19 December 2011

kekasihku tertinggal di RnR

assalamualaikum~ :)

I had a field trip to Johor. will tell you later bout it. yang paling penting sekali, aku hampir kehilangan jam di R&R Pagoh! cuai tak cuai lah jugak kan? agaknya jodoh jam tu dengan aku masih panjang lagi. sekurang-kurangnya lebih panjang jodohnya berbanding aku dengan manusia. LOL.
kekasih bertukar silih berganti. in fact telefon bimbit pun. tapi ALHAMDULILLAH la jam ni masih kekal melekat kat tangan aku hampir tiga tahun. lama weh. serius lama.

ikutkan, aku ni bukannya jenis yang setia kepada barang. I change my favourite stuffs/belongings as much as I could even remember. even masa aku sekolah dulu pun, aku ada dua buah jam untuk aku pakai alternately. itu pun, lepas habis bateri, terus dispose. sebab aku jenis yang cepat bosan dengan benda yang sama lama-lama. sebab tu la kot, boyfriend pun tak pernah melekat lama-lama. HAHA.. :P

tapi jam ni, ada sentimental value. mama belikan masa hari jadi aku yang ke-19. sebab aku selalu bising NAK PAKAI JAM MAHAL, NAK PAKAI JAM MAHAL kat mama. HAHA.. jadi memang sayang gila ah nak tukar. padahal, bukannya tak pernah terniat di hati nak beli jam warna merah, warna biru, warna kuning. pheuu.. cuma, setiap kali aku tengok dan teringin nak beli jam baru, aku mesti rasa bersalah kat jam aku yang satu ni. rasa macam aku mencurangi dia. rasa dayus gila. drama kan? huehuehue...

jadi semalam, bila aku tertinggal kat tempat ambik air sembahyang di R&R Pagoh tu, memang bergenang jugak lah mata ni. cari macam orang gila. pujuk hati dengan mengatakan AKU TERTINGGAL JAM TU DALAM BAS.

lucky me, aku sedar yang kali terakhir aku tengok jam tu adalah pada jam 2025. iaitu 10 minit sebelum aku sedar yang aku hilang jam. lucky lucky me jugak, bila aku TERnampak kakak cleaner yang tengah mop lantai masa tu dan aku cam muka dia! huh. padahal tak pernah-pernah aku cam muka orang pada pandangan pertama.

aku cari, cari dan cari kakak tu, sampai aku jumpa beliau di tandas. dan aku tanya pasal jam tu. lucky lucky lucky me as beliau jawab ADA. ya ALLAH. Tuhan saja yang tau macam mana leganya aku masa tu. :')

BAYANGKAN KALAU AKU TERUSKAN DENGAN 'PUJUK HATI' KONONNYA JAM TU TERTINGGAL DALAM BAS. MACAM MANA??????? *ketuk kepala sendiri*

3 comments:

mizmarmalade said...

Weehooo, lama suda x jenguk kamoo yunk, rindu okeh! muacks! :-)

fanna said...

ok la tu masih ada jodoh..
kalau aku,
mmg tak lekat..
bp jam dah aku dok tinggal,
kat surau perlis,
kt bilik x-ray,


almaklumla,
anak org kaya
#MKATDD

Lucy S. said...

Nasib baik jumpa beb! jimat duit tak pyh beli baru ;P