I've been a loner since last semester. Makanya-- tak janggal sangat lah bila kena seorang diri di sini. Told ya, I'm the only Highway girl surviving here. Lonely gila. Memang la Afzan ngan Spark ada. Tapi.... Tak semua benda boleh sembang with boys, no? Heh heh. *gelak gaya Sheldon*
Jadi loner ni best. Especially jenis macam aku yang suka hati aku jaaaa nak pi mana-mana. Tak dak hala tuju. Kalau bosan, dalam Tesco pun aku boleh round sampai sejam, dua jam, sampai habis beratus. Serius. Sampai tahap tu la aku punya seronok jalan sorang. Kakaka..
Semenjak drive ni, lagi rajin ah jalan sorang. Dan setakat ni, benda paling bangang aku buat as a loner, pi tengok wayang alone.
T.T
Aku ingat lagi, masa tu aku pi tengok KIL kat AEON Bukit Raja. Naik motor sorang-sorang, pi tengok KIL, berbekalkan makanan di kiri dan kanan aku. Nak cover la kunun. Buat busy dengan makanan.
-,-"
Oh. Lagi satu, masa aku pi KL sorang-sorang. AKU yang takut naik LRT ni, pi KL sorang-sorang. Motip? Bawa hati yang lara. Saja. Siap lepak Kinokuniya, baca buku di celah rak-rak buku. Siap naik skybridge kejadah tu pi Pavilion. PUN sorang. Dah la tak pernah sampai sana. Kemain lagi aku Google 'how to go to Pavilion from KLCC by walking'. Haaa kauuuuuu... Internet di hujung jari sangat. Lulz.
Nasib la aku ni ada ability yang power when it comes to malls and shopping complexes. Ingat saja jalan pergi dan pulang. Tak payah nak tabur-tabur serbuk roti pun. Gagaga..
Kalau pasal makan sorang, aku dah selalu sangat dah. Setakat lepak McD, breakfast/lunch sorang tu, dah normal sangat. Macam sem lepas, setiap minggu muka aku menapak kat Old Town Seksyen 7 tu. Segala macam lunch punya menu aku dah try. Memang muka aku je la kat situ. Dengan laptop/iPad aku, streaming Running Man. Tak dak muka lain dah.
Hipster sangat.
:')
Pastu tadi, lepas melilau, habiskan duit kat Tesco, aku pi makan kat Pizza Hut. Tsk.
Kenapa rasa kosser gila makan situ sorang? Serius. Kat tempat lain, tak rasa se-kosser ni pun.
Whyyyyyy???
No comments:
Post a Comment