26 September 2011

dugaan yang harus aku hadapi

assalamualaikum~ :)

ya Tuhan,
dugaan yang Kau beri padaku datang bertimpa-timpa sejak dua minggu yang lepas.
bukan niat untuk aku mengeluh,
apa lagi memarahi Mu ya Tuhan.

aku tahu,
Kau tak akan menduga hamba-hamba Mu dengan dugaan yang tak mampu untuk kami hadapi,
cuma,
aku harap segala dugaan yang sedang Kau berikan padaku ini,
boleh aku hadapi dengan hati yang sabar dan jiwa yang tenang.

jikalau Kau mahu ambil arwah dariku,
tempatkanlah beliau bersama orang-orang yang beriman,
berilah beliau syurga Mu ya Tuhan,
sesungguhnya aku sangat sayang pada beliau.

jikalau Kau mahu berikan mama dan abah kesakitan,
berikanah mereka kesakitan yang mampu untuk mereka tanggung,
namun janganlah Kau ambil mereka dariku,
kerana aku masih memerlukan petunjuk dan bimbingan daripada mereka.

jikalau Kau mahu menguji tahap kesabaran dan kecekalan hatiku,
ujilah setakat yang termampu untuk aku galasi/hadapi,
kesabaranku bukanlah setinggi gunung ganang Mu,
dan imanku bukanlah sedalam lautan Mu ya Tuhan,
tapi aku akan cuba,
cuba tempuhi semua dengan hati yang tenang,
dan jiwa yang terbuka.

.................................................................................................................

Al-Fatihah tok. maafkan kami kalau kami tak berkesempatan untuk balik dan bagi penghormatan terkahir kat tok. kami baru berniat nak bawak tok pi makan ais sagat dan laksa beras yang tok suka sangat kat Kuala Perlis tu bila kami cuti bulan depan. nampaknya tak sempat. nasib baik sebelum kami mai Shah Alam kami sempat bawak tok pi sana. tok, jaga diri baik-baik di alam sana. kirimkan salam sayang kami kat arwah chaq dan along sekali. nanti kami hantarkan 'bekalan' untuk tok, chaq dan along. jangan risau, kami akan jaga mama baik-baik bagi pihak tok, chaq dan along. :')

6 comments:

cik lyna kaman said...

sedih aku . baru sangat jah balik tengok tok dah tadak . masa aku ada dekat hospital pung aku tak sempat p ziarah tok sebab mama sakit terok :(

rosdud said...

:)

AdilaKaman said...

@cik lyna kaman at least hang boleh balik. aku? dah la tak boleh. semua orang pakat duk pertikai kenapa aku tak balik. T.T

AdilaKaman said...

@cik lyna kaman at least hang boleh balik. aku? dah la tak boleh. semua orang pakat duk pertikai kenapa aku tak balik. T.T

~ ika popo ~ said...

amin..
be strong..
stiap y blaku ade hkmahnye..
wlaupn ko x blk, insyaAllah doa ttap akn smpai wlaupn kte jauh..

AdilaKaman said...

@~ ika ~ thanks ika. :')