Showing posts with label the three stooges. Show all posts
Showing posts with label the three stooges. Show all posts

08 November 2011

selangkah menjadi mak

assalamualaikum~ :)

oh. hai. yesterday my family and I threw a birthday party for the twin; Picha and Muhyee. they are three now! hihi.. cuties. :)

so, when their mother said stuffs like having a birthday party for the kids, their older sister requested a birthday cake with Barbie's figure/picture on it and few numbers of balloons from my mother. AS IF we were throwing her birthday party lah kan yesterday? -,-"

haishhh.. so yes, we bought them a cake. but without the Barbie thingy. HAHA.. things were soooo last minute, so we didn't manage to get our hand on a Barbie cake, but on some random cartoon cake instead. janji adaaaaaaaa... HAHA..

dah beli belon 20 bijik, nak kena tiup pulak satu hal. because I am a bad blower when it comes to balloons. memang dari kecik, aku akan mengelak ah daripada segala jenis pertandingan yang melibatkan belon. tapi semalam, aku kena TIUP DAN IKAT semua belon-belon tu semua. dah kalau si penakut yang buat, belon-belon tu semua, HARUSLAH KECIK kan? hoho.. :D
so while waiting for the elders to chit chat and gossip about things, we went out and play. HAHA.. best woh main dengan budak-budak ni. birthday girl sangat memusuhi aku, so she only allows Malina to carry her.

T___T
yang si kakak ni pulak, suuuuuuka sangat berkepit dengan aku. sampaikan semua mak dan bapak sedara kata she is a clone of mine. -,-"
ya ya ya, memang lah semalam tu jamuan hari jadi si kembar. tapi cuma ada adik dan kakak kan? kenapa???? sebabbbbbbbbb...
tengok ah kat atas tu! orang semua datang jauh-jauh bawak kek, belon bagai semata-mata nak sambut hari jadi dia, dia boleh pi bantai tidoq. cisssssssss... sejam lebih jugak ah kami menjalankan sesi pujuk memujuk untuk bagi dia turun dari buaian tu, supaya boleh potong kek. arghhh...
HAHA.. lilin semua, lenyap ditiup kakak. sibuuuuuuuk je dia. HAHA..
akhirnya, si kembar sorang kat bawah ni, she ate the 'gajah' on the cake instead of the cake itself.
HAHA.. I didn't buy them any present. sebab, budak-budak bukannya tau hargai hadiah lagi kan? beli baju? arghh.. KEMBAR kot! bankrup mak, nyah. dah tu kalau beli kat kembar, HARUSLAH beli kat kakaknya jugak. ye dop? kang dia tengokkkkkkk ja adik-adik dapat hadiah. kesian pulak. hihi.. :P

oh okay, selangkah menjadi mak. rasanya, dah 70% bersedia. tettttt.. HAHAHA..

05 September 2011

Three Stooges vs Nanny McPhee

assalamualaikum~ :)

tadi aku naik status,

"baby-sitting is freaking hard yet tiring, man. do think twice, or maybe thrice to have kids of a-football-team members. *white flag*"

motif?

sebab aku baru saja pulang dari kelas 'Cara-cara untuk Menjadi Ibu Mithali' serta kelas 'Cara-cara untuk Menguruskan Kanak-Kanan Super Buas' di rumah mak lang aku. seramai tiga orang kanak-kanak berlainan perangai dan keletah telah diletakkan di bawah jagaan aku selama hampir tiga jam. sumpah buas weh. dasarrrrrr! -,-

penguji pertama, Muhyee (2 tahun 10 bulan)
jangan tertipu dek wajahnya yang innocent ini. sangat adorable bila dia nak bermanja, tapi sangat horrible bila apa yang diminta, tak dapat. manja nak mampos. takut kambing. sikit-sikit takut, sikit-sikit takut. apedehal lah dia ni. heh. mudah lembik bila dibelek-belek. paling mudah dibawa berunding. suka makan dan baring di atas aku. paling kegemaran, bila aku main-main telinga dia. sampai boleh tertidur derrr.. :D

