18 January 2013

Ikan Oh Ikan!

assalamualaikum~ :) 

Semalam, abah ajak aku pergi tengok orang menyauk ikan. Mulanya aku macam malas la jugak, but after my dad insisted on me going, so yes, I did. Kononnya abah kata, aku boleh la tengok aktiviti menyauk ikan. Haha..

Semalam tu, abah dan adik-beradik beliau yang menyauk ikan. Depa yang turun dalam parit tu. Aku yang penakut lintah dan pacat ni, haruslah jadi tukang tangkap ikan yang dibaling ke darat saja. Hihi..
Konsepnya senang ja. Pam keluar air dari parit ke petak sawah yang lain. Lepas air semakin surut, for sure ikan akan melompat-lompat naik ke permukaan. Lepas tu, tangkap guna tangan! Phewww...
Semalam memang banyak gila ikan. Ada spesies tilapia, keli, haruan, sepat benua, selat, puyu dan lampam. Semua jenis ikan darat yang memang aku tak makan. Heh.
Ni abah yang duk menyauk ikan.
Ni Paksu dan Makcik yang turut menyauk ikan.
Ni benda alah yang abah guna untuk tangkap ikan semalam. Apatah nama dia? Aku panggil bubu. :D
Secara keseluruhannya, aku sangat teruja dengan pengalaman baru semalam. Dan aku jugak dah terlukakan jari kelingking aku dek duri di sirip tilapia tu semalam. Boleh tahan bisa jugak lah. Heh.

Terpalit lumpur secara total walaupun aku tak turun pun ke dalam parit tu, sebab orang-orang yang menyauk ikan kat bawah tu, membaling ikan-ikan ke darat dengan sesuka hati mereka. Nyaris ja ikan tu tercampak ke muka aku. Cis.
Ini hasil saukan abah semalam. 65% daripada hasilnya. Ini baru 65% daripada hasil abah. Belum dikira hasil tangkapan Makcik, Paksu, Pakngah dengan Abang Eddy lagi. Perghh.. Syurga ikan. Nasib lah aku tak makan ikan sangat.

70% daripada ikan-ikan ni, dalam proses untuk dijadikan perkasam. :D

No comments: