01 May 2011

Budak Hitam versi diploma

assalamualaikum~ :)

tamatnya diploma, bermakna aku akan melangkah ke satu fasa baru dalam tingkat umur aku. hmm.. dah melangkah dua tapak, sebenarnya. perasaan? aku tak tahu apa perasaan aku. tak semudah yang disangka untuk aku lontarkan. segalanya berlalu terlalu pantas. tiba-tiba dah tiga tahun. hmm..
orang kata, zaman sebagai seorang pelajar adalah zaman yang paling akan kita kenang sampai bila-bila. kau tahu kenapa? kau nak sangat cepat habis sekolah, habis diploma, habis belajar, tapi pada masa yang sama, kau tak nak berhenti dari sekolah, dari universiti, bila dah tiba masanya. itu yang aku dapat rasa. 

mungkin ada yang akan anggap zaman sekolah lebih baik dari universiti. bagi aku, diploma lah yang betul-betul mengajar aku, mematangkan aku. jadikan aku seorang kawan yang punya toleransi, kakak yang punya sifat beralah, dan anak yang punya lebih tanggungjawap kepada mak ayah, berbanding dulu.

Budak Hitam, kalian dah bagi aku kenangan PALING manis untuk aku kenang, walau sampai bila-bila. selepas ni, setiap jalan yang aku lalu, setiap tempat yang aku singgah, di Perlis, aku akan kenang kalian. apa yang kita buat, mana yang kita singgah. semuanya. :')

insya'ALLAH ijazah akan ketemukan kita kembali. mungkin kita akan pilih haluan sendiri-sendiri masa tu. sama ada air, tanah, struktur mahupun pengurusan yang kalian pilih, kalau kita kena duduk luar, kita boleh duduk sama-sama, kan? heee..

tak dak siapa yang betul-betul kenal Budak Hitam, selain daripada Budak Hitam tu sendiri. busuk, wangi, muka bangun tidur, rambut tak sikat, bau tak mandi, semua tu kita dah biasa. kan? HAHAH..

akhir sekali, terima kasih untuk sleepover semalam. I love you people. :)

8 comments:

rosdud said...

wah dah habis diploma? ambil kos apa?
congrate btw :)

miss tita said...

i love u too..:)

Fatimah Ali said...

good luck with ur future dear :)

AdilaKaman said...

nabila zeeyan : heh. thanks. I am a civil engineer-to-be. :)


capik : auwww.. <3


suha : terima kasih. :)

rosdud said...

oh i see, cuti berapa lama ni sebelum sambung ijazah?

AdilaKaman said...

nabila zeeyan : empat bulan oh! -,-!

Anonymous said...

terharu saya baca entri ini..
ye, BUDAK HITAM adalah kenangan paling maniss!!!


akema yg malas nak log in..:P

AdilaKaman said...

kuma : harus lah hang terharu. air mata mak mengalir masa taip ni nyah! -,-