Showing posts with label geek on exam mode. Show all posts
Showing posts with label geek on exam mode. Show all posts

08 July 2013

Hari terakhir semester 7ujuh

assalamualaikum~ :)

Di makmal komputer fakulti.

Bersendirian.

Kebosanan.

Konon belek-belek nota buat terakhir kalinya.

Alih-alih end up baca blog kegemaran, dengar radio online, makan dan berangan.

Gahhhh...

Should have just avoid this computer lah tadi!

*sigh*
LAW Whaaaaaaat?

01 July 2013

Cakcakcak

assalamualaikum~

Hari ni aku ada kertas Environment. Memandangkan final kat Shah Alam ni leklek ja, tak macam Arau (kami kena duduk ikut senarai nama yang disediakan), adalah menjadi kewajiban bagi aku untuk test kestabilan setiap meja sebelum aku pilih untuk menenggek kat situ selama 3 jam. I am engineer liddat. Kestabilan itu mesti.

Jadi hari ini, aku pilih untuk duduk di meja betul betul kat tepi dinding dan tingkap. Sebab budak kuat berangan macam aku, memang suka tengok merata sambil jawab paper final tu. Ambik ilham, katanya. Everything was purrrrrfect, sampailah satu saat tu bila tetiba ada cicak nak cakcakcak main hendap hendap dengan aku kat dinding sebelah tu. It was verrrrry close! Close enough to trigger me vocal cord to shout due to that kind of prank it has for me. 

-______-"
Gambar cicak ni, ihsan Google Image
But me, being the cool and blank Adila, I did shout, but in my head. Ye adik adik, saya jerit dalam hati jerrrr.. Cuma refleks tu, nampak lah macam terkejut. But no sound was made. Fuh. Kalau tak, buat malu kat orang ramai ja. Wiwiwiwi... :P

But that's just not it. That frigging cicak just can't get enough. Lepas dia main cakcakcak dengan aku, dia main lari lari kat dinding bahagian bawah, sebelah kaki aku pulak. Arghh... Stresssssss...

08 June 2012

Le Drawing

assalamualaikum~ :)

Kejap. Kejap. Nak kembang kempis kan hidung kejap tengok lukisan sendiri yang kelihatannya seperti lukisan seorang professional. :8)
Okay, dah. Hahahaha.. I did this when I was in the exam hall, having my second test for the subject of Basic Quantities. For the last 10 minutes, kepala otak memang dah tepu gila, langsung tak boleh buat apa-apa.

I had so many tests, assignments and projects in the past few days that I finally ended up paying the least attention to them. All of them, to be exact.

Am no cartoonist nor somebody talented much in drawing. Tapi boleh blah la setakat nak melepaskan nafsu kebosanan ke atas sekeping kertas A4 kosong. Makanya mungkin di hujung semester nanti, aku dah boleh buat satu fail untuk tempatkan semua lukisan stok tadika aku ni. Sampaikan kawan aku kata, "Hujung semester nanti, kau bukak balik fail ni untuk ulangkaji, mesti kau terfikir, kau ni budak fakulti EC (Civil Engineering) ke, budak fakulti AD (Art and Design)?"

Kfineeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....

20 May 2012

chaotic Adila

assalamualaikum~ :)

Man, how I missed to see my table in such condition. You can say that I'm in my super rajin mode whenever my table is in its chaotic state. Sekarang, tak main semak-semak meja dah. Aku semakkan rumah terus. Separuh ruang tamu penuh dengan buku aku ja bila aku belajar/siapkan assignments. :D
And yes, the mirror is my source of inspiration. I'm in need of it whenever I study. To keep me awake! Mihmihmih.. You'll know how I'm in love with mirror if you know me well. Guaranteed! :)

Ahhh.. Tengok! Lama mana sangat aku nak boleh blog guna bahasa kebangsaan? Bahasa rojak jugak akhirnya. All hail bahasa rojak! -,-

p/s : Kalendar itu hadiah perkahwinan kakak kawan baik aku, makanya pasangan itu tiada kena mengena dengan aku. Kihkihkih..

