25 July 2011

kalau dulu,

assalamualaikum~ :)

tolak tambah hari, rasanya tinggal lebih kurang satu bulan setengah hari saja lagi aku nak berambus dari rumahku syurgaku ni. huehuehue.. countdown ni, tak akan berakhir dengan sorakan riang gumbira macam new year's eve countdown. tapi..... tett.. tak akan ku buka pekung di dada. eh. bila masa pulak aku ada pekung di dada? argh sudahhhhhh!

tujuh belas tahun, aku hidup di bawah ketiak mak ayah. masuk universiti pun, dapat kolej stok jarak kentut-pun-dengaq ja. pheuu.. la ni dah sampai tingkat umur boleh mengundi, baru nak berjauhan ngan keluarga. ni aku mula la nak emo ni. haaa. mula la ni. tsk.

kalau dulu,
kena gigit nyamuk malam-malam, boleh la telefon mama, konon-konon drama aku tak boleh nak tidur malam sampai nak nangis-nangis sebab nyamuk. duk esoknya, krim gatal-gatal akibat gigitan nyamuk pun sampai...

kalau dulu,
sakit akibat ulser, boleh la up status kat Facebook konon-konon drama aku susah nak makan sebab sakit sangat sampai mengalir-ngalir air mata kasih di pipi ku. duk esoknya, ubat ulser pun sampai...

kalau dulu,
demam batuk-batuk sikit, boleh la mesej adik mintak simpati, "wei, aku demam. kesian kat aku." duk sejam dua, ubat demam pakej dengan ubat penenang (mama) pun sampai...

kalau dulu,
telefon adik, "wei, mama masak pa rini? aku lapaq ah. malas nak pi dining, makanan tak best." sebab gedik nak makan masakan mama di hujung-hujung minggu. duk sejam, makanan lengkap set lunch and dinner pun sampai...

kau ada?

huhuhu.. kat rumah, aku bukannya manja pun. siap bermusuh ketat lagi dengan mama. pantang jumpa, becakor. HAHA.. tapi semenjak dah masuk alam universiti, atau lebih tepat, TINGGAL DI ASRAMA ni, perangai menggedik menjadi-jadi. jangan salahkan ibu mengandung. mama saya hot. HAHA.. abah pun, walaupun beliau tak pernah hadir di kala diri ini men'drama'kan situasi, beliau lah yang selalu bertanggungjawab ke hulu dan ke hilir demi membeli ubat-ubatan bagi si anak 'berpenyakit' ini. huhu..

"ha, nanti hang duk Shah Alam, hang tau la langit tu tinggi ka rendah. dulu hang gelak kat orang, bila depa duk kelam tiket balik raya dah habis. lepaih ni, hang tau laaaaa.. jangankan ulser, hang demam tak larat mangkit pun, belum tentu mama hang nak mai melawat. balik tiap minggu? huh. lupakan lah beb. luuuuupakan. dua bulan sekali, baru hang boleh balik. tuuuuu pun, kalau tiket balik tak habis lah kannnnn...." *gelak syaiton*

haaa.. tu la. monolog dalaman diri sendiri. gangguan mental. padahal orang lain lepakkk ja nak pi belajar jauh dari keluarga. dah gila agaknya aku ni. tsk. -.-

jiwa bergelora, gambar haruslah terbalik-balik.

19 comments:

cik lyna kaman said...

takpa angah . t mau aku dah pro bawak kereta aku bawak mama p s.alam kerap :p

mizmarmalade said...

alololo.. cian member kiter sowang neh, xper.. KL besh oohhh, heee! :D

AdilaKaman said...

@cik lyna kaman cuih. hang ingat Kangaq-Shah Alam tu stok sejam perjalanan macam Kangaq-Aloq Staq ka?

AdilaKaman said...

@mizmarmalade HAHA.. tu la. tengok2 nanti pi sana, sampai tak mau balik rumah dah. HAHAHA.. :P

Umie Nadhirah said...

hambik2, anak manjo ler ni.

AdilaKaman said...

@Umie Artoqiemie anak manjo? HAHAHAHA.. NO la. cuma tak pernah duk jauh2 ja. :)

Encik Psychopath said...

Kalo dekat shah alam, roger-roger. Dekat dah tu.

cik lyna kaman said...

HAHAHA , demi hang angah aku sanggup buat s.alam sama macam perlis nak p alor setar :p

ZULHILMI TEMPOYAK said...

lps ni dkt ngan aku lak..hihi

AdilaKaman said...

@Encik Psychopath HAHAHA.. yaka? okay cunnnnnn! :D

AdilaKaman said...

@cik lyna kaman cuihhh.. akan ku jek abah, supaya kereta tu diposkan ke Shah Alam. :P

AdilaKaman said...

@zulhilmi.tempoyak dekat dengan hang, ada papa kelebihan tak? HAHAHAHA.. :P

ILA HonEyBuNNy said...

alooo...

jangan gitu eh..ila pun pernah rasa macam tu dulu..tapi sekarang dah ok dah..dapat suaikan diri...;_)

y pasal ubat ulser tu macam kisah ila la..ehhe...time exam ulser mulot..malm tu si dia bawa ubat tau..ngeh3..

AdilaKaman said...

@ILA HonEyBuNNy amboi. si dia eh? kemain lagi. :)

A retarded kitty said...

Shah Alam, sekangkang gozilla je

kekeke

AdilaKaman said...

@A retarded kitty sekangkang gozilla dari kamu ka? seribu kangkang gozilla from mine tau. HAHAHA.. :P

cik lyna kaman said...

takpa lahhh . jek lahhh . aku minta mama hanya belikan aku kereta kancik sudeyyhhh , Hahahah

cik lyna kaman said...

takpa lahhh . jek lahhh . aku minta mama hanya belikan aku kereta kancik sudeyyhhh , Hahahah

AdilaKaman said...

@cik lyna kaman hentikanlah angan-anganmu. :P