assalamualaikum~ :)
masalah, bala, malapetaka, bencana alam dan segala musibah yang Allah turunkan kepada kita. kenapa? patutkah kita mengeluh? adakah kita berhak untuk mempertikaikannya? hentak kepala, tanyalah akal. HAHA..
sebagai khalifah Allah di muka bumi ni, iaitu sebagai seorang manusia biasa yang normal, aku juga tergolong dalam kalangan manusia yang suka mengeluh apabila diturunkan musibah oleh Allah. lepas tu, mula lah nak mendongak ke langit sambil laungkan 'kenapa aku?', 'kenapa aku?', 'kenapa aku?' beratus-ratus kali macam orang mati laki sambil merembeskan air mata bertong-tong. haish. betapa lemahnya iman. senipis kulit bawang. -,-
tapi sekarang aku mulai sedar. bila Allah dah turunkan bala pada aku, I am back on the track! kalau dulu sembahyang macam ayam patuk padi (laju nak mampos), sekarang ni dah normal sikit. dah tak ada rupa ayam dah. kalau dulu mengaji seminggu tiga, empat kali saja, sekarang ni ALHAMDULILLAH. setiap hari aku cuba untuk mengaji. kalau dulu baca doa selaju Eminem bila rapping, sekarang ni baca doa dah normal juga. baca satu persatu. tak merempit dah kalau baca doa. baru tak terbelit lidah. huhu.. dan kalau dulu baca doa dua, tiga rangkap, sekarang ni dah macam esei SPM dah panjangnya. tahap keikhlasan pun semakin meningkat. cuma belum sampai tahap menitiskan air mata saja lagi.
orang kata, bila Allah dah turunkan bala, baru kita nak berubah untuk jadi yang lebih baik. mungkin bagi yang belum memahami, akan terima bala sebagai bala. tapi bagi aku, kadang-kadang bala tu umpama 'pekasam'. busuk bila kita bau, tapi bila makan, sedap! :')
jangan jadikan masalah sebagai punca untuk kita tidak gembira atau bahagia.
6 comments:
btolbtol
nabila : harus lah betul. :)
nak larik memang tak dapat, tapi bole la lupakan kejap. which is time kita tido. hihi :D
cik myra : betul~ tapi, sebelum nak boleh tidur, struggle nak mati oh. T___T
betol2.. alya da lalui nie..hehe
bila bala dtang..baru nak bentang sejadah betol2, pakai telekung cantik2..lau tak, tak kesah pon senget2..hehe
alya : HAHAHAHA.. maksudnya anda normal. :)
Post a Comment