24 December 2011

mari berpantun

assalamualaikum~ :)

berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.

bersakit-sakit kejadahnya kalau aku ada test hari ni????? sedangkan tak sakit pun, aku malas nak membaca. inikan pulak bila tengah sakit. HARUSLAH lagi malas membaca. ye dop? aigoo.. aigoo.. macam mana nak jadi engineer kalau pemalas ni......? tsk.

dua hari aku sakit tekak. gatal. rasa macam nak korek anak tekak tu keluar, lepas tu garu-garukan dia sampai lega. semalam lepas balik kelas, suhu badan dah naik mendadak. apa lagi? bungkus lah jawabnya. membawa sampai ke pagi ni. langsung tak sentuh nota. walhal petang karang ada test. grrrr...

woke up this morning with nose full with mucus. dahhhhhhhhh... running nose pulek! aigoo.. aigoo.. sakit tekak dah lega lepas telan Strepsils mahal dua, tiga biji, ALHAMDULILLAH lega. :)

haishh.. orang kata, jangan mengeluh bila sakit/demam. sebab, sakit/demam tu ada hikmahnya. bersihkan dosa. oh. sesungguhnya saya tak mengeluh pun. cumaaaaa.... tsk. BILA DEMAM, NAK MOI SUP MAMA! zzzz....

kesimpulannya, gua baru nak buka nota powerpoint (yang 6 slides satu muka surat tu) setebal jari kelingking tu pagi tadi jam 0900. test jam 1400. tolak breakfast and short nap, dahhhhhhhh tinggal berapa jam ja lagi. dan online lagi! huehuehue.. well, I won't be the great last-minute-Adila for nothing right?
illustrasi sekadar mencapub. sebab baru perasan, muka gua nampak macam muka mintak menampo ja dalam gambo ni. tolong, sesiapa tampokan? motif gambo, nak tunjuk jerawat je sebenornye. -,-"

14 October 2011

di sini...

assalamualaikum~ :)

di sini,
saya dapat hidayah untuk stay up demi mengulang kaji pelajaran,
setakat tidur jam 6 pagi dan bangun jam 7 pagi tu,
wa takde hal la derrrr...

di sini,
saya dapat selera makan stok pembela saka punya selera,
I've got a huuuuuuuuuge tummy to be filled with food sampai kawan sekelas semua tegur,
wey awat hang makan banyak sangat tahhhh???

di sini,
saya dapat satu penyakit baru yang amat menguji kesabaran dan kecekalan saya sebagai pelajar,
berdenyut sana sini, setiap malam terpaksa bergelumang dengan minyak Cap Kapak,
my degree has demolished my beauty sleep...

.......................................................................................................................................

brrrrrrr... my first test was a total mess. though I did pretty much exercises on it, still, I messed my direction, r which contributed almost a quarter from the marks. boooooooo Adila. -,-"

my headache is still HERE. lingering on my head. tried to chase it away, but, failed. God, help meeeee...

19 April 2011

final terakhir diploma

assalamualaikum~ :)

to whom it may concerns,

selamat maju jaya kalau ada yang sedang atau yang bakal menduduki peperiksaan akhir, walau di universiti mana anda berada. ucapan aku ni cuma untuk yang dah habis sekolah, yang belajar kat universiti. kau budak sekolah, jangan mengada. peperiksaan pertengahan tahun pun tak buat lagi. -,-
insya'ALLAH, this might be my last final for diploma because I am a final year student. dah tua rupanya aku ni. tengok kat cermin, nampak dua belas tahun lagi. oh. patut la. cermin kan pantul. whenever you show to it 21, it will give you 12 instead. hakikatnya, tidak. -.-!

ah. dah melalut.

baiklah. aku ni tak reti dah bermadah, berhelah. mari kita teruskan dengan niat asal kita. iaitu, mendoakan kawan-kawan seangkatan dengan kita untuk berjaya. atau dalam erti kata lain,

"semoga lulus dengan warna yang terbang", Cisdel.

mai sini kita kongsi sikit apa-apa yang patut. boleh sediakan pen dakwat basah, pen dakwar kering, pen marker, pensil kayu, pensil tekan atau dakwat bersama berus sekalipun, kot-kot nak salin. cheq tak kisah. suka hati ampa la noooo.. kertas jangan lupa pulak. huhu.. :)

........................................................................................

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”


2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”


3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”


4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”


5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.” 

akhir kata,
memang kita yang berusaha,
tapi ALLAH yang tentukan. :)