assalamualaikum~ :)
*WARNING entri berilmiah*
Wahahaha.. Pemburuhan. Yes. Selagi aku tak grad, aku tak boleh jadi engineer. Which means, by now, I'm working as a labour. A cheap labour. Okay lettew.. Dari FREE labour. Hiks.
So today, cheap labour me has entered the site. Which is, quite bosan. Sebab company tempat aku buat praktikal ni, cuma handle earthwork dan piling work sahaja. Makanya, what I'll be dealing with throughout this industrial training, hanyalah kerja-kerja berkaitan piling. -__-"
Okay kawan-kawan. Yang kat atas tu, SPUN PILES namanya. Benda alah ni, dalam Bahasa Malaysia dia, CERUCUK. Panjangnya, 40 kaki, ataupun 12 meter dalam metrik. The piles are precast pile. Buat di kilang. Kegunaan? Untuk kuatkan tanah sebelum kita bina apa-apa di atasnya. Haaaa.. Gittewww.. Spun piles ni, depa ada hollow section. Unlike others, yang basically adalah solid. This type of pile is stronger and preferable, sebab dia lebih kuat. Adik tu lah ceghite. Teman tak tau mende. First time nengok ni haa.. Kakaka!! :P
Kat atas ni, kira macam nama untuk batang pile ni lah. Nombor siri dia.
Yang kat atas ni pulak, PILE SHOE namanya. Kiranya, batang pile ni akan dipakaikan kasut lah sebelum membenam dia ke dalam tanah, untuk protect hujung pile tu. Sebab pile ni akan dibenam sampai ke hard layer dalam tanah (selalunya rock layer). So, kalau tak protect, kemungkinan pile boleh retak atau rosak bila dah sampai hard layer.
Ni pulak, pile machine. Dia guna hammer. 7 tan, berat hammer tu. Keletung keletang dia kasi hantam sama itu batang pile. Bergegar tanah, bergegar jugak lah otak aku sepanjang hari menapak di site tu. Brrrr... Sebelum pile tu dikasi hantam, pekerja tu akan buatkan senggat pada batang pile, dalam ukuran kaki. So, tugas kami, adalah untuk kira berapa banyak blow (hentaman) yang diperlukan untuk batang pile tu dibenam satu kaki. Kira, kira, kira, kira, kira, sampailah batang pile tu dah tak boleh nak benam dah. Penat hoi. Roughly, masa yang diambil oleh satu pile untuk dibenam, 40 minit. Zzzzzzz.....
This is the erection of pile. Memang sempoi ah tengok benda ni. Abang jaga machine tu, macam main game ja. Hahahaha!!
Memandangkan seminggu dua ni, aku pergi kerja berhantar berambil, tadi masa nak pi site, terrrrrpaksalah menumpang. Malu hoi. SIAPA TAK MALU KALAU KAU KENA TUMPANG KERETA LELAKI AJNABI (cewah) BARU KENAL TAK SAMPAI SATU JAM NAIK BERDUA PERGI SITE??! Tell me! Brrrr.. Kahkahkah!! Well, basically he is a Chinese guy. 20 tahun. Makanya stok adik-adik cheq ja. Tapi! Malu jugak! Kenapa? Sebab dia fasih cakiappp Melaiyuuuuuuuu ai is maluwwww... Wiwiwiwi... Tiga kali tumpang, rasa macam nak masuk nyorok dalam batang pile ja. Hahahahaha!! :P
So basically, kerja minggu ini adalah bosan. Lepak site, kiiiiiiiiraaaaaaaaa ja berapa hentaman. Aku harap malam ni, aku tak mimpi bunyi-bunyi hentaman tu. Ngeri okay. Seharian dengar. Dan, aku harap aku tak akan pekak kerananya. -,-"
No comments:
Post a Comment