26 April 2011

putus sudah kasih sayang

assalamualaikum~ :)

huu. kejadahnya tajuk entri aku ni? haishh.. kurang dari seminggu, aku akan turun pangkat daripada seorang pelajar cemerlang, kepada seorang penganggur terbilang. pasai tu yang aku duk meroyan tak sangga tu. HAHA.. okay, yang cemerlang tu saja ja naik taraf. baru lah macam pantun sikit. 'pelajar cemerlang, penganggur terbilang'. ye dak? macam pantun dua kerat kan? HAHA..

sebagai seorang pelajar 'cemerlang', aku dan ujian memang tak dapat dipisahkan. nak nak pulak setiap subjek yang aku ambik, semua nak bagi ujian dua kali sesemester. penat tahu?

bila dah banyak sangat ujian bergelimpangan di depan mata, fobia tu mula ada. dia mai dah. dia mai dah. nak buat macam mana, nak tak nak, kena harungi jugak. ujian bergelimpangan, sama lah macam mayat bergelimpangan. menakutkan kan? haaa.. gitu la ghopenye. huhu..

sebagai seorang pelajar 'cemerlang' lagi, selain daripada malas, cuai juga tak dapat dipisahkan daripada aku. cuai dengan Adila Kaman, umpama irama dan lagu. kalau dipisahkan, pincanglah ia. hoho.. kiranya, cuai ni, pakwe nombor dua aku lah kan. pakwe nombor tiga, malas. malas dengan Adila Kaman, umpama internet dan Facebook. stronger bond giteww. huhu..

haishh.. DAH BERAPA BANYAK MARKAH AKU TERBUANG DEK KERANA SI CUAI NI! huh. tak guna punya pakwe. you are such a liability to me. keep bringing me negative marks. pakwe nombor tiga aku si malas pun, tak pernah buat aku macam ni. seteruk-teruk malas, dia tetap bagi aku markah banyak. hmm.. sedih ah gini.

final macam mana? hmm. untuk kertas terakhir Jumaat ni, aku rasa aku nak putuskan hubungan aku dengan si cuai. rasanya, cukuplah dengan si malas yang aku sedia ada ni. tak baik pasang banyak-banyak. HAHA.. ;)

for cuai, we are done here! jangan cari aku lagi. HAHA.. :D

p/s : 'tak sangga' maksudnya SANGAT-SANGAT. GILA-GILA pun boleh! :)

2 comments:

nabila izyani said...

cerai jaa ngn en cuai tu..hehe

sama laa paper ary jumaat gak.. gudluck for the last paper.=)

AdilaKaman said...

bella : cerai? hoho. cun gak gitu. HAHAHA.. ;)