16 May 2011

Selamat Hari Guru

assalamualaikum~ :)

tahun 1996,
A apa, murid-murid? Ayam!
B apa, murid-murid? Bola!
C apa, murid-murid? Cawan!
D apa, murid-murid? Daun!
Pandai pun murid-murid cikgu!

tahun 2011,
A apa, murid-murid? Ayamas!
B apa, murid-murid? Big Apple!
C apa, murid-murid? Coolblog!
D apa, murid-murid? Dunkin Donuts!
Errr, anak-anak orang kaya rupanya murid-murid cikgu.


HAHA.. joking guys. joking. jujur, aku pun dah tak ingat macam mana cikgu tadika aku mengajar aku dulu. sama ada beliau duk tanya-tanya kami macam yang kat atas tu, atau mungkin beliau gunakan cara lain. HAHA.. yang pasti, rasanya aku dah boleh membaca sebelum aku masuk tadika dulu. so, there's no such thing like "A stands for whattttttt?". HAHA.. lagipun, dulu mama hantar aku masuk tadika cina. ;)

aku ni boleh tahan cendiakawan lah jugak zaman tadika dan sekolah rendah dulu. pelajar harapan sekolah, harapan mak ayah, harapan bangsa lah bagai. HAHA.. tapi, jangan la tanya pulak, kenapa zaman sekolah menengah dan zaman universiti aku ni tahap cendawan ja. puihhh.. sentap hati mak nak! HAHA..

bila sebut Hari Guru, rasanya kat sekolah-sekolah saja yang meriah. sekolah rendah meriah dengan hadiah untuk cikgu yang berlori-lori, makanan sana sini, dengan nasyid lah, dikir barat lah. sekolah menengah, cikgu dah sporting sikit, meriah dengan sukaneka antara guru dan murid, gig murid-murid, cikgu berkoir dan makan-makan lagi. tadika? kejadahnya Hari Guru ni pun, aku tak tau dulu. HAHA..

kat universiti? fuhh. memang tak ada! tak payah nak cari contoh jauh-jauh, yang tengah menaip ni pun, sama ja perangai. dulu zaman sekolah, ke hulu ke hilir cari hadiah. balut sana, balut sini. tapi sekarang? tiga tahun diploma kat UiTM, sekali pun TAK pernah bagi hadiah kat pensyarah sempena Hari Guru. apakah? -,-

setiap insan yang pernah mengajar kita di sepanjang perjalanan hidup kita, adalah merupakan seorang guru. mak kita, yang mengajar kita cara untuk berjalan. ayah kita, yang mengajar kita cara nak mengira. kakak kita, yang mengajar kita cara nak berpakaian, abang kita, yang mengajar kita cara nak bermain bola, sepupu kita, yang mengajar kita cara nak main masak-masak guna api sampai nak terbakar rumah. eh. boleh, gitu? HAHA.. haaa.. mereka semua adalah guru.

tapi, kalau kawan yang mengajar kita cara nak merokok dan sembunyi daripada pengetahuan mak ayah tu, bukan guru ya. itu hantu. HAHA..

tanpa mereka, mungkin sampai sekarang kau makan guna tangan kiri. berjalan menyenget macam ketam. pakai baju yang luar ke dalam, yang dalam ke luar. lepas tu mengira "satu, dua, tiga, lima, empat, sembilan, tujuh, lapan, sepuluh!" kan? HAHA..

dengan ini, sekali lagi saya, Prof. Dr. Ir. Nur'Aadila Kaman ini mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru di seluruh dunia, Malaysia khususnya. ada 'guru' di dalam diri setiap daripada kita. hanya perlu cari dan aplikasi. ingat! jadilah guru yang disanjungi kerana ilmu yang berguna. bukan sebaliknya! :)

cikgu Rahman, saya tau saya dah banyak buat songeh pada cikgu. kerja sekolah saja yang saya buat tak banyak. tapi, I Love You cikgu. HAHA..

5 comments:

nanad said...

selamat hari guru, Prof. Dr. Ir. Nur'Aadila Kaman ;D

AdilaKaman said...

nanad : HAHAHAHA.. terima kasih. terima kasih. :D

cik wanie Lovela (CWL) said...

haha..folow

Anonymous said...

oh! sya kenal cikgu itu . tiap pagi sya kena rotan kat tgn sbb dtg lmbt kuang kuang XD

AdilaKaman said...

malin : kena rotan di tangan? orang siap kena hentak ngan buku kat kepala kot! HAHAHAHA..