21 July 2011

bukan untuk si pematah hati

assalamualaikum~ :)

hik hik. segmen nasihat bersama Prof. Dr. Ir. Nur'Aadila Kaman kembali lagi! hari ni, saya semangat nak kongsi pendapat yang juga datangnya daripada pengalaman sendiri. pengalaman dedulu ya. duuuuuuulu. zaman paleolitik punya citerrr.. well, experiences taught me a lot. sebab tu la muda-muda dah boleh jadi Prof. huhu..

okay. being rejected, dumped or left out doesn't always make you the 'bad guy'. there are zillions of reasons contributing for such cases. tapi saya cuma nak senaraikan empat ja. kenapa empat? sebab masa mandi tadi, ilham cuma mai empat ja. hoho..

1. alasan awak-terlalu-baik-untuk-orang-macam-saya
huhu.. saya faham, kadang-kadang ego yang ada dalam diri kita ni, menghalang kita untuk menerima pasangan yang jauh LEBIH baik daripada kita sendiri. contohnya kalau kau belajar tahap Ijazah, si dia tu tak boleh lebih dari Ijazah. paling hebat, Ijazah jugak. biar setaraf. lepas tu, kalau muka kau muka pecah rumah, muka si dia kena lah tahap pecah stadium. baru lah dia rasa sekufu. kot. pheuu..

spesies ini, kau tak perlu lah rasa kecewa jika si dia mintak dilepaskan. tak kan lah kau sanggup men-jahat-kan atau mem-bodoh-kan diri sendiri semata-mata kerana si dia kata kau TERLALU BAIK untuk dia? tak logik kan? huhu..


2. too good to be true
yang ni pulak, jenis baik di depan, goblok di belakang. keturunan talam, sebab ada dua muka. huehuehue.. selalunya kes ni, kau akan diputuskan sebab dia ada buah hati pengarang jantung yang baru. ataupun mungkin sebab tiba-tiba dia rasa nak jadi gay/lesbian.

spesies ni, laaaaaaaaaagi lah tak rugi weh! walaupun dia dah putuskan kau, kau seharusnya buat kenduri kesyukuran sebab kau dah dijauhkan daripada spesies kayu tiga. saya suka jenis yang macam ini. sebab awal-awal lagi dah tunjuk belang. tak dan nak kahwin pun. terjamin rumah tangga masa hadapan. kan?


3. alasan saya-tiba-tiba-sayangkan-buku-lebih-daripada-awak
HAHA.. jenis ni, saya tak tau lah nak kata apa. nak salahkan, tapi si dia sedang menuju ke arah kebaikan (rajin belajar). nak puji, tapi si dia tu apahal tiba-tiba poyo nak sayangkan buku lebih dari haku pulak ni? selama ni tak pun????? kan? HAHA..

spesies ni, lepaskan saja si dia pergi........ :D


4. masalah diri kita sendiri
haaaaaaaa.. yang ni memang banyak kes. punca diri sendiri. memang lah orang akan tinggalkan kau kalau kau gedik tak hengat, lepas tu kaki kikis, keras kepala, malas mandi, tak suka sikat rambut, bodoh, pemalas, busuk, kentut kuat di khalayak ramai, minum semut dan baaaaaaanyak lagi. HAHA..

spesies ni, kita TAK boleh salahkan si dia. betul apa tindakan dia. kan? siapa suruh kau busuk? HAHA.. penyelesaiannya, hanyalah dengan merubah diri sendiri. eh. tadi saya tak bagi ubah, ni apahal suruh ubah pulak? heuuu.. perangai nombor 1 dengan nombor 4, adalah berbeza. perangai nombor 4, adalah wajibul ghunnah untuk diubah.

