03 August 2011

dugaan sepanjang tarawih

assalamualaikum~ :)

tak nak panjang cerita, aku cuma nak senaraikan dugaan yang datang bertimpa-timpa sepanjang tiga malam pertama di bulan Ramadhan ni. pheuu..

1. sendawa
perghh. ni memang masalah. kalau masa bukak puasa makan ayam masak lemak, jawabnya terbawa-bawa lah rasa ayam masak lemak tu sampai dalam sembahyang. asal aku sendawa, rasa legaaaaaaa. sebab rasa macam tengah makan. HAHA..

2. sujud
ni waktu kritikal. kat surau ni, depa buat tarawih lapan rakaat. tambah Isyak, solat sunat, dan witir apa semua, kira banyak rakaat jugak lah kan. masa nak sujud, memang seksa. sebab apa? sangkut kat bahagian perut yang ketat dek makanan. pheuu.. 

3. kentut
HAHA.. ni memang dugaan gilaaaa.. mai dah sampai ke dua rakaat yang terakhir, tiba-tiba dia buat pasai. nak kentut la, apa la. heuu.. menyirap ja. masa witir, lagi menjadi-jadi gelora dia. sampai berpeluh-peluh menahan seksa. HAHA..

4. serangga
banyakkkkkkkk gila kat surau tu. hukhuk. semalam ada seekor serangga, nak kata nyamuk, macam bukan. heuu.. sepanjang dua rakaat dia hinggap kat tepi mata aku. kalau setakat hinggap ja, aku tak kisah. ni tak, siap mai 'bukak puasa' lagi. haishh..

5. mata berat
asyik menguaaaaaaaaaap ja! nasib baik tak tergolek sepanjang aku tarawih tu. hihi..

6. tok imam
HAHA.. yang ni memang lawak. kalau tiba-tiba malam tu, tok imam satu yang conduct instead of tok imam dua, mesti pakat resah gelisah. sebab apa? HAHA.. sebab tok imam satu, baca laaaaaaaama. terhuyung-hayang. HAHA..

sekian saja, rungutan dari aku sepanjang tiga malam pertama ni. harap-harap malam ni, semuanya berjalan dengan lancar. hihi.. aku tarawih kat surau kampung ja. sebab masjid jauh. lagipun, adik lelaki aku tu tok bilal surau. :)

memang syaitan dan iblis kat luar sana dikunci sepanjang Ramadhan. sepatutnya kita tak mungkin ada masalah dalam menjalankan ibadah. tapi tu la, 'syaitan' dalam diri sendiri siapa nak kurung? diri sendiri jugak kan? kalau tak, mana ada masalah orang ponteng puasa. kan? hmm.. jadi, berusaha lah sendiri. 

renung-renungkan dan selamat beramal! (^_^)v

4 comments:

Umie Nadhirah said...

waa. adik kau tok bilal surau.. ;DD
aku dulu pernah ketawa berdekah-dekah time sujud dengar bebudak ikut tok imam T.T

AdilaKaman said...

@Umie Artoqiemie hang ni loqlaq la umie. :P

~ ika popo ~ said...

aku rse ni dugaan yg dialami semua org..hehe

AdilaKaman said...

@~ ika ~ hang pun ka? hihi.. welcome to the club! :P