14 November 2012

Highway and Traffic Engineering's Field Trip

assalamualaikum~ :)

Dah tiga semester, tiga kali budak kelas aku dapat pergi lawatan kerja luar(site visit). Semester pertama, Johor (2 hari, 1 malam). Semester kedua (balik hari) dan ketiga (3 hari, 2 malam), Pulau Pinang. :)

Lawatan kali ni melibatkan dua buah kelas di bawah major Highway and Traffic Engineering. Seramai 61 orang, dua buah bas. Lawatan kali ini haruslah yang bersangkut paut dengan apa yang kami belajar dalam kelas; iaitu Pavement Engineering and Public Transport.

Kolej siswa dan siswi di UiTM Pulau Pinang menjadi pilihan melelehkan air liur dek kerana penat.

Hari pertama, perjalanan selama lebih kurang tujuh jam dari Shah Alam ke Permatang Pauh. Malamnya, aku tak keluar. Sebab tak ada tuan punya rusuk yang ingin membawaku berjalan-jalan. Tak macam orang lain. Kahkahkah.. :P

Hari kedua, ke kuari. Tengok proses penghasilan batu-batu dari bukit yang diletup.
Petangnya, ke Stesen Bas Butterworth. Port lepak kegemaran aku masa tinggal di Pulau Pinang dulu. Sebab sekolah aku, hanyalah beberapa meter dari situ. Hihihi.. Masa kat sini, kami diberi tugasan untuk buat survey on public transportations and their level of services. Kumpulan dibahagikan. Tiga kumpulan buat feri, tiga kumpulan buat kereta api, tiga kumpulan buat bas, tiga kumpulan buat teksi.

Aku? Haruslah dapat feri. Yay! Naik feri... :B

Quite an experience. Masa tu public relation skill memang tercabar jugaklah. Nasiblah semuanya berjalan dengan lancar. Penang people very nice oneeeee... :)
Malamnya, ber-huha di Sunway Carnival bersama teman. Jalan-jalan habiskan duit. Melepak karaoke sampai 20 orang satu bilik bersaiz sederhana tu. Padat baq hang. Hewhewhew... Nak bergerak pulang ke kolej, pada tengah malam. Sementara tunggu bas, haruslah main macam-macam aneka permainan stok kem jati diri, sebab kat situ dah sunyi by 10.30 p.m.. :D

Hari terakhir, lepak di Bukit bendera. Naik buggy, jalan-jalan tengok pemandangan dan makan-makan. Kat atas tu sejukkkkk... Memandangkan I've been there few months earlier, makanya tak ada lah eksaited sangat. Bebiasa ja. Haha.. ;)
These are my favorite makciks; Teha, Hajar, Ain and Zaity. Yang kanan sekali tu, aku. Jangan tak kenal sangat. Heh. Plus with the one, behind the camera; Frieza. Kami jalan sesama, naik buggy sesama, penat sesama, menjelajah Bukit Bendera nan sejuk tu. Eh. Makan pun sesama. :)

Tak banyak gambar yang nak muat naik, sebab belum dapat kutip secara total dari semua kamera. Plus, aku memang malas gila nak muat naik. Sekadar korang tahu serba sedikit, udoh la ye? Hikhikhik..

Harapannya, housemate dan ex-classmates cemburu sebab depa masih belum pergi apa-apa trip pun sepanjang pengajian kat Shah Alam ni. Ye dok, Nabila? :P


Ni aku bagi la sikit selingan muka blur aku, buat stok ampa gelak-gelak. Kenapa muka macam ni? Ni la akibatnya bila cameraman ambik masa lama sangat untuk shoot. :|

No comments: