assalamualaikum~ :)
dah baca tajuk? dah faham? ke, ada yang tak faham atau tak tau? kalau anda spesies yang kedua tu (yang tak faham), meh sini Prof Dr Ir Adila Kaman nak tolong terangkan serba sedikit. serba sedikit dah la kot noh. kang serba serbi, tercabut pulak jejari runcing ku ini. eh?
jadi pagi 10 Disember 2011 aku ini, telah dimulakan dengan aktiviti riadah di Bukit Cahaya Seri Alam atau Bukit Cherakah seawal jam 0830 pagi. bak kata kak kawan-kawan, "kita bangun pi kelas pun tak semangat gini." -,-'
kami memang bertolak awal gila. nak rebut basikal. takut basikal habis. kononnya la kan? padahal, walaupun mai awal gila, tetap beratur kebelakang-kebelakang jugak. sebab ramai yang amat pengunjung tadi! biasa lah, cuti kan? hewhew...
setelah beratur selama 5 hingga 10 minit, kami pun berjaya lah mendapatkan basikal seorang sebijik. RM5 untuk jam yang pertama dan RM1 bagi jam seterusnya. si Capik kononnya nak ambik basikal yang ada bakul kat depan tu. bajet Korea. kononnya. HAHA.. tapi dek kerana basikal tu tak ada gear, dibatalkan saja niat murninya itu. HAHA.. :D
checkpoint pertama adalah taman haiwan. dapat tengok burung yang TIBA-TIBA BAGI SALAM. ceh. ingat kan siapa la mengorat kami tadi. HAHA..
eh. apa hukum jawab salam burung kakak tua eh? dia bagi salam penuh kot! :D
checkpoint kedua adalah tasik apatah. kat sini boleh bagi ikan makan. macam-macam ikan oh. besar-besar pulak tu! aku, siap dah terbayang-bayang ada ikan besar macam dalam Monster Fish tu tiba-tiba datang dan bukak mulut depan aku. pheuuuu.. drama!
niat kedua ke sini selepas berbasikal, adalah main salji! HAHA.. dekat dalam hutan ni, ada rumah empat musim. dan kebetulan masa kami datang ni, tengah musim salji. jadi apa tunggu lagi? haruslah perasan pelajar luar negara-salam-perantauan bagai masa masuk sini. HAHA..
dalam tu, depa memang tak sediakan baju okayyyyyyy.. jadi kami dengan perasan hebatnya, masuk lah dengan slumberrrrrr.. hambik kau! hambik kau! sejuk gila kot! total numbness. sampai ambik gambar, banyak shots stok ketar-ketar. HAHA..
dan bila dah masuk rumah salji, haruslah main baling-baling salji kan? dasarrrrrr.. tengok lah mangsa-mangsa keadaan. :P
Orang khianat kantoi. Lulz. |
dalam tu tak ada lah seronok mana pun. cuma sejuk. dan, boleh merasa baling-baling salji kat muka kawan. SAMPAI MASUK MATA KAWAN. LEPAS TU SALJI CAIR DALAM MATA KAWAN. ye dok Aen? *cough cough*
lepas tu, kami meneruskan pengayuhan. ke Empangan, Taman Rempah Ratus, dan merata ah. semua pakai mengayuh sampai lutut ketat I tell you!. huhu.. lagipun masing-masing dah lama tak keluar beriadah bersama-sama. hihi..
checkpoint seterusnya adalah gerai pakcik yang baik hati. pakcik tu ramah gilaaaaaaaaa.. hihi.. tengok la, sampai muka semua teruja tak hengat lepas balik dari kedai pakcik tu.
kenapa? haruslah sebab makanan. sempat kau! makan Maggi Cup kemain lagi dalam hutan tu. HAHA..
lepas makan maggi, I bought myself an ice cream, buat modal makan sambil kayuh basikal. boleh la, makan aiskrim sambil mengayuh sebab jalan masa nak balik tu, 90% adalah turun bukit. weeeeeeeeeeehu! bak kata Aen, nikmat dunia ketiga adalah turun bukit berbasikal. serius! heaven gila! :')
lepas tiga jam setengah berbasikal, kami ambik bas pulak! HAHA.. memang dasar kedekut. hasrulah gunakan sepenuhnya bayaran untuk tiket masuk ke dalam tu. kan? HAHA..
keseluruhannya, SERONOK. walaupun penat, tapi sekurang-kurangnya kami boleh lepaskan segala bebanan di kepala dek kerana Ijazah ni. harap-harap semua beban kat dalam kepala dapat berlalu seperti angin yang laju masa kami turun bukit tu. perghh.. tiba-tiba teringat subjek Dinamik. -___-"
RM3 masuk, RM3 rumah empat musim, RM8 basikal (hampir 4 jam) adalah berbaloi-baloi. daripada aku habis more or less RM10 duduk dalam panggung 2 jam. bukan saja best, malah menyihatkan. kan? ececeh.. terasa poyo gila pulak. HAHA..
baiklah. dah faham lah kot agaknya kan serba sedikit penerangan yang dah saya buat di atas tu? hihi.. sekian saja daripada saya, Prof Dr Ir Adila Kaman dari tempat kejadian. baiklah, kita kembali ke sri pentas. :D
12 comments:
weiii.. it should be 'beratur', not 'bertaur'..
HAHA...
nikmat ke-3, turun bukit!!
aku setuju!!
@akema yazid ciss kuma! HAHAHAHA..
harharhar,,,
nak buek cmno...bukan kawe sngajo bg masok mata hg...
hehe..
oke..kembali ke sri pentas..
lawak kot!
@aenmatderis lu cakap apa ni beb? kojap nogori, sat utagha. HAHAHA.. weyy, bayaq ah insurans mata aku! :P
gua mix...
mmgla kne ckp semua bhasa..
nanti gua pos mata gua bg lue.
jangan khuatir.
@aenmatderis tak payah pos2. malam kang, aku korek terus.
horror gile...
aku xleh wat latihan dynamics la kalau mata takde..
hahaha...
pehh..sedak..
@aenmatderis HAHAHA.. bagus ah. takyah study. biaq aku sorang ja pandai. :P
@hiro jemput la. :D
fuh, macam seronok. mau pergi jugak lah
@ain fathihah memang pun! ada masa, pi ah! :)
untung
Post a Comment