05 May 2012

tiru

assalamualaikum~ :)

Semalam aku mengikuti satu program yang dianjurkan oleh Ayahanda kami (VC UiTM), Dato' Prof. Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Program diberi nama 'Survival Mahasiswa UiTM' yang telah diadakan di Dewan Agong Tuanku Cansellor (DATC), UiTM Shah Alam.

Tapi, bukan rumusan program yang aku nak cerita. Cuma satu perkataan yang menarik perhatian aku sepanjang program berduasi tiga jam tu. Meniru. :)

"Sesiapa kat sini yang mengaku, dia pernah meniru, sila angkat tangan!" 

kata si penceramah yang berbangsa Indonesia itu.

Aku? Tanpa ragu-ragu lagi dah angkat tangan awal-awal. Juga kepada yang lain. Rasanya, semua orang seramai hampir 1600 orang dalam dewan tu angkat tangan. Jujur kan, kami? Hahaha...

Ya, tipu aku kata kalau aku tak pernah meniru. Kerja kursus, kerja rumah, semua tu hasil tiru. Tapi tiru aku, bukan sebarang tiru. Tiru aku, siap boleh kesan kesalahan yang mungkin dilakukan secara tak sengaja oleh si pemberi tiru tu. Tiru aku, hanya tiru JALAN KERJANYA, bukan JAWAPANNYA.

Setiap kali nak meniru, aku memang akan teringat gila kat kata-kata si guru tusyen aku masa di Tingkatan 4 dulu, 

"kalau kamu nak meniru, jangan jadi mesin fotostat bodoh!".

Maksudnya, kalau kau nak meniru pun, beragak lah. Tahu apa yang sedang anda tiru atau buat. Jangan main tarammmm ja. Kawan bagi jawapan salah pun, main hentam ja. Janji siap. Ye dok? Kahkahkah...

Cakap pasal tiru dalam ujian. Hmmm... Seingat aku, dalam sejarah hidup aku, aku pernah tiru sekali. Masa tu, di semester tiga. Subjek Basic Soil Mechanics. Dan itulah satu-satunya subjek yang aku dapat C sepanjang tiga tahun diploma UiTM. Nampak tak kesan dia? Nampak tak? Nampak tak? -___-"

Tapi tiru tu, bukan tiru yang bawak toyol. Astaghfirullahal'azim. Itu memang tak pernah. Tiru yang aku buat tu, masa tu semuaaaaaaa orang tiru. Hahaha... Bayangkan bila kau kena buat ujian, dalam masjid, sambil ramai-ramai meniarap rapat-rapat buat ujian tu, apa kau harapkan? Memang tiru la wey. ;)

Apa-apa pun, aku memang susah nak meniru. Biar markah sedikit sebab malas belajar, daripada markah menggunung sebab tiru. Tiru semata-mata nak lulus pun, mintak simpang lah. 

Aku memang tak skema. Malas belajar. Kuat Tidur. Tapi, Alhamdulillah setakat ni aku masih belum terjebak dalam kancah meniru. Itu lebih penting. Malas tu hobi. Tapi tiru tu penyakit. Ubatinya lah. ;)

No comments: