assalamualaikum~ :)
Aku dah agak lama jadi pemandu kereta. Lesen pun dah hampir matang masa aku mula pegang stereng kembali lepas tamat ujian memandu. It was 3++ years ago when I first started driving.
Dan sekarang, dah hampir cekap dah pun. Kecuali bahagian side parking. Yang tu, lemah sikit. Tapi boleh blah la kalau diberikan masa yang berjam untuk masuk dengan kemas. Haha!
Kat Perlis ni, tak la sesusah mana bagi pemandu amatur macam aku dulu. Jalan tak sesesak di bandar besar macam Kuala Lumpur atau Pulau Pinang tu. Carefree. Susah la nak congested, kecuali kalau waktu balik dari pejabat, dekat bulatan emas tengah-tengah Kangar tu. Haaaaa... Itu memang sesak! (0.0")
Tapi, dalam senang-senang tu, ada jugak susahnya. Iaitu bila kena pandu di jalan macam yang bawah ni.
Jalan macam ni, selalunya kalau nak masuk ke kampung. Nasib baik lah kampung yang aku tinggal ni, betul-betul depan jalan raya. Makanya, aku memang tak payah nak bersusah payah la lalu jalan macam ni. Sempit. Kalau malam-malam, gelap. Kalau ada kereta lain yang datang dari arah yang bertentangan, makanya lu mati! Hoho..
Tapi, setakat ni aku lulus la kalau nak kena lalu. Sebab rumah tok sebelah mama, kena lalu jalan macam ni. Cuma, tak la sepanjang jalan macam dalam gambar ni.
Ni jalan nak ke rumah si kawan. Kesian dia. Tak berani nak keluar sendiri dengan kereta. Makanya kalau dia nak ke mana-mana waktu ayah dia tak ada, aku jugak lah yang nak kena pi jemput. Hahaha..
Nak lalu jalan macam ni, senang ja cara dia.
1. Pastikan cekap dan mahir mengawal stereng.
2. Buangkan ketakutan. Anggap ja jalan ni macam jalan yang biasa.
3. Pastikan tak ada kereta di penghujung jalan sebelah sana sebelum kau masuk. Sebab jalan macam ni, selalunya muat-muat sebiji kereta.
4. Bawak laju-laju. Insya'Allah selamat sampai.
5. Jangan lupa main tangkap-tangkap gambar semasa memandu! Haha.. ;)
1 comment:
Boooooooooo.... Nak kata dia trer la kunun...l
Post a Comment