07 March 2011

air, ayaq, ayor dan ...

assalamualaikum~ :)

orang skema sebut air. orang utara sebut ayaq. orang Perak sebut ayor. apa-apa pun yang kalian sebut, ianya tetap sama. WATER. keperluan asas. kalau tak dak, mati. eh. susah. heee.. jadi kat sini, biar aku skema saja. aku eja sebagai AIR ya. bukan cheq tak sedaq diri cheq oghang utagha ka apa ka, tapi cheq nak taip skema bagi semua orang bulih baca. ampa jangan duk mengata cheq pulak. -,-

last night this girl posted on my wall, "esok kolej xde air...ko nk slamat xpyh blik kolej.ok."

so I was like, err.. seriously? huh. luckily I was at home by that time. nak balik UiTM yang tak ada air? memang TAK lah kan? then I decided to stay home happily. HAHA.. pagi tadi aku balik UiTM sebelum nak gerak ke kelas jam 1000. masuk tandas, tengok ada banyak gila baldi yang dipenuhi air. merata-rata. tapi masa tu, bekalan air masih ada. sepatutnya bekalan air dah putus by 0830 hours up till 0030 hours. oh. depa buat stok kot. just in case.

lepas balik dari kelas, bekalan air masih ada. kira sempat jugak lah aku basuh baju sehelai dua. elok jam 1300, bekalan air pun terputus. aku pun macam, "duhh.. macam mana ni? zohor kot!"

jam 1330, aku mencuba nasib. ceh. dah ada air rupanya. buat suspen ja. lepas tu aku pun terfikir. kalau lah bekalan air setakat tak ada sejam dua, tak perlu lah kot stok air bertimba tu. cuba korang bayangkan kalau bekalan air dah kembali pulih seperti sedia kala. apa yang depa nak buat dengan air yang berbaldi tu? gunakan untuk mandi, sedangkan air di shower dah ada? buat basuh baju, sedangkan air di paip dah ada? buat curah mangkuk jamban, sedangkan air di jamban sudah ada? memang TAK lah kan? jawapannya apa? curah ke longkang lah kan? tak pun, ke lubang air. kan? hasilnya apa? PEMBAZIRAN kan? ish ish ish. amalan syaitan. manusia, malaikat dan syaitan. mana satu kau nak? HAHA.

sebagai seorang pelajar kejuruteraan awam yang belajar sedikit sebanyak tentang water and waste water engineering, bagi aku ianya sangatlah tak wajar kalau kita melakukan pembaziran air secara berjemaah tu. air dah mahal kot! dulu air minuman baru lima kupang. sekarang dah seringgit. kasihanilah hamba, sebagai seorang pembeli air botol tegar. -,-
selamat bertayammum kawan-kawan.

9 comments:

Unknown said...

HAHAHAHA. post kau nie buat aku gelak ;D BESTTTTT

AdilaKaman said...

fariha : lahh. HAHAHAHAHA..

Anonymous said...

motif pic dgn post ? haha . btw , HAPPY BELATED BIRTHDAY SAHABAT ;)

Aleen Aiden said...

stok itu perlu.takot sape yg berhajat "besar" nnt payah plak klo xde air kan.wi3

AdilaKaman said...

yap : cissss.. itu proses tayammum guna tepung. HAHAHAHAHA. terima kasih kawan. :)

AdilaKaman said...

aleen : besar? sungguh aih... bahaya tu. :D

Anonymous said...

haha . sengal kaw dele (cm2 ea capik pggl ang ?) kah3 . sama2

AdilaKaman said...

yap : sengal? ciss.. weh, awat buat blog untuk invited readers? tak bagi aku baca ka apa?

Anonymous said...

ceit ! xdak la . bak mai ang pya blog email ?