assalamualaikum~ :)
pheuu.. melangkah ke alam universiti, alam dewasa belia, bermakna aku sudah tidak layak lagi untuk bermain secara bebas, terlompat-lompat atau terkinja-kinja secara bebas macam anak kera di mana-mana padang atau taman permainan yang wujud di sekeliling aku. maknanya, tiada lagi toi (galah panjang), polis entri (kot?), aci duduk, roundes (macam besbol), jengket-jengket (tengteng?) dan segala macam lagi 'traditional' outdoor games. pheuuuuuuu... tradisional kauuuuu... macam permainan zaman P. Ramlee pulak. hihi..
mengapa oh mengapa?? dunia ini tidak adil......... *drama*
dulu aku perempuan lasak. ehem. in fact, sekarang pun. *cough cough* perempuan yang bermain, hanya dengan lelaki. sebab lelaki susah nangis kalaupun kau mengasari dia. HAHA.. bila aku mula pindah ke sekolah perempuan, jenis-jenis permainan aku mula berubah. kurang sudah outdoor. jadi 'awek-awek' lah katakan. :D
tapi bila aku sertai program anak angkat anjuran Fakulti Kejuruteraan Awam pada minggu lepas, akhirnya aku dapat lepas gian main galah panjang. wehuuuuuuuuuuuuuu!! zaman anak kera aku pun bermula! tiba-tiba feeling remaja, muda 10 tahun daripada asal. hihi.. :P
![]() |
The Team Mates |
dulu memang lah beta pro main menda alah permainan ni. zaman lincah muda remaja. sekarang ni, seluruh anggota badan dah macam stok secondhand. longgar sana, longgar sini. but they actually used me as their freaking bait to pass through our enemy punya kubu. orang kurus lah katakan. nipis pulak tu. memang lah senang mencelah. tsk.
Orang terer kena hadang. :P |
yang siotnya, bila KAWAN BAIK SENDIRI yang menjadi penghalang kepada kejayaan beta. cissssss... siapakah kawan itu wahai Kuma? siapaaaaaaaaaaa??? arghhh...

aku hanya berjaya bawak kumpulan aku mara ke final. lepas tu kalah, di tangan kawan baik sendiri. ROOMATE sendiri. BAKAL HOUSEMATE sendiri. aku yang marakan kumpulan kami ke final, aku jugak yang menyebabkan kekalahan di final. sebab kena sentuh dengan KAWAN BAIK sendiri. *lap air mata*

apa-apa pun, menang kalah adat permainan. walaupun tak dapat hamper mahupun nama, beta tetap bergumbira kerana bisa main sekaligus bisa melepaskan gian bermain seperti remaja yang belum mencapai akil baligh. HAHAHA.. :)
3 comments:
haha..
yeeaahhh..
group B menang!!!!
tapi hamper tah ke mana.. =='
@akema yazid huntonglaaaaaaaa menang. HAHAHA.. aku punya hamper, explorace tak hambek, persembahan pun tak hambek. baik kan aku? ^_^
dah lama tak main galah panjang. teringat masa puteri islam dulu.
Post a Comment