21 May 2011

rumah sekarang

assalamualaikum~ :)

entri hari ni, 'rumahku syurgaku'. atau dalam bahasa penjajahnya, 'home sweet home'. rumah manis rumah? HAHA..

cakap pasal rumah, macam-macam rumah yang aku terbayangkan. kat Perlis sekarang ni, rumah banglo tiga tingkat tumbuh bak cendawan selepas hujan. baaaaaaanyak kot! cantik-cantik, besar-besar pulak tu. iri hati dibuatnya kau. -,-

orang kata, rumah ni macam makanan. ianya satu keperluan. kalau tak ada, mati. tapi, kalau berlebihan macam mana pulak? kalau berlebihan makanan, dia jadi penyakit. kalau rumah? cuba fikir.

okay. situasinya lebih kurang macam ni. kau kaya. sangat kaya. jutawan. tapi harta bilion. oleh kerana belum wujud term BILIONwan, terpaksa lah jugak kau digelar JUTAwan walaupun harta kau sebenarnya bernilai bilion. HAHA.. kau nak buat rumah untuk keluarga kau. kau ada seorang bini dan tiga orang anak. hmm..

menurut konsultan yang kau upah, "apa kata Dato' buat rumah lima tingkat? mengikut bajet yang Dato' dah sediakan ni, setakat lima, enam tingkat punya rumah, apa lah sangat kan? lepas tu, setiap tingkat kita sediakan sepuluh bilik tidur beserta dua belas bilik air. kiranya kalau lima tingkat, kita akan ada lima puluh bilik tidur dan enam puluh bilik air. belum tambah stor, dapur, ruang tamu, ruang makan, ruang legar, ruang rindu, bla bla bla......"

dan Dato' pun setuju. yelah. bajet mencukupi. kata kaya. kan? walaupun anak cuma tiga kerat, buat juga rumah yang lima tingkat. yelah. tingkat atas sekali, untuk mak ayah. tingkat empat, anak sulung. tingkat tiga, anak tengah. tingkat dua, anak bongsu. tingat bawah sekali, untuk servants. rumah lima tingkat, mesti lah ada ten servants kan? chefs, drivers, cleaners, etc. HAHA..

persoalannya, perlukah? kau tau, rumah aku yang setingkat ni pun, rasa dah besar sangat. bilik sorang satu. dapur, ruang tamu, semuanya serba satu. ya, aku tau. buat rumah besar tu, satu kepuasan. bila kita dah kerja keras, kita perlukan sesuatu sebagai kepuasan. contohnya rumah besar. rumah besar ni bagi visual usaha keras kita secara konkrit. yang boleh disentuh, boleh dilihat, boleh dirasa.

tapi, kalau dah rumah basar sangat, bukankah ianya boleh mendatangkan riak? atau mungkin, bahaya? anak hilang dalam rumah. bila dah tua, jatuh tangga sebab rumah ada banyak sangat tangga. kalau penjahat masuk, dia ada ruang persembunyian yang sangat banyak! kan? HAHA..

no matter how beautiful,
how modern,
how big,
or how fancy,
your house is, rumah adalah rumah. besar atau kecik, at the end of the day, rumah tu kau cuma guna untuk berlindung daripada hujan dan panas, buat tidur. rumah kecik pun, boleh ja rasanya. :)

5 comments:

nanad said...

hmm..betul tu..rumah yg last sekali tu sangat comel tapi kita tak perlukan itu..tak perlu..huhu

ENCIK TIKUS said...

ohsemmmm ;O

AdilaKaman said...

nanad : HAHAHA.. betul tu. tak perluuuuuuuuu.. :D


encik tikus : ohsemmm aja kerjanya. :P

Echin Nadiossa said...

pergh.nak jugak umh lawa.hahah

AdilaKaman said...

ekin : beli la. nanti kita share. :)