assalamualaikum~ :)
hee.. hari ni mai aku nak kongsi serba sedikit ke'sengsara'an aku sebagai seorang mahasiswi tahun akhir UiTM dalam bidang Kejuruteraan Awam. entri ni memang saja nak bagi takut dan seram kepada budak-budak hingusan kat luar sana yang mungkin teringin nak ambik Kejuruteraan Awam sebagai bidang kalian masa kat universiti nanti. huahuahua. *evil laugh*
Jumaat ni, aku dan kawan-kawan se'sivil' bakal menduduki kertas terakhir kami bagi program diploma kali ni. insya'ALLAH lah kertas terakhir. tahu subjek apa? hmm. Structural Steelwork and Timber Design. nama Melayu dia aku tak tau lah. terjemahan langsung (direct translation) dia, 'Struktur Besi dan Desain Kayu'. apakah? gila punya Google. please blame Google Uncle for such silly translation. HAHA..
kalau ikut UiTM, subjek ni diletakkan di bawah kod ECS. fuh. kalau kalian nak tau, segala subjek yang termaktub di bawah kod ECS, adalah subjek pembunuh! killer subject omputih kata. dan kerana subjek ni jugak lah, banyak budak-budak sivil yang terpaksa melanjutkan tempoh pengajian di UiTM yang pada asalnya selama enam semester, kepada tujuh, lapan atau mungkin juga kepada sembilan semester. pity, no?
hmm. subjek ni lebih menjurus kepada Fizik. dah nama pun Kejuruteraan Awam kan. tak kan subjek nak menjurus kepada Biologi pulak. ye dak? huhu..
Matematik kena hebat. tak hebat, sila menangis. HAHA.. aku punya Matematik tak hebat sangat. sebab tu subjek ni selalu bagi aku markah yang nyawa-nyawa ikan ja. kecuali untuk semester lepas, di mana aku berjaya untuk dapatkan A-. huh. mesti encik pensyarah kesian tengok aku, rajin pi kelas beliau dan tak pernah pulak ponteng walau seminit. HAHA..
untuk semester akhir ni, kami diajar pulak untuk men'design' kayu. agak memeningkan sebab kayu ada macam-macam keadaan. dengan segala nama kayu yang melawakkan, subjek ni memang tak boleh blah. HAHA..
keutamaan subjek ni, KESEIMBANGAN. atau EQUILIBRIUM. dia macam akaun jugak. kalau tak imbang, boleh menangis lagi. kalau tak imbang akaun, habis teruk kau kena cop pecah amanah ja. tapi kalau tak imbang benda alah ni, paling cikai pun, bangunan retak atau senget benget. jadi, ketelitian amat diperlukan. huhu..
dalam subjek ni, kami diarahkan untuk merujuk dua buah buku iaitu British Standard (BS) dan Malaysian Standard (MS). dalam BS ni ada segala jenis keadaan yang diperlukan untuk men'design' struktur. tapi untuk kayu, kita kena guna MS instead of BS sebab kayu kayan di Malaysia adalah sangat berbeza dengan kayu kayan di luar negara yang ada empat musim tu.
lain keadaan struktur, lain lah angkanya. jadi untuk adik-adik yang teringin nak ambik jurusan Kejuruteraan Awam masa kat universiti nanti, tanamkan perasaan suka akan nombor siap-siap. kalau sesiapa yang dah ada kekasih hati tu, boleh pesan kat dia siap-siap yang kalian terpaksa menduakan dia. kalkulator adalah kekasih hati nombor satu, once kalian bergelar pelajar Kejuruteraan Awam. bukan telefon bimbit ya. ;)
tak caya, tengok 'akak' korang ni. doplohpatjam berkepit dengan kalkulator. bergayut pun dengan kalkulator. dah tak taip mesej lagi dah. taip nombor ja. HAHA..
