06 June 2011

surat untuk awak

assalamualaikum~ :)

heh. semua orang nak demam Nora Elena, aku pun nak jugakkkkk.. mana boleh kalah kan? kita kena bergerak seiring dengan era kepesatan/globalisasi/gosip/cinta khayalan yang ada disekeliling kita. cheq nak buat surat jugakkkkkk.. HAHAHA..

........................................................................

kehadapan Encik Kaman's son-in-law-to-be,

awak, toooooooolong lah tengok cerita Nora Elena tu. rasanya cerita tu panjang lagi, jadi memang sempat lah kalau awak baru nak mula tengok dari sekarang. cerita tu memang bagus lah awak. adaptasi dari novel lah katakan. mana boleh kalah kan? memang hero depa baik, romatik, kaya, kacak tahap LV lah. bukankah bagus kalau awak cuba belajar daripada cerita-cerita macam tu? huhu..

kalau awak dah mula tengok cerita Nora Elena tu, pastikan awak letakkan perhatian seribu peratus kepada watak Seth Tan tu. jangan lah tanya 'kenapa?' pada saya, sebab nanti kalau saya dah mula cerita, empat purnama pun belum tentu habis. kalau pun sempat habis, mesti berair mata darah awak mendengarnya. saya harap awak faham. huahuahua.

awak, saya ni bukannya peminat setia drama bersiri, tapi disebabkan ada Seth Tan tu, saya terpaksa menghabiskan masa sejam bagi setiap hari minggu. memang kedengaran membazir, tapi apakan daya. saya harap awak boleh terima 'kecurangan batiniah' saya tu. no heart feeling ye awak. ;)

tapi ingat, yang paling penting bagi saya, adalah untuk awak tengok episod-episod kemuncak Nora Elena tu. penting! sebab selalunya episod kemuncak ni, memang tahap babun punya romantik si suami dia tu. masa ni, bini bagi penampo sedas dua pun, abang sabar.....

waaaa.. saya memang tak sabar nak kahwin tau, awak. sebab cerita ni lah! saya harap awak boleh ambik pengajaran dan sedikit pelajaran melalui pengamatan awak dalam cerita ni. TAPI, yang 'rogol-rogol' tu tak payah lah nak cedok sekali. gila ka apa kau ni? HAHAHA..

bunga ros tiga hari sekali tu, jangan lupa ye awak.

sekian,
bakal isteri awak. :)
.....................................................................................


HAHAHA.. gila. semua orang pakat nak buat surat, aku pun teringin jugak. budak ni dah buat. dia ni pun buat jugak. aku pun, apa lagi? hoho.. tapi surat ni, untuk Encik Kaman's son-in-law-to-be kategori terbuka. HAHAHA..

10 comments:

~ ika popo ~ said...

haha..
bgs surat ko ni..
sape xnk hsbnd mcm tu oii...
bertuah badan!!
aku pn jd xsaba nk kawen tgk cite ni..gatal..=p

Chomel Choc said...

mmm menarik gak surat nih..tersenyum sengih saya baca hehe..kalo camtu nak try tengok gak la citer Nora Elena tuh =D

AdilaKaman said...

ika : HAHAHA.. bukan gatal lah ika, tapi hormon tu. HAHAHA.. :P


chomel choc : HAHA.. tak tengok lagi? kena cuba! :)

akema yazid said...

keh keh keh..
aku nak buat jugak la..
haha..
hg buat la contest 'surat untuk seth'..haha.. :)

AdilaKaman said...

kuma : HAHAHAHA.. hang pandai la mereka. satgi jenuh aku nak adili. HAHAHA..

enyheartsdiamond said...

tehe.. this is so cute dear :)

Anonymous said...

hak hak hak
jangan buat expectation tinggi sangat

takdernyer lelaki sedewa seth tan yu

AdilaKaman said...

eny : of course! HAHAHA.. :)


aimi dan pakcik hashim : HAHAHA.. saja ja ni. for fun. :)

Encik Psychopath said...

tengok gossip girl lg baik la. hahahaha.

AdilaKaman said...

encik psychopath : HAHAHAHA.. yelah tu. orang pun bukan tengok sangat cerita ni. dah dua hari missed. ;)