assalamualaikum~ :)
huhu.. beberapa hari lepas, aku sibuk geledah portal konvokesyen kat laman web UiTM. punya la aku tak pernah saja-saja bukak laman UiTM, boleh semangat pulak nak geledah. semangat konvokesyen punya pasal. gila skema doh. -,-
and guess what I found? I found this (dress code for graduates),
1. Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti).
2. Baju kurung moden/labuh atau kebaya bandung/labuh. Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.
3. Sarung Kebaya tanpa menggunakan belah (slit) di tepi tetapi boleh memakai lipatan (pleat) di bahagian hadapan.
4. Kain jenis ‘lace’ boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining’.
5. Selendang/Mini Telekung boleh dipakai.
6. Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
7. Kasut bertumit sekurang-kurangnya 1 inci tinggi.
8. Sekiranya memakai sarung tangan, sila pastikan ianya dipakai pada kedua-dua belah tangan, sama ada berwarna sama ada hitam ataupun menyamai warna kulit.
9. Pakaian fesyen berseluar tidak dibenarkan sama sekali.
hoho.. semuanya nampak normal. aku lega sebab kami tak payah pakai warna bertema ala-ala hari raya, beli kain tirai, percuma kain kusyen dan kain baju sekali. sedondon youuuu.. HAHA..
cuma, mata sedikit tertancap kepada syarat yang ke-Beckham tu (7).
'Kasut bertumit sekurang-kurangnya 1 inci tinggi'
ohoiiii... wild wild west betul syarat tu! are you kidding me? HAHA.. cheq baru berangan nak pakai sandal atau kasut getah ala-ala Crocs ja masa istiadat konvokesyen tu. tengok-tengok, tumit disyaratkan satu inci! SEKURANG-KURANGNYA pulak tu. kalau maksimum satu inci, tak pa lah jugak. hoho..
aku bukan tak pernah pakai kasut bertumit. perrrrrrrrnah ja. tapi, kasut adik ah. HAHA.. tu pun sebab ada majlis makan malam+malam kecemerlangan kat UiTM. wedges yang biasa-biasa. bukan heels. itupun sekali dalam tiga tahun. huhu.. yang rendah pun, terhegeh-hegeh aku nak berjalan. pheuuu..
dah alang-alang UiTM syaratkan sekurang-kurangnya satu inci, aku ingat nak beli lah yang dua, tiga, empat inci. baru stail beb! HAHA.. tapi tu la. kang tak memasal aku terpeleot masa tengah jalan meluru ke arah skrol kat atas pentas tu. eksaited lah katakan. mananya tak gelojoh kan? HAHA..
orang kata, women in heels are sexayyyy.. tapi kalau terjatuh sebab heels, adakah mereka masih seksi di mata anda wahai jejaka-jejaka ku di luar sana? HAHA.. mama pun selalu marah dengan tabiat memakai selipar aku ni. I just don't get it. I am protecting my legs, but why la my mom always get so mad about that?
mama suka pakai kasut bertumit tinggi sejak muda. dan sekarang, beliau selalu sakit lutut dan betis. lepas tu, mengadu tak larat jalan. pakai flat sikit, tak boleh. tak biasa. heuuu.. aku ni bukannya apa. taste aku bab-bab kasut, memang kelaut. fail weh. FAIL. aigoo..
yang suka pakai kasut bertumit tinggi, boleh baca ni.
yang tak suka pakai kasut bertumit tinggi pulak, boleh baca ni.
p/s : nak berkaki ayam saja, boleh? macam Tarzan. eh. macam ayam. :D
10 comments:
macam jane..
pastu pakai baju ikat2 je
@fanna HAHAHHAA.. tu hang. seksi. :P
hahaha..
manada,,
aku sekeping ja
@fanna weyyyyy.. aku SETUJU kot! HAHAHAHA.. :P
sekarang UITM tak bagi pakai selipar g kelas T______________________T
smgt..awl2 da bce..hehe
dan dan
@Amalina Jo serius ka malin??????? wah. kalau Arau tak bagi, Shah Alam apatah lagi. T_________T
@~ ika ~ aku bukannya apa weh. nak tengok yuran ja. HAHAHA.. :P
@fanna hauslah! bukan senang nak tengok hang mengata diri. hang selalu perasan ja. HAHAHA.. :P
Post a Comment