07 July 2011

demi sayang, saya sanggup.....?

assalamualaikum~ :)

DEMI SAYANG, SAYA SANGGUP _______________?

huhu.. kakak-kakak, abang-abang, adik-adik dan pembaca sekalian, boleh lah cuba isikan tempat kosong dengan jawapan yang dirasakan sesuai oleh kalian. hmm.. ni lah tajuk Hot Chat Hot.fm pagi tadi.

dikatakan, ada seorang lelaki yang sanggup menjual koleksi mainan Transformers beliau yang dikumpul sejak zaman-zaman kanak-kanak beliau yang bernilai hampir satu juta demi kekasihnya. alasan? awek beliau kata, "if you love me, sell those stuffs!" (ayat rekaan demi memudahkan fahaman)

kiranya macam, YOU NAK I KA, NAK TRANSFORMERS? PILIHHHHH!! haa.. lebih kurang gitteww lewww.. ptuihhh... kalau awek haku gitu, aku lenyek kau macam mashed potato. boleh makan. heuu.. belum kahwin dah banyak songeh. euww.. :D

pagi tadi ada banyak jugak kes. ada yang lawak, yang sedih, yang macam kesian pun ada. huhu..
  • kerana sayang, lelaki tu sanggup mengalah dan benarkan si isteri beliau bawak bantal busuk dia bersama. 
  • kerana sayang, perempuan tu sanggup bergaduh tarik-tarik rambut dengan perempuan lain, untuk berebut kekasih.
  • kerana sayang, perempuan tu sanggup kumpul duit PTPTN selama satu semester semata-mata nak pi jumpa kekasih hati di negeri lain. tiba-tiba kekasih tu ada awek lain. heh. but they end up happily married with two kids.
  • kerana sayang, perempuan tu sanggup berhenti kerja lepas dua bulan berkahwin sebab suami kuat cemburu. habis kereta kena tarik sebab tak mampu bayar. tapi, akhirnya dia diceraikan dengan talak tiga oleh suami tak guna tu.
  • kerana sayang, perempuan tu sanggup menyara makan, minum dan perbelanjaan si suami. sampaikan melancong ke serata dunia pun, ditaja. akhirnya, suami tu lari ikut perempuan lain.

eh. apasal macam aku banyak taip perkataan PEREMPUAN TU berbanding LELAKI ITU? pheuu.. nampak sangat perempuan ni suka berkorban. heyy.. sebab tu la korang selalu terkorban. *pandang cermin* -,-


abang sayang, haku melayang. phewww..

.........................................................................................................

kepada sang bakal suamiku,

awak tak payah lah teruk sangat sampai nak korbankan apa yang awak suka demi saya. saya masih waras ye. cuma saya nak awak tahu, saya sayangkan bantal busuk saya lebih dari awak. jadi, benarkan lah saya untuk membawanya bersama. hoho.. maafkan saya kalau saya ni bukan jenis yang akan ikat perut semata-mata untuk belikan awak hadiah beratus ringgit. bapak saya bukan Tan Sri. dan lepas kahwin, saya harap awak tak suruh saya berhenti kerja atas sebab awak cemburu. nanti awak kecewa sebab saya ni degil gila. lagipun, kejadahnya cemburu? saya jurutera hebat okay. kena la berganding dengan lelaki. mak saya pesan, "jangan suka bergantung kat suami lepas kahwin. get your own car, your own house. kalau tiba-tiba suami buat hal, kita ada back up." orang laki ni, percaya boleh, harap jangan. huhu.. lagipun, saya cuma akan berhenti kerja bila saya mahu. bukan, bila awak suruh. okay sayang? HAHA.. sekian, terima hasih.

daripada sang bakal isterimu.

    7 comments:

    akema yazid said...

    haha..
    ayat 'abang sayang, haku melayang' tu mcm sama ja dalam entri aku..keh3..
    cuma versi lain ja.. :P

    AdilaKaman said...

    kuma : mesti la tak sama. aku kan berbeza amat dari hang! :D

    Lucy S. said...

    I'm gonna buy my own house.

    and im gonna save money for myself, to go out shopping.

    suami nak tumpang sekaki? boleh blah.

    xD

    AdilaKaman said...

    alynn : cheq setujuuuuuuuuu! :D

    Unknown said...

    hahaha..tragis semacam je bila kita bnyk sgt berkorban smp org lgsung x pndg. lepas ni berkorban sket2 da la..hihi

    ieka said...

    tak payah nk berkorban sgt lah..

    lelaki macam tuwhh...

    boleh jalan!!

    AdilaKaman said...

    alya : kalau banyak sangat pun, tak kena jugak kannnnnn? :)


    pika : HAHAHAHA.. jalan pi mana pikakedkumon?? :P