aku suka bercakap benar bila aku x merapu..huhu xD..If i'm wrong..then prove it!..huhu xD
zhafran : too many to be proved. ;P
someday..please prove one..;p
zhafran : NO, I don't have to.
Post a Comment