16 June 2011

tidur tak lena, mandi tak basah

assalamualaikum~ :)


picture courtesy of here.
Insomnia. heh. salah satu penyebab kepada kelesuan aku masa cuti ni. juga penyebab kepada eyebag berkampit-kampit. ayat 'mandi tak basah' tu sengaja ditokok tambahkan. sesedap rasa. sebab selalunya orang mesti akan letakkan ayat TIDUR TAK LENA dan MANDI TAK BASAH bersama-sama. kan? heh. merapu lagi. -,-

cuti sebulan lebih ni, nak kata aku sibuk, TAK. mungkin bila aku tak sibuk, aku tak penat. bila aku tak penat, aku tak mengantuk. dan bila aku tak mengantuk, aku tak boleh tidur. bila aku tak boleh tidur, aku tak waras. kan? haishh.. berapa banyak TAK daaaaa...

bukannya tak mengantuk. setiap malam jam 2300 ke atas, mata aku dah mula mintak dilelapkan. badan pun mintak dibaringkan. dah tu, otak pun nak mintak jugakkk.. mintak direhatkan. haihh.. segala permintaan depa mesti aku tunaikan sepantas kilat. because I need them. satgi depa merajuk kat cheq, jenuh pulak. -,-

tapi, once I get in bed, my eyes refuse to close. dah mata buat perangai, otak pun nak jugakkk.. degil! aku sumbatkan earphones ke dua-dua belah telinga dengan harapan otak mahu berehat bila aku dendangkan dia dengan lagu-lagu yang ada.

masih gagal.

dan kalaupun aku dapat lelapkan mata petai yang degil ni, nanti jam 0200 ke atas, depa akan terbeliak balik. heuu.. lepas tu, paksa lelap. jam 0330 terbeliak balik. dan begitulah seterusnya. aduhh..  mak jemah sabarrrr ja okay.

sekarang ni, asal ada masa terluang ja, aku terbongkang kat tengah-tengah ruang tamu. ah, lantak situ. darah warewolf aku ni, panas lagi agaknya. remaja lah katakan. HAHA..

p/s : Insomnia adalah sejenis penyakit ketidakupayaan untuk tidur dan/atau ketidakupayaan untuk tidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap Insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau 'merehatkan minda' buat melebihi beberapa minit setiap kali. *tau-tau saja Wikipedia ni, yang aku merungut*

6 comments:

akema yazid said...

"dan kalaupun aku dapat lelapkan mata petai yang degil ni..."


i like mat rempitt..
eh eh..
semalam baru makan sambal petai udang..
weh, kalau xleh tidoq, petang2 p la bejoging ka, main netball ka, bila badan dah letey, senang tidoq..kekeke..

AdilaKaman said...

kuma : HAHAHAHA.. selalu sangat dah riadah2 ni. sampai jemu. :D

Unknown said...

kene pi mandi basah2 dulu kot baru bleh tido lena..kan ayat tu berpasangan..hihi

AdilaKaman said...

alya : heh. mandi malam-malam, tak baik punyaaaa.. :D

Unknown said...

kena berendam dulu pastu baru dpt tdo

AdilaKaman said...

mymye mymya : wahhh.. pakat bagi idea berendam pulak! :D