03 July 2011

boleh cuba bezakan

assalamualaikum~ :)

mari lihat, baca dan hayati situasi ini.


seorang budak utara yang belajar/bekerja di selatan, cakap macam ni,

"weh korang buat ape doh? dah makan ke belom? aku lapar gileeee..."


dengan seorang budak selatan yang belajar/bekerja di utara, cakap macam ni,

"weh hampaq buat apaq tuq? dah makan kaq belom? akuq lapaqqqq gilaq!"


okay. sekarang ni, dapat tak apa yang aku cuba sampaikan? hmm.. kau tau, bila ada orang utara yang cakap loghat selatan bila depa ada di selatan, orang kata poyo. atau bajet. yang pasti, negatif semua. TAPI, kalau ada pulak orang selatan yang cakap loghat utara bila depa ada di utara, orang kata stail. atau bagus. yang pasti, positif semua.

hmm.. aku orang utara yang belajar di utara. jadi masalah macam aku nak poyo, nak bajet cakap selatan dengan kawan-kawan tu, memang tak wujud.

selalunya, kalau ada orang utara yang tiba-tiba nak cakap selatan, maknanya depa ada alasan sendiri. mungkin tak nak ada jurang bahasa, ada yang tak faham. mungkin segan dengan loghat yang kasar tu. dan yeah, mungkin sebab bajet. tapi yang bajet tu, tak sampai lima puluh peratus.

macam mana pulak dengan budak selatan yang tiba-tiba nak cakap utara? sepanjang tiga tahun di Arau, cuma satu alasan saja yang aku jumpa bila depa cuba bertutur dengan loghat utara. iaitu dengan niat MENGEJEK. maaf orang selatan. kalau awak tak berniat/buat begitu, jangan terasa. peace. :)

tapi serius, bila ada yang cuba-cuba nak cakap utara tu, SUMPAH TEROK GILA depa mengejek. sampaikan aku yang dua puluh satu tahun membesar kat utara ni pun, TAK PERNAH cakap teruk macam tu. 'Q' bersepahhhhhh! #sentaphatimaknak

aku pernah kena kondem SEKALI. fomalities buatkan aku diejek oleh pensyarah. padahai cheq mana nak tau yang beliau tu oghang utagha macam cheq. cheq pakai la bahasa baku, PUN KENA CHOP BAJET KL pulakkk. hanya kerana cheq menyebut KERETA instead of KEGHETA. pheuu.. tu belum lagi cheq sebut KERETE. *kejam kan?*

11 comments:

Mike Zulu said...

errr aaa..i stuju..
i anti gila kalo bdk2 selatan try nk ckp utara..look like F**KED UP..

AdilaKaman said...

maz : kannnnnn?? I pantang oh bila kawan2 I cakap mengejek. serius rasa nak lempang. -,-

ieka said...

halamek,terasa la pulek..
ok la,ckp kl la pasni..uhuk2.

AdilaKaman said...

pika : HAHAHAHAHA.. selagi hang TAK berniat mengejek, aku okay jaaaa. ^_^

nanad said...

hmm..jom speaking english nak? hehe

Lucy S. said...

kalau nak communicate dgn org mesti nak pastikan org fhm apa yg kita nk sampaikan kan.

so aku mmg ckp bahasa standard bila blajar kat bangi.

kalau org yg nak dicommunicate with tu org utara aku proceed dgn loghat utara tp tak terlalu pekat sbb respect org drp negeri lain yg ada sekeliling aku.

so aku tak kesah org nak label aku bajet ke ape, yg penting aku nak jaga hati kawan2 aku.

tak fhm kn dgn org yg kdg2 sifat tipikal ni?

AdilaKaman said...

nanad : HAHAHA.. setujuuuuuuu! :P


alynn : hmm.. biasa ah. tipikal. susah pulak rasanya jadi orang utara ni. accent barrier. -,-

Izzaty Ishak said...

Kalau tak, tak ada nya peribahasa masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau menguak.

Pembawakan diri sesuai dengan tempat dan masa.

Ye dak?

*mood skema*

AdilaKaman said...

izzaty : ya lah! aisey. tak terfikir pulak peribahasa tu. hehehe.. ^_^

~ ika popo ~ said...

en.khairi..hehehe..

AdilaKaman said...

ika : tau takpaaaaaaaaaa. :P