heee.. adik-adik jangan takut pulak. 'akak' korang ni acah ja. Kejuruteraan Awam kat UiTM ni tak da lah sampai boleh membunuh. susah memang susah. mana ada belajar senang. kalau senang, tak belajar lah namanya kan? jangan gabra. 'akak' korang yang pemalas ni pun, mampu jugak survive dalam arena ke'pembunuhan' jurusan ni. insya'ALLAH kalau berjaya yang kita nak, berjaya lah yang ALLAH bagi. yang penting, usaha. dan minat! tawakal tawakal takmo. tak usaha, nak tawakal kejadahnya kan? :)
52 comments:
hoi budak civil. gudluck !
encik psychopath : heh. trimas! :P
haha..
goodluck!! :P
kuma : heh. macam kita ni kelas lain-lain pulak. HAHAHA.. good luck kepadamu juga sahabat. :)
sy baru nk ke semester 3 uitm civil engineering :)
haiqal mior : heh. junior lah ni? hee.. good luck lah! semester 3 is the toughest! ;)
makenikal vs awam mana lgy tough???
Different courses have their own level of difficulties. Tapi kalau secara general, katanya Mechanical lagi susah sebab dia banyak main benda bergerak. Macam Civil ni, mostly apa yang kita duk nampak kat luar tu.
civil eng ni exam bhasa inggeris ????sya dpt smbung bljr dkt UiTM .sya dpt kos civil..best tak belajar??
sya dpt kos civil kt Uitm.awal bln 6 sya start masuk..best x bljr civil?
UiTM memang fully English dik. Best belajar engineering ni. Dapat explore macam macam. Cuma tough sikit la. But fun in its own way! :)
sy pointer 3.5 ..agak2 bole x dpt ek? :(
Insya'Allah. Intake untuk UiTM sekarang tough. Tapi kalau 3.5 pun, possibility nak dapat is verrry high. Don't worry. :)
thanks kak...aminnn..i feel so relieved :)
Sama-sama. Nanti kalau dah dapat masuk, jangan lupa bagitau. Ceh. Eksaited terlebih pulak. Haha. I feel sooooo good to be able to help you people out there on anything. :)
Perhh akak ni buat seram arr...bulan 12 nak berangkat ke poli kos kejuteraan awam..saye basic takde, math pon C+ mase spm..
Eh janganlah! Ini masa tengah frust semester akhir ni. Okay ja. Jangan risau. Asalkan niat nak belajar tu ada. :)
takot lak....sy pon xde basic jugk...spm je
Semua orang pun ada basic SPM je dik, sebelum ambil diploma. Chill. :)
struggle gile kalau blajar engineering....moreover engineering ni plak duduk dlm top 5 bidang yg susah...no.1 bidang kedoktoran .. no .2 engineering..no.3 architechture..btw minat tak menghalang kita drpda berjaya ye dok ? goodluck kak adilakaman...;)
Betul! Tak ada benda yang senang pun dalam dunia ni. Nak dengan tak nak je. ;)
Akak ! Hee. Semua jenis jurutera-jurutera ni mmg lebih kepada fizik ea kak? Huhu
Saya dpt civil kt politeknik... saya harap xsalah pilih,hhe terima kasih kak..pointer lepas bpe?
Kos ni mmg ramai lelaki dr perempuan ke?
Engineering, maths dengan fizik kena strong. Baru senang. Hahaha.
InsyaAllah kalau belajar, boleh handle je subjek ni. Jangan risau. Pointer pun alhamdulillah la. Boleh sampai master dah. :)
Tak jugak. Kalau kat UiTM ni, ramai perempuan dari lelaki. 😅
Kak sya akn masuk Poli kos Kejuruteraan awam .... harap sy x salah pilih .... hehe... kak kalau bleh sy tahu kan kalau blajar civil engineering memang full dng bi ke .. sbb sy ni low skit bi. Tkot plak sy hehe...
Kalau adik dapat di UiTM, confirm 100% in English. But if poli, I'm not really sure. Tapi jangan risau kalau belajar dalam English pun. Semuanya bisa diatur. :)
saya ingin memohon degree civil eng. apa 'killer subject' yg student biasanya agak risau yer cik.. mostly in which sem.. tq :)
In which university are you pursuing? Kalau macam kat UiTM ni, the subjects vary. Basically sepanjang degree, structure punya subject is the toughest. Yang kena design bangunan tu. And the other one, the geological part. But, boleh carry je kalau study. Average student like me pun boleh. Sure you can too. 😉
akak said math & fizik kena strong. wht about addmth? termasuk sekali ke?
