16 April 2011

dekan

assalamualaikum~ :)

dekan. dean list. ka, dean's list eh? aku pun tak tau. huhu..

kalau dah masuk universiti, benda ni memang target lah kan. siapa tak mau tersenarai dalam anugerah dekan kan? tak payah dapat A lurus (straight A's) pun, boleh dapat anugerah kot! dah la setahun dua kali. ada universiti yang setahun tiga kali. kalau zaman sekolah dulu, nak dekat UPSR, nak dekat PMR, nak dekat SPM, baru senarai nama pelajar terbaik tu keluar. tu pun setakat tayang ja. hadiah tak dapat. :P

orang selalu kata, "susahnya nak dapat dekan!"

sedarkah kalian bahawa untuk DAPAT dekan tu tak lah sesusah mana walaupun ianya juga tak lah semudah makan gula-gula kapas. tak belajar, tak dapat jugak kan. huhu. tapi, untuk KEKALKAN ke'dekan'an kalian tu, adalah lebih susah! seratuslapanpuluhlimajuta kali susah!

sepanjang aku kat UiTM Arau ni, dah lima kali aku ambik final. dalam kelima-lima final, aku cuma berjaya buktikan yang aku ni 'skema' sebanyak tiga semester. tapi tahap 'skema' aku masih di tahap selamat sebab semuanya cukup-cukup makan. :D

masa aku di semester satu dulu, dekan bukanlah target utama aku. sebab semua orang kata, nak dapat dekan ni susah. jadi, gol utama aku hanyalah untuk mendapat 3.00++. cukuplah. sesuai dengan usaha aku yang hangat-hangat tahi kambing bulat-bulat tu. HAHA..

masa cuti semester pertama, setiap hari aku kira markah aku. ambik carry marks, tambah dengan possible marks yang aku mampu dapat dari final, kemudian darab dengan jam kredit untuk setiap subjek. tambah semua, bahagi dengan jumlah jam kredit. fuhh. disebabkan aku ni seoarang yang pesimis, aku selalu 'memandang rendah' dengan kebolehan sendiri. satu lagi, aku tak suka nak over confident. belajar tak boleh wujud over confident. anything can happen for any reasons.

dan untuk itu, aku suka kurangkan setiap pengiraan yang aku buat, aku cuma dapat 3.1 atau 3.2. dalam hati, "perghh. betul lah! memang susah nak dapat dekan." padahal diri sendiri yang kurangkan semua markah supaya nampak sikit. :')

semester satu, boleh dikatakan aku tamat with flying colours. I achieved more than I've expected. eh. more than I calculated actually. hehe..
semester satu dengan sijil pertama.
tapi, kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. semester dua, aku jatuh. tapi masih berjaya menyelamatkan CGPA aku. semester tiga, disaster strikessssss!! aku bukan setakat jatuh! siap tenggelam, lemas bagai. CGPA aku TERsangat jatuh. masa tu dah down gila.

orang kata, sekali CGPA jatuh, maknanya 'habislah kau', 'matilah kau'. hmm. kenapa orang suka berkata-kata. dah berpuluh kali aku ulang perkataan 'orang kata'. bila yang aku pulak nak kata? huhu.. -,-

sekarang, walaupun semester empat dan lima aku berjaya untuk naikkan GPA aku, CGPA aku masih hanyut. dah tak kekal 3.5 macam dulu. tsk. dengar kata, pelajar yang grad dengan CGPA 3.5 ke atas saja yang akan dihantar ke Shah Alam. aku? boleh ja kalau nak grad 3.5. cuma, aku kena mimpi basah lima kali, insya'ALLAH berjaya. HAHAHA.. 

see? mpossible lah kan maknanya? tak kan nak suruh aku dapat 4 rata (flat) semester akhir ni? dah la subjek membaca berderet. matilah aku. T_T

jadi nasihat untuk adik-adik di luar sana, tak dapat dasyat-dasyat pun tak apa. cuma, KEKALkan pointer di tahap selamat. sekali jatuh, 'matilah kau'. HAHAHA.. :P
bila nak insaf tah?

17 comments:

Anonymous said...

