03 May 2011

la la la kerjalah!

assalamualaikum~ :)

EMPAT bulan. apa kita boleh buat dalam tempoh EMPAT bulan ni? hmm. aku tak fikir pun lagi. sebab tak ada idea bernas yang mampu aku keluarkan setakat ni. mungkin otak aku dah diformat sepenuhnya setelah tamatnya diploma. fuh. bersih! nanti nak masuk ijazah, jenuh nak heret external hard disc to copy data from others to paste it back into my internal memory. heuu..

ramai yang nak kerja. kat kedai makan, jadi guru sandaran, praktikal. ada juga yang nak ambik lesen. lesen aku dah ada. kerja? hmm..

aku bukan tak mau kerja weh. tapi..... hmm. mai sini aku bagi beberapa alasan yang kononnya munasabah bagi aku.

pertama, ABAH TAK BAGI. haaa.. ini alasan paling kukuh yang aku mampu kemukakan. masa cuti-cuti semester yang lepas, aku selalu cakap "nak kerja! nak kerja!" kat abah. nanti abah pun jawab, "tak payah. abah mampu lagi bagi anak-anak abah makan." duhh.. memang la abah ku sayang oih. nanti nak beli baju, beli seluar, beli kasut, beli beg baru, macam mana? heee.. pastu abah tambah lagi, "abah ni, kalau boleh angah cuti dua bulan, dua bulan abah nak angah rehat kat rumah." HAHA.. sebagai anak yang solehah, memang aku mengikut kata-kata abah dengan hati yang terbuka. :)

kedua, HANGAT-HANGAT TAHI AYAM. heuu.. ini memang terbukti! aku ni cepat bosan kalau kena buat benda yang sama berkali-kali. mungkin sebab tu aku tak nak jadi cikgu. bagi aku, jadi cikgu, kena ajar benda ynag sama ja setiap tahun. kan? HAHA.. dulu pernah sekali, masa cuti panjang. aku kata kat abah, "bosan lah duduk rumah. cuba bagi angah kerja sikit untuk dibuat." hoho.. lepas tu abah jawab, "okay, nanti tolong abah cat rumah." setelah mengecat dinding seluas satu meter kali satu meter persegi, aku pun kata, "huh. lenguh kot cat! tak mau ah cat." dan berhenti dari kerja mengecat tu, on the spot. haaa.. camano tu kalau den buek gitu kat majikan den nanti? :D

ketiga, TAK ADA LIFE. hoho.. bila dah kerja, memang tak ada life. nak keluar, kena tunggu cuti. perghh. memang TAK lah kan? nak kena bangun, makan dan tidur pada jam yang sama setiap hari pun, memang TAK lah jugak kan? huhu.. lepas tu, aku fikirkan mama lagi. nanti mama nak pi makan kenduri jauh-jauh, siapa nak bawakkan? akuuuuuuu jugak. nanti mama nak pi Tesco, siapa nak bawakkan lagi? akuuuuuuu jugak. kan? HAHA..

see! semua alasan kat atas ni, bernas. sebab tu aku tak boleh nak pi kerja. bukan malas. aku rajin kot! HAHA.. rasanya EMPAT bulan ni, aku nak duduk rumah dan bela badan. bela saja, tak mau bina. gelimat. huhu.. nanti bulan September, insya'ALLAH ijazah akan memisahkan aku dengan keluarga. huk. aku nak habiskan masa sepuasnya dengan rumah, keluarga, kereta dan bilik aku. :')

8 comments:

Zhafran Muslimin said...

ha3..aku rilek ja time cuti amik lesen..huhu xD

AdilaKaman said...

zhafran : lesen apakah? heh. aku dah banyak lesen dah. HAHAHAHA..

Unknown said...

duk lepak umah adalah yg terbest..hihi

AdilaKaman said...

alya : HAHAHA.. sungguh aih. tapi, EMPAT bulan kot! -,-

Anonymous said...

seronok lah merasa balik cuti lepas spm :D

AdilaKaman said...

malin : seronok? heh. insya'ALLAH lah seronok. HAHA..

Unknown said...

Gila lah kau nak duk rumah 4 bulan.
Kalau aku memang tak lah kan sebab aku bukan jenis yg suka duduk rumah.
Baik kerja, jumpa kawan baru, pengalaman baru, dan yang paling penting ; duit.

HAHA.
Lain orang lain lah caranya kan ?
:)

AdilaKaman said...

tyra : mak ayah suka, duduk rumah lah. :)