....................................................................................

bila kita diputuskan, si dia mesti akan kemukakan sebab-sebab kau ditinggal. kalau nasib kau malang, setebal kamus lah sebab-sebab tu. huhu.. mana yang negatif, boleh lah diubah. it is a win-win situation. si dia dapat jauhi kau, dan kau dapat free guide on how to be a better lover in the future. kan?

dan akhir sekali, jangan lah bersedih kalau si dia tidak mahu lagi menerima kau kerana ALLAH sentiasa tahu yang terbaik untuk kau. Dia ambil Rosyam Nor kau, mungkin Dia akan gantikan dengan Aaron Aziz. Aaron Azizi lagi hot kannnn? HAHA.. siapa tahu? hee.. bak kata Sarimah Ibrahim dalam Tiga Abdul,

"sekali petik, sepuluh yang datang tauuuuuu"

p/s : sekali sepuluh yang datang tu semua kerepot-kerepot. :D

22 comments:

akema yazid said...

weyy, alasan yg no 3 tuuuu..
tu alasan yg positip..
haruslah disokong..
hikhik..

AdilaKaman said...

@akema yazid perghhh.. beruntung gila dia tu. dapat hidayah awal daripada aku. HAHAHA..

Umie Nadhirah said...

Ya Allah, ambillah justin bieber untuk aku. haha. XP

kerepot2 dtg? hahahaha

miss tita said...

ape pasal aku petik 10 kali pun, xde sape datang?? haha ;p

harap2 dtg yg kerepot 2, kaya kan? bole sara hidup kita ni. hukhuk ;p

AdilaKaman said...

@Umie Artoqiemie amboi diaaaaa.. nak JB ja. HAHAHAHA..

AdilaKaman said...

@fika petik jari tu, untuk orang yang SINGLE ja. harap maklum. :)

ezza syahida said...

masalah diri sendiri??! hehe. dush! kena batang hidung sndiri. haha

Umie Nadhirah said...

dah orang dok tergila-gilakan dia. aku nak dia jugak lah haha.

AdilaKaman said...

@ezza syahida yaka? HAHAHA.. sama lah kitaaaaaa. :P

AdilaKaman said...

@Umie Artoqiemie HAHAHAHA.. pun boleh! tapi dia kecik gi ah. HAHAHA.. :P

Umie Nadhirah said...

klo cam tu. umie amik mathluthfi lah. haha.

fanna said...

aaron??? la i nk asmara
:P

AdilaKaman said...

@Umie Artoqiemie HAHAHAHA.. matlutfi, cun. cukup umur dah. HAHAHA.. :P

AdilaKaman said...

@fanna ewwwwwww.. terbayan-bayang Prema Yin. :D

~ ika popo ~ said...

alasan no 3 tu yg plg bodoh aku rse..ex aku pnye alasan....

AdilaKaman said...

@~ ika ~ HAHAHA.. betul2. ingat ka aku sorang ja yang pernah jumpa alasan camtu. :P

Anonymous said...

alasan i kalau i nk tinggal someone,

sorry, wu chun yg i tunggu2 selama 3tahun ini telah datang, u know how muck i love him. HAHAHAH

alasan main kayu 3 mmg perit utk ditelan. lucky me. x pernah hadapi. eh, once ja hahahahaa

ieka said...

zman neolitik xde ke weyh..HAHA.

aku pernah taw "awak ini terlalu baik untuk saya"
phew,sbr jew la..haha.
mungkin jugak sbb kaki kikis kot..kui2.sapa soh kapel ngn aku..HAHA =,=

AdilaKaman said...

@dylla fadzil 小草莓 HAHAHA.. adakah alasan Wu Chun itu diterima secara rela wahai cik dylla? HAHAHAHA.. :P

AdilaKaman said...

@ieka HAHAHA.. boleh plak gitu pika? hui3. kalau kaki kikis tu, alasan nombor 1 mana boleh pakai. HAHAHA..

Unknown said...

since my rosyam nor da pergi dngan alasannya..agak2 bila aaron aziz nk mncul ye?hahaha

AdilaKaman said...

@aLya maNip HAHAHA.. apa kata kita sama-sama tunggu Aaron kita? hehe.. :)