Add Math penting jugak. Masa kat universiti nanti, we'll be taught on Calculus, Engineering Maths, yang comprises these two Add Maths and Modern Maths. Basically, Maths, Maths, Maths. x)
salam..nak tanya apa subjek yg kena ambik dalam degree in civil engineering??programming subject ada ke??
Salam. Rasanya kami belajar C++ je masa diploma, tapi not very sure if this subject is compulsory kalau nak sambung degree or not. -,-
kak apa beza cara berlajar civil dgn arkitek ?
Heyyy mestilah banyak bezanya. In general, arkitek design sesuatu, bangunan contohnya, untuk rekaan dan bentuk binaan. Civil engineer, design untuk struktur. Tapi arkitek akan belajar serba sikit jugak, civil engineering. Sorry, I don't really know how to put it in words. :x
Akak . Best tak blajar civil ni? Dia banyak amali ker?
Akak, apa beza civil n mechanical engineering nih?
It depends on where you nak pergi belajar. We in UiTM, mostly 70% dalam kelas and 30% lagi tu amali. Laboratory and field works. I'm not sure about Politeknik punya sistem. Sorry. Hehe..
And mekanikal dan civil langsung tak sama. I don't know how to explain it to you since I've only studied civil. Tapi tengok housemate (budak mekanikal) dulu, dia banyak belajar mechanical stuff macam machine, gears. Moving mechanism. Civil is more broad. Belajar pasal bangunan, jalan raya, pembinaan, air, tanah. In general. Senang cerita, civil=bangunan.
Asalamualaikum akak.akak lawa la.hehehe gurau2.nk tnye ckit.antara bnyk2 kos engineering mana yg senang nk apply kerja
Huaaa... civil eh. Romate aku semua dak2 civil sem akhir n aku je yg mechanicl lepak tdo situ. Yg aku tahu civil tough jgk la. Lagi2 sem akhor, x ckp tdo aku tgk diorg buat paper work, klkltr 24 jam. Mmg main otak gak. Salah kira, ko kena dri semula. Then kena lukis dlm auto cad. Tu je la aku.
Tp lau mekanikal gudluck la bg sape2 nk join male sure jgn nyesal hahaha. Final year projectko bkn stakat nk kira2. Ko kena pandai handson, ko kena pandai welding, drilling, grinding...
Hi sis , saya dapat tawaran dari uitm dalam course ni ((dip in civil)) , tapi saya tak sure nak terima ke tak sbb orang cakap skrg ni ramai sngat yang menganggur bila habis belajar ... Betul ke ?? & patut ke saya terima ni?? Pleaseee , I need your help ðŸ˜ðŸ˜
Lpas habis diploma .. Kna mintak upu jugak ke ? Then, degree nanti smbung d uitm jgk atau u lain?
salam kak, diploma civil boleh further degree geology tak?
akak.. what do you think kalau org tu takde basic subject pure science tapi nak amik engineering? do you think dia blh carry?
Akk ada twitter nak dm pasal kos ni
Akk ada twitter nak dm pasal kos ni
salam,akak,kos ni bnyk mghafal x?
kne bnyk wat presentation gak kn?
n math tu bnyk differ x ngan math spm?
hehe saya nk dpt kos ni kt poli..^-^
Oh wow tak sangka ramai betul yang nak tau pasal kos ni. Okay macam ni lah. Sesiapa yang ada soalan boleh email me at dylli586@yahoo.com or Twitter @adilakaman. Boleh mention je. Sorry cause I don't open DM to public. Sorry guys, I jarang bukak blog so memang tak perasan all these. Sorry. -,-
Kak ada berapa banyak kali subjek math yang kita kene duduk dlm kos kejuruteraan awam ni ? Tanye je hehe
Setiap semester, dik. Hahaha!
Post a Comment