penguji kedua, Picha (2 tahun 10 bulan)
arghhhh.. ini adalah spesies pemangsa. diulangi, PEMANGSA! kegemaran, menggigit dan mencubit aku sekuat hati. juga gemar membaling atau menghentak mainan keras ke arah aku secara tiba-tiba. sangat bahaya jika aku terlepas pandang akan budak ni. loqlaq yang amat. hyperactive dan suka memanjat. comel gila dengan gigi penuh dia tu. tapi malangnya, gigi comel tu dia buat gigit aku. tsk. T___T

penguji ketiga, Nurin (6 tahun 3 bulan)
ketua gangster. mahaguru budak kembar kat atas tu. manja dengan aku, bila ada benda nak mintak. HAHA.. paling rapat, sebab mama mengasuh dia masa bayi dulu. suka orang puji dia cantik. takut pada makanan, tapi tidak pada ubat. which is pelik. huhu.. kalau mama aku telefon, soalan wajib "kak iya (aku) ada tak?" *terharu* ada pelat R macam Lisa Surihani. padahal nama dia sendiri pun, Nurin. macam mana la nak sebut? tsk.

lengan saya dah penuh dengan lovebitesssssss.. mereka memang suka tinggalkan kesan gigitan-gigitan CINTA di tubuh saya. sweet kan mereka? arghhh.. skinny baru pula, dipenuhi dengan air liur dan susu hasil tumpahan/percikkan mereka kepada saya. sungguh budiman hati mereka. :')
baiklahhh.. sekian saja laporan daripada saya, SI MANGSA BULI. kepada bakal suami dan mertua, tolong jangan mintak keturunan ramai-ramai sangat daripada saya. OKU saya nanti. -,-

28 July 2011

baby, baby, baby, o0ooo..

assalamualaikum~ :)

hey, ini bukan lagu Justin Bieber. huhu.. 

I love kids. terutamanya kanak-kanak yang dah boleh jalan tatih-tatih tu. rasa nak tolak-tolak ja bagi jatuh. HAHA.. eh. bukan la. melawak ja. satgi tak pasai kena ban. sebab perangai umpama perempuan sihir. HAHA..

aku suka kanak-kanak stok tatih sebab aku tak berani nak dukung/angkat bayi yang lembik-lembik lagi tu. kang patah leher la, apa la. naya ja. jadi, bagi kanak-kanak yang boleh tatih tu, you are my angel.... hihi.. :)

semalam pi rumah mama. penyewa tu, jadikan rumah mama sebagai taska. ada baaaaanyak gila kanak-kanak! aku bagaikan di dalam syurga buat beberapa jam. hihi.. there were twelve kids (6 boys/6 girls) between the age of 1 to 6 with two babies (1 boy/1 girl).

aku, macam biasa ja. harus lah target kanak-kanak yang baru boleh berjalan kannnn? baru syok main kejor-kejor keliling rumah. hoho.. *evil laugh*

ada yang mata besar, ada yang putih melepak, ada yang bulu mata kipas, ada yang gemuk. heuu.. yang muka iras-iras Sofea Jane pun ada beb! comel gila, macam anak mat salleh. pheuu..

ruginya tak bawak kamera. -,-

melihat bayi dan kanak-kanak, adalah sangat tak sihat. kerana aktiviti ini akan membuatkan 'miang' aku membuak-buak untuk berkahwin dan mempunyai anak. HAHA.. belajaq tak habis lagi weyyy.. miang keladi aku dah mai dah. dah mai dah. brrrr...

