26 December 2011

cit-cita saya

assalamualaikum~ :)

ecehhh.. macam karangan UPSR pulak kan? HAHA. eh. melalut sudah. :D

hmm.. melihat kepada kos yang aku tengah ambik kat UiTM sekarang ni, mesti dah dapat agak apa cita-cita aku. kan? sebagai seorang pelajar jurusan kejuruteraan, haruslah cita-cita aku nak jadi seorang jurutera kan? paling jauh pun, pensyarah fakulti kejuruteraan. tak kan lah aku nak jadi doktor pulak. kan? heeee...

selepas SPM, aku target kos Kejuruteraan Awam. tak kisah di universiti mana sekalipun. sebab aku minat Matematik. dan ALHAMDULILLAH, permulaan jalan hidup aku adalah mengikut apa yang aku rancang.

lepas segulung diploma dapat aku genggam, aku teruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. sebab pensyarah kata, hanya Ijazah yang membolehkan aku untuk jadi seorang jurutera.

hmmm.. orang kata, kejuruteraan tu susah. orang kata, kejuruteraan tu kerja orang lelaki. dah tiga tahun berlalu. ya, aku akui semua kata-kata orang. kejuruteraan memang susah! sampaikan kadang-kadang tu aku rasa nak tabik ja sesiapa yang dah berjaya jadi jurutera kat luar sana. I'm curious, how did they actually survive studying all those craps we've been learning all these years. like, seriously! -,-"

minggu lepas aku masuk tapak pembinaan. first impression? aku takut! T_____T

melihat semua jentera-jentera besar, besi-besi yang berkarat dan berat, lopak, pekerja warga asing. arghhh.. segalanya nampak asing dan menakutkan sekali. how am I supposed to be an engineer then? tsk.

belajar untuk jadi seorang jurutera adalah susah. tapi, jadi jurutera adalah lebih susah! banyak benda yang aku kena work on in order to be a successful engineer. a skilled one! hehe..

kalau benar ALLAH dah tentukan hidup aku nanti akan jadi seorang jurutera, inilah hidupku. inilah hari-hari ku. aku harap aku bersedia bila tiba masanya nanti. kalau tak, sia-sialah apa yang aku belajar selama ni. lama tuuuuuuuuu... kalau kahwin, dah tiga anak weh! HAHA...
ada bahan-bahan binaan dan struktur, yang dah belajar tiga tahun lepas, tapi baru sekarang dapat peluang untuk tengok secara dekat. dan nampaknya, aku sangat ramah dengan buruh-buruh warga asing kat situ. communication skills, passed! ahaks~

1 comment:

Nina Ahmad said...

Hye..
sya blogwalking & trjmpa blog comel nie..gudluck.