14 June 2011

kekecewaan

assalamualaikum~ :)

semua orang pun pernah mengalami kekecewaan kan? hmm.. sepanjang hidup aku selama dua puluh satu tahun tiga bulan sebelas hari ni, banyak jugak faktor yang dah menyumbang kepada kekecewaan dalam hidup. antaranya?

  • kekecewaan bila diri gagal untuk jadi yang terbaik antara yang terbaik.
  • kekecewaan bila ada antara impian mak ayah yang masih belum bisa ditunaikan.
  • kekecewaan bila kepercayaan yang diberi pada orang dirabak-rabakkan.
  • kekecewaan bila ditikam kejam oleh kawan baik sendiri. 
  • kekecewaan bila diri cuba menagih janji daripada orang yang tak dapat nak tunaikan janji yang dibuat sendiri.
  • kekecewaan bila haiwan peliharaan mati di depan mata. (yang ni TIPU, aku tak pernah ada pet)
  • kekecewaan bila diri rasa lemah untuk meneruskan hidup secara ceria selepas rantaian kekecewaan muncul secara berjemaah.

hmm.. sikap manusia. bab-bab nak menyenaraikan segala keburukan atau ke-tak-best-an hidup, memang pandai. kalau boleh, nak panjang berjela ja senarai tu. kan?

cuma sedar atau tak, disebalik kekecewaan ni lah, aku lebih mendekatkan diri pada-Nya. aku jadi lebih kuat, lebih tabah. sampai pada satu tahap bila aku dah tak meletakkan kepercayaan kepada seseorang tu secara membabi buta walaupun dia adalah orang yang paling dekat dengan aku. mengkaliskan diri daripada janji-janji manis yang ditabur. berusaha sedaya upaya untuk menjadikan segala impian yang mak ayah dah buat, sebagai satu kenyataan. semuanya. fuhh..

aku ada banyak tanggungjawab rupanya. :')

macam mana pulak aku boleh ada masa untuk menyenaraikan semua perkara negatif ni? heh. kan lebih baik aku tidur dan bermimpi yang indah-indah. mungkin kadang-kadang mimpi itu menipu, tapi ia mampu buat kita tersenyum walaupun dalam tidur. kan? hehe.. :)

6 comments:

Anonymous said...

point no 3 tu.. :'(



*akema malas nak log in

AdilaKaman said...

kuma : apakah? HAHAHA..

ENCIK TIKUS said...

eh eh ? tetiba macam termatang pulak entry nie.. hahaha..

AdilaKaman said...

encik tikus : ehhhhhhhh.. memang matang peeeeee.. :D

Unknown said...

learn from the mistakes..ngeeee :-)

AdilaKaman said...

alya : yes dear. :)