assalamualaikum~ :)
eceh. tajuk entri dah macam tajuk lagu zaman 90-an. kelassssss kau Maria! hihi..
Syakir Iman, 3 tahun. |
ni lah cinta hati aku yang terbaru. terlatest. terkini. tercomel. terbaik. terkecik. eh? hihi.. cinta tak mengenal usia. jarak umur 19 tahun, bukanlah penghalang. sedangkan Demi Moore pun boleh suka kat Zac Efron yang 25 tahun lagi mudah daripada dia. HAHAHA.. :P
sedap kan nama dia? rasa macam nak makan-makan ja. hihi.. ini, cucu mak angkat aku masa aku pi Program Anak Angkat kat Kerteh hari tu. pasal program tu, nanti-nanti lah aku cerita. sebab gambar tak dapat lagi. apalah entri jika tidak bergambar. ye dop? :)
oh. kembali kepada Syakir Iman. hihi. memandangkan dia ni CUCU kepada MAK angkat aku, haruslah aku jadi MAK SAUDARA angkat dia kan? dan oleh kerana itu, haruslah dia panggil aku MAKCIK kan? pheuuuuu... memang tak akan aku benarkan semua itu untuk terjadi!!!!! *evil laugh*
bila adik beradik angkat yang lain sibuk mengajar si Syakir ni untuk memanggil mereka aunty and uncle, aku dengan suka hatinya suruh dia panggil aku KAKAK. lepas tu, direct kena marah, kena boooo dengan yang lain. cissss...
antara adik beradik angkat yang lain, hanya aku yang selalu ada di rumah. jadi si Syakir ni memang baik gila-gila-gila dengan aku. dan dengan 'asuhan' yang baik, he finally called me KAKAK. HAHA.. dia suuuuuka bercerita. tapi dalam 100 patah dia bercerita, 10 patah ja yang aku confirm aku faham. HAHAHAHA..
"ni ape?"
"errr.. enjin."
"enjin ape?"
"enjin motor."
"enjin motor ape?"
"enjin motorsikal."
"enjin motorsikal ape?"
"enjin motorsikal apeeeeeee?"
*berasap kepala dah*
itulah al-kisahnya. heh. tapi pada suatu hari (skema), ada kawan lelaki aku suruh si Syakir tu panggil aku AWEK. pheuuuuuu... last last, memang AWEK lah nama gelaran aku pada si Syakir tu. masa kat meja makan, tiba-tiba ja Syakir kata "awek, awek! lekluuuuuuuuuu..." musnah sudah semua 'asuhan' yang aku beri padanya.
-_________-!
bila aku balik dari program, dari jauh lagi dia akan terpekik-pekik,
"awek!! awek gi ane?"
"awek gi kerja la."
"awek gi keje ape?"
"gi kerja la. nak cari duit. nak meminang adik. nak kahwin ngan awek dak?"
"tak amboh. adik nak gi sekolah dulu."
*patah hati*
2 comments:
dop rock cetong pg ngaji..pg deting baru la best..haha
@a little less conversation ish3. tak baik mengajaq gituuu.. HAHAHAHA.. :P
Post a Comment