assalamualaikum~ :)
Masa jalan-jalan (secara lisannya) di blog orang, tiba-tiba terjumpa satu video yang hebat ini.
Hebat macam mana? Kau kena lah tengok dulu. Betul-betul menggamit memori punya lah! Tiba-tiba rasa macam nak kembali ke SK Seri Indah, dan melawat tempat bermain kejar mengejar, sampai comot-comot dengan kawan-kawan dulu.
Aku tak ada kenangan macam dalam video atas tu masa bersekolah di SK Convent Butterworth. Kerana pada dasarnya, kami perempuan sama perempuan tak akan jadi buas. Perempuan buas hanya boleh buas dengan kawan lelaki. Ini kenyataan ikhlas daripada bekas budak perempuan buas stok panjat bumbung masa di Ayer Itam dulu. :')
Bersekolah di sekolah perempuan selama lima tahun (dua tahun sekolah rendah, 3 tahun sekolah menengah), sedikit sebanyak dah kurangkan tahap kebuasan aku. Dah tak ada aktiviti masuk longkang tangkap ikan, panjat pokok cari buah, main lopak tangkap berudu, ceroboh kebun orang curi ubi kayu buat bakar-bakar, meredah kabus lepas fogging, cari kayu buat senapang kayu berpelurukan buah ceri muda. Tidak. Semua tu dah tak ada. :(
Makanya bila tengok video ni, rasa macam grrrrrr...... Nak pergi balik sana, cari kawan-kawan yang sama buas dulu-dulu, lepas tu ajak main roundes sampai lebam! Kihkihkih..
Korang tengok lah video dari mereka ni, JinnyboyTV. Siap ada pertandingan My Generasi kalau aku tak salah lah. Seronok gila siaaaa.. Terutamanya yang kat bawah ini! :)
p/s : Bapak susah gila aku nak menaip secara berterusan guna Bahasa Malaysia! Jenuh cari perkataan yang sesuai. Harap-harap usaha tidak sehangat tahi ayam saja. -,-
No comments:
Post a Comment