Showing posts with label happy tummy. Show all posts
Showing posts with label happy tummy. Show all posts

30 December 2013

Malam Pra Graduan 2013 - Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Shah Alam

assalamualaikum~ :)

So... Last week's Saturday, on the 22nd of December, we, the future graduates of Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) UiTM Shah Alam, had our pre-graduation night a.k.a Malam Pra Graduan (MPG) in Crystal Crown Hotel, Port Klang. The theme chosen was 'Ooh La Laa'. Basically, dress code was smart casual. Tak la 'Ooh La Laa' mana pun. Hihihi..

 My verrrrry first 'real dinner'. FKA Arau tak macam FKA Shah Alam. We had bacaan Yassin on our so-called pre-graduation night. Pity those girls without tudung on. Belum kira yang seksi pakai kain belah lagi. Hahaha!!

I was verrrrrry excited because I was one of the men behind the scene. Yay! :)

It was a great night, I presumed. Since everybody had fun taking pictures together, and all the good stuffs on the table were gone before I could actually go sniff sniff them. Heh. 

AJK's first world problem. :')

So here's the thing. Macam mana aku boleh pi jadi manusia belakang tabir, masih misteri. Aku sendiri pun tak tau macam mana. Dan yang aku pasti, tak pernah seumur hidup aku pi volunteer diri untuk kerja-kerja macam ni. Because I'm a loner liddat. I don't socialize. Me no likey being around people I don't know.

But you gotta take what you gotta take.

Take it or not, sepanjang hidup aku di alam universiti ni, memang asyikkkk terdampar di 'pulau' asing tanpa teman. Takpa. Dah biasa. Alah bisa tegar biasa boh. :)

First AJK meeting went 'krik krik krik'. Oh yeah. Dalam 20++ manusia, aku kenal soranggggg ja manusia. Itu tu, bukan kawan rapat. Setakat kawan selisih jumpa, senyum sikit-sikit. Oh damnnnn, maki aku dalam hati. Apa aku buat kat situ??!

I was lost, you have NO ideaaaaaaaaaa...

Hmph!

Second meeting, dah mula boleh bercakap. Sebab aku dapat biro yang beperwatakan menarik semuanya. Biro Multimedia. Alhamdulillah, Haziq, Faliq, Nat and Tiqah made me feel like homeeeeeeee.. I was a happy kid working with them. :')

And... Since aku, Adila the Muka Tak Malu (sikit), I get along with everybody quite fast. Apadahal? Nobody bites there. Kihkihkih.. Yang penting, semua pun best.

Apa yang menarik, dan buat aku rasa bangga, sebenarnya masing-masing tu first time handle event. And this MPG thingy is one hugeee event of the year, I tell ya! Just can't believe how we could actually made it! Macam terharu tengok anak sulung yang tiba-tiba boleh berjalan. Sumpah tak tipu. :)

So, these photos were taking before the dinner. We stayed at the hotel since morning, after we've stayed through the night before sampai jam 4 pagi baru masing-masing balik rumah. Belum lagi aku masuk cerita yang kami semua baru je lepas beban paling berat di bahu, one day before. Fuh.

Senang cerita,

TEST IDP - REPORT IDP - PRESENTATION IDP - DINNER

In a week. -,-

Pre dinner.

Post dinner.

The night was good, the food was awesome and the crowd was da bomb kebabom! We had live band performance, cabutan bertuah, few awards and King & Queen of the night. Can't believe that they actually made me embarrass myself by being silly in the award preview video.

Bayangkan diri kau, yang kena pura-pura gedik kononnya kau perempuan paling cantik di kampus, sampaikan sang kumbang datang hinggap dengan muka pervvvvvv!! Kahkahkah!! Dah la Timbalan Dekan a.k.a supervisor FYP aku ada kat situ. Malu syialllll....... :P 

Memang. Memang buat benda-benda tak malu tu semua, memang muka akuuuuuuuu la yang kena seru. Memang. Sampai ke hujung dinner, budak-budak panggil aku 'pretty laydayhhh'. Sheeeeeshh..

But that was something to be recalled later. Boleh buat stok cerita kat anak-anak, MAK EKAU SPORTING YO! :D
 
Sadly.. This was the only full-length picture of mine through the night. I was soooooo tired that I didn't even care to take my iPad out of the bag. Sapa nak ambik gambar ngan aku, moh le. Tapi memang aku tak pi kat sesiapa pun ajak bergambar. Mata pun dah tetiba jadi sepet malam tu. Sebab too tired. Kalau tak, baru nak berangan rentas red carpet dengan mamat-mamat handsome yang bersepah malam tu. Namun apakan daya... Tenaga tak mengizinkan.

But.... Everything was worth it! I swear.

:)

08 December 2013

Stress Reliever

assalamualaikum~ :)

To sum up my weekend,

after one whole week of having sleep deprivations, eating disorders and lack of showers...

Unlimited durians, here I come!

In conclusion,

me happy.

09 November 2013

Foodsbury Cafe, Shah Alam

assalamualaikum~ :)

Food hunting is very fun, especially when you are all by yourself. Tak perlu risau kalau ada yang nak ikut atau tidak. Tak perlu rasa serba salah pada kawan kalau tempat makan baru yang kau nak cuba tu tak sedap or tak up to standard dia. Tak perlu ikut orang, suka hati kau nak balik bila-bila.