Hee :)
Tahniah dapat merasa tiga kali dekan. Saya ni haa entah bila nak merasa! Kalau tengok orang lain pegang sijil Dekan, rasa iri hati tu mmg ada, tapi nanti sekejap sekejap dia datang. Pastu tak lama kemudian hilang balik. Pastu datang balik, pastu hilang balik T___T Susah betul nak kekalkan azam dapat dekan neh!!

TAPI TAKPE, selagi ada peluang, kita cuba dapatkan dekan!! Kamu pun sama ya Adila, mana tahu untung nasib memang dapat 4Flat!! Kita tidak tahu kan?? *wink*

Pepun, all the best with your final. Jia you jia you yaa ^___^

AdilaKaman said...

cik faten : hehehe.. TERIMA KASIH besar-besar untuk kamu. you still have long way to go. usaha banyak-banyak. memang susah pun nak KEKALKAN keazaman. sama la kita. :D

Zhafran Muslimin said...

slalunya org yg dpt dekan/dean/dean's mahupun din's(eh?..huhu xD) ni mau x skema pun dlm kelas tumpu perhatian..lpas 2 take note apa yg lec ajaq..yg 2 pun dah cukup utk dean list.. :)

org yg suka dok blakang skali lam klas lpas 2 dok baling rubber kat org cam aku ni pulak camna?..haih.. -_-..dah la 2 bila lec tanya mana nota..boleh pulak rilek pisang tunjuk nota membe sebelah(sampai lec kata"haih..camni pun boleh?..xpa2 baguih2 buat lagi"..huhu xD

Unknown said...

haha. 3.5 and above dah kira dekan ke?

miss tita said...

senang sangat2 hati aku kalau diploma ni habis dengan cgpa dekan..
^__^ hehehe :D

AdilaKaman said...

zhafran : hang mungkin belum kenal aku sepenuhnya kalau itu yang hang maksudkan! :P


nurfarihanim : duhh. 3.5 pun menyemput nak dapat dik. :D


capik : mungkinkah kita? -,-

Zhafran Muslimin said...

ha3..tapi hang x pernah buat skill tunjuk nota ngn tuding jari kat nota kwn sebelah bila lec tanya mana nota..hahahaha xD..try buat..comfirm lecture ang semakin rasa 'syg' dan 'gembira' kat ang..huhu xD

AdilaKaman said...

zhafran : look! first, lecturer aku tak pernah check nota kami. ape ke skema benor lecturer kau? then second, aku tak pernah ada nota okay. sebab aku tak reti buat nota. aku baca 100% dari buku. tak pun kalau nak dekat final, aku curi nota kuma buat ulangkaji. ^_^

Zhafran Muslimin said...

jadi ang x pernah salin lansung la penyelesaian masalah yg lec dok tunjuk kat depan time lec mengajaq?...or buat soalan dlm kelas?..ang mmg hebat..he3 :P

Zhafran Muslimin said...

btw..lec aku bukan cek pun..dia lalu nk amik alat kat belakang makmal nk tunjuk kat kami..time 2 semua orang dok salin penyelesaian ngn amik note la apa yg ditulis kat white board kat depan..jadi lec tu ternampak la aku yg kat belakang dlm keadaan 'menyalin sesuatu' yg penat2 dia tulis ngn mengajaq kat depan 2..2 yg dia kata 'baguih' sungguh aku ni..huhu xD

AdilaKaman said...

zhafran : aku memang jarang sangat menyalin dalam kelas sebab aku tulis lambat. kalau tulis laju, tulisan aku burok. aku tak suka nota atau rujukan aku bertulisan burok. so, selalunya aku akan pinjam yang kawan punya ja. ;)

halEEm said...

terer...

AdilaKaman said...

haleem : terer? ni pun nak naik senggugut aku try. HAHAHA.. :P

Zhafran Muslimin said...

dilla sememangnya poyo dan hebat..he3 ;p

AdilaKaman said...

zhafran : hang, kalau tak mengata aku sehari, tak normal agaknya kan? HAHAHAHA.. dengkisssssss. :P

HaNa Hani said...

tahu xpe susahnyer nak dekan!
kalo dpt mrkh test rendah
mau pikir " beh la final aku!!!"
haha
gud luck dis sem!

AdilaKaman said...

hana : HAHAHAHA.. sama lah kita. heee.. hey, THANKS! :)