assalamualaikum~ :)
pagi tadi, aku maki-maki marah-marah satu kereta wira putih yang dengan sesuka hati tuannya, parkir di sebelah kereta aku. satu, sebab dia tu parkir di tempat yang tak dibenarkan (luar kotak putih). dua, aku mengalami kepayahan yang maha besar untuk keluar dari situ disebabkan kekurang ajaran dia tu. pheuu..
"pasaipa la MPK tak mai saman tuan punya kereta-kereta yang biadap ni? #$%^&*#!"
oleh kerana pagi tadi aku ada banyakkkkk gila benda untuk disetelkan (bayar yuran UiTM, buat kad debit Bank Islam/e-Commerce, buka akaun SSPN budak ni), aku terpaksa memarkir kereta di tempat-tempat yang berbeza. so for the last stop, I parked at the back of Bank Islam in Kangar. it was less than an hour. sat ja pun. elok-elok patah balik ke kereta,
I found this.
yay! kena kompaun dengan pihak MPK! sebab parkir kereta di tempat yang bermeter, tapi tak bayar. sepuluh ringgit sahaja. SAHAJA. tu la duk kata kat orang sangat, lepas tu diri sendiri yang kena. *ketok kepala sendiri* sukanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa saya. #TDDMKA
this was my second time! dulu pun pernah kena sekali, masa parkir motorsikal di kotak parkir kereta. sepuluh ringgit terbang jugak. HAHA..
pakcik, saya tak pernah tahu cara-cara untuk menggunakan parking meter. sebab tak dak sapa nak ajaq saya pun. huhu.. lagipun, inilah kali pertama saya berhadapan dengan parking meter yang berfungsi di Perlis. pheuu.. sebab pakcik, saya dah rugi SEPULUH RINGGIT. padahai kalau saya boh dua kupang ja tadi, mesti jimat dah. T.T
p/s : MPK (Majlis Perbandaran Kangar)
No comments:
Post a Comment