27 May 2011

pandai haruskah mahal?

assalamualaikum~ :)

'Wanita berpendidikan tinggi kahwin lewat'

haaa... bagi yang alert dengan isu semasa, mesti dah tau kan pasal isu ni? kat Hot Chat Hot.fm ada, dalam surat khabar ada, dalam rancangan temu bual kat televisyen pun ada. betapa huge nya isu ni. I can tell. :)

beberapa hari lepas, ada sorang kawan aku mengeluh pasal isu ni. biasa lah kan, bebudak perempuan lepasan universiti, memang secara automatiknya akan diklasifikasikan sebagai wanita berpendidikan tinggi. which means, peratusan untuk beliau kahwin lewat dan menjadi andartu tu, sangat lah ada. HAHA.. 

nak lebih tragik? mak dia dah tetapkan RM15 000 sebagai hantaran. itu baru basic. lebih boleh, kurang jangan. alasannya? harga barang semua naik. jadi, secara automatiknya juga, harga kawan aku tu turut naik. -,-

haishh. fikir-fikir balik, kalau mak aku macam tu, maunya aku cari Dato' atau Tan Sri saja. nak tunggu lelaki yang tak ada Dato' atau Tan Sri untuk bagi aku RM15 000 sebagai hantaran? kahwin tua lah jawapnya. kan? ingat nak simpan RM15 000 tu, macam makan choki choki ka? anak orang kaya, kau tak masuk dalam permasalahan ni. HAHA..

korang tengok lah. mana la wanita berpendidikan sekarang tak kahwin lewat. asal kau belajar tinggi, mencanak-canak harga kau naik. barang baik la kata. ye lah, kita gaji lima angka, takkan nak suami gaji empat angka. ye dak? 

bayangkan dalam satu syarikat yang ada beratus-ratus pekerja, akan ada cuma seorang CEO. kalau semua wanita bijak pandai nak kahwin lelaki kaya, siapa yang nak kahwin dengan lagi beratus-ratus pekerja di bawah CEO tu? tolak pisau cukur, beauty without brain punya perempuan lagi. heh? patut la perempuan sekarang banyak yang tak nak kahwin. -.-

tapi, ustaz aku kata, "setinggi-tinggi nilai maruah seorang wanita tu, adalah dengan serendah-rendah nilai mas kahwinnya".

camano tu? kalau korang pulak? hmm.. aku belum terfikir lah pulak nak letak berapa. lagipun, mak ayah aku memang tak masuk campur. abah pernah kata dulu, "abah ni, kalau orang mintak free pun abah sanggup bagi. janji ampa bahagia. abah bukan nak jual anak." fuhh. I'm glad. :')


p/s : kepada Encik Kaman's son-in-law to be, just in case you read this, DON'T YOU DARE nak mintak free okay! masa bercinta, lautan api sanggup ku redah whatever. bila kahwin nak free pulak. INGAT! DON'T YOU DARE. HAHA..

7 comments:

Anonymous said...

ada jugak org ckp , letak mahal2 , tak berapa berkat . ntah betul ntah tidak :D

nanad said...

mak ayh sy pun tak kisah pasal hal ni..betul la..zaman sekarang ni zaman menjual anak..lol

AdilaKaman said...

malin : serius? wo0o.. pasai tu la kot, artis banyak end up cerai berai. hehehe..


nanad : hmm. betul. tapi kadang2 tu, kita tak kisah. mak ayah masuk campur pulak.

aenmatderis said...

aku pegi meminang kau la besok kalau mcm nie...


ngah3...

AdilaKaman said...

aen : HAHAHAHA.. gilaaaa.. :P

Anonymous said...

Kalau boleh saya nak seada yang dia mampu. Harga mahal tapi lepas kahwin takde duit tarak guna jugak T___T

AdilaKaman said...

miss faten : HAHAHA.. betul tu! berhutang untuk bayar hantaran, lepas kahwin along kejar. HAHAHA..