"no camera, pleaseeeeeee!"
ini budak kegemaran aku. anak pak lang. saja nak tempek gak muka dia kat sini. kihkihkih...

bila tengok kanak-kanak, aku mesti nak tergelak. kenapalah kanak-kanak sering dijadikan badut? tempek tepung kat muka berkilo-kilo macam pelakon opera cina. aku la tu! dulu-dulu. pheuuu.. tapi jangan buat main. orang dewasa pun, suuuuuuuka tempek bedak berkilo-kilo. muka putih melepak, tangan hitam berkilat. HAHAHAHA.. opsssss! :P

11 June 2011

misi masa depan

assalamualaikum~ :)

"apa nak buat dengan hidup ni?"

heuu.. aku pun macam tak sangka ja yang aku akan cakap macam tu pada diri sendiri tadi. dah bosan sangat gamaknya kot kan? lama sangat kot cuti ni. habis dah satu Perlis aku ronda. Kedah pun. Langkawi pun. haihh.. kalau lah duit dalam poket ni berkepuk-kepuk, ataupun kalau lah duit ni boleh main petik-petik ja kat pokok macam dedaunan hijau tu, aiseymannnnnnn.. memang aku travel pi rumah Budak Hitam sekor-sekor! seriusssssss.. HAHA..

cuti sementara aku menanti pinangan UiTM untuk anak beliau, si Ijazah tu, sumpah lama! betul lah lata orang, penantian satu penyeksaan. HAHA..

bila sebut ja cuti, masing-masing dah ada agenda tersendiri dalam kepala otak. kerja, praktikal, belajar memasak daripada mak ayah, belajar menjahit daripada mak saudara dan macam-macam.

aku? heee.. aku pun sedang berada dalam proses pembelajaran jugak. belajar jaga budak. fuhh! macam tak sabar nak ada keluarga sendiri pulak. kau ada? HAHA..

jaga budak ni sememangnya bukan satu tugas yang mudah. gilo payoh kawe mencubo. dop rok. HAHA.. anak pak lang baru tiga kerat. aku dah rasa macam kem tentera dah bila kena jerit-jerit untuk bagi arahan. setakat kena belasah, kena gigit, kena ludah, kena jadi lembu tunggangan tu, apa lah sangat kan? heh. tu baru tiga derr.. macam mana kalau aku beranak lima? enam? tujuh? lapan? sembilan? atau sepuluh?

boleh gila aku. gilaaaaaa..

yang sulung ni la kepala pengganas.
yang kedua ni, penolong kepala pengganas.
yang bongsu ni, bukan pengganas. manja nak mampos!
heh. adorable ja kan budak-budak ni? HAHA.. don't judge a book by its cover, orang putih kata. mereka bisa menggegarkan dunia. HAHA..

sekarang ni aku banyak habiskan masa dengan depa. kena pi melawat sekurang-kurangnya dua kali seminggu. nanti kalau aku dah sambung belajar tempat yang jauh dari rumah, dah tak boleh balik selalu macam dulu, aku takut depa lupa kat aku pulak. Melayu kan mudah lupa. huk. *sedih*

mama, abah, anak kalian sudah bisa membina keluarga sendiri! HAHA..

08 May 2011

nurin suhaila

assalamualaikum~ :)

entri bergambar saja-saja. saja nak menayang sepupu comel kepada kalian yang membaca. nak bagi kalian jeles. aku kan tak dak kerja. heh.
heh. dah rupa Edward Cullen dah budak ni. putih melampau-lampau sampai silau menyilau mata yang memandang. orang kata dia ikut aku. eh? seriuskah? hmm.. putih, sama. dahi luas, sama. kurus, sama. panjang, sama. sepet? tetttt.. HAHA..

kalau tiba-tiba aku hilang, tak munculkan diri di malam hari kat Facebook tu, alasannya hanya budak ini. lepak rumah dia lah. dia dah macam adik kami. tambah dengan sepasang adik kembar dia. pun, adik kami juga. haks~

barang sesiapa yang agak-agak ada gene comel yang boleh bagi aku anak comel-comel cenggini, boleh lah masuk meminang. teringin anak Jepun, anak Korea, anak China. auww.. HAHA..