Fun! Fun! Fun! *lompat bintang*

Haha! :D

This semester, I've been searching for coffee and dessert places (besides Secret Recipe) like crayyyy... Tak tau kenapa, tapi aku macam craving sangat nak minum kopi mahal dengan desserts/cakes. Poyos gila. Tu belum kerja, dah buat perangai perasan kaya. Sheeeshhh... :/

Masa kat Perlis, aku dah jumpa satu tempat best. I've posted about Blackwood last month. Couldn't expect much lah kalau kat Perlis. But to have Blackwood kat Perlis pun, dah kira bagus gila. Like, hello! Indie coffee place in Perlis hoccayyyy.... ;)

Untuk area Shah Alam, I've been re-visit-ing Old Town White Coffee for ermm.. Countless times already. Sebab dia murah, dan... Betul-betul situated di back gate UiTM. Macam, on the way aku nak balik rumah. Tu yang selalu TERsinggah tu. :P

Kali ni, aku cuba tempat baru. Foodsbury Cafe, nama diberi. In Seksyen 9. Kalau datang dari Seksyen 7 (rumah aku), kau straight ja, sampai nampak Concorde dan Sunway, then take the first junction after them, near Shell. Senang jugak lah aku cari, despite the fact yang aku ni noob gila bab-bab cari jalan kat tempat baru. Sebab.... Aku dah pi Google Map dah sebelum pi. No. No GPS. Aku kan lame. Kakaka.. :D

I went there alone. Teringin gila punya pasal. Asyik tak jadi ja bila nak pi berteman, makanya, loner mode activated. Senang. Siap-siap, start enjin kereta, gerak, terus sampai. Makan. Setel. ;)

Since setiap kali orang upload gambar kat Instagram pun, akan upload menda alah crepe ni, makanya.... Crepe lah yang aku pilih tadi.
Iced Hazelnut Mocha (RM10) with Mille-crepe Almond Salted Caramel (RM12)

Pasal makanan dan minuman, aku bagi 3 out of 5 stars lah kot. Tak pun, 3.5. Sebab mocha dia tak kaw macam yang aku selalu minum di tempat lain, which was cheaper to be compared as this one. In fact, Iced White Coffee kat Old Town yang RM3.90 tu, is wayyyy sedap! Hewhew.. Crepe tu pulak, hmm.. Entah. Maybe sebab lidah aku kampung sikit kot, so, I don't really like it. Macam makan kulit popia, bak kata Hanie si kawan aku yang dah pi tengah hari tadi. Haha!

Aku tak reti makan crepe. First timer. And me no likey. Tapi..... Almond salted caramel yang dia tuang atas crepe tu.... Brrrrr.. Kenapa sedap sangat hoi!!! *nangis*

For price range, quite expensive lah bagi aku. And by this, I mean, mahal lah kalau nak pergi tiap-tiap minggu untuk lepak. Macam aku yang asyik duk TERsinggah ja kat Old Town tu. Hihihi.. Tapi kalau sekali sekala, okay ja. Unlessss... Macam aku cakap hari tu, unless mak ayah kau jenis main campak duit ke muka tu. Okay ja kalau gitu. Hihihi.. Melawak ja nohhh.. :P
Sebelum pi, boleh la kira bajet siap-siap.

Tapi, interior kedai ni memang best! Macam santai gila. Dan tak ada specific theme or whatever. Depa main letakkkk ja macam-macam jenis perabot yang ada. Pastu ada macam-macam jenis board games, kalau nak main sambil tunggu makanan. Patung carrot dan broccoli IKEA tu ada. Buku pun ada. Macam kat IKEA tu. Hihi..

Selalunya kalau korang browse through their Instagram, mesti nampak pelanggan yang akan post gambar dengan lukisan gajah 3 ekor yang tengah minum kopi tu. Cantik gila woh! Memandangkan aku pi sorang ja tadi, I didn't take any photo pun. Malu. Macam noob pun ada sorang-sorang nak pi ambik gambar. -..-"

Kalau rajin, go Google lah. Tak pun, follow ja akaun depa, @foodsbury . Line Celcom lembab nak meninggal, I can show you nothing here. Grrr...

Oh! Lupa nak cakap. Yang paling penting, yes, they provide free wi-fi too!

And unlike most of cafes and restaurants, they do not charge for services. You pay what you eat.

:)

07 November 2013

Big Brother, Shah Alam

assalamualaikum~ :)

Semester kali ni, aku tak ada kerja lain selain dari cari kedai makan baru di sekitar Shah Alam, dan pergi cuba. So, for this semester, I've tried Sushi King, Old Town White Coffee, JM Bariani House, Wong Solo and Big Brother; the latest addition to my list. Which made quite a list, sebab aku, bukan jenis yang suka pergi cuba makan tempat baru. Takut tak sedap. But since this semester I always be the loner yang bosan duk sorang kat rumah, I rather go and lepak minum kopi sorang-sorang.

Big Brother ni, aku dah lama usya. Read few posts on this kedai makan. Cuma nak tunggu cari geng untuk pi makan ja. Because, you see... This one is western punya kedai makan, so tak payah lah nak nampak loser sangat pi makan western food sorang-sorang kan? Kopitiam is okay. Old Town tu, setakat ni, aku belum pernah pi berteman lagi. Everytime also, alone. Baru hipster. Lulz.

Akhirnya... Semalam sampai jugak. Sampai dengan Geng Monteng Talk aku; Bulat, Spark and Ain. Haha.
Big Brother (BB) ni, serves western food. Kedai dia lawaaaaaaa.. Tapi, ceruk dunia sangat. Sunyi baq hang. Semalam kami lepak lepas Maghrib sampai jam 10 malam, memang tak bising langsung. Romantik nak meninggal suasana dia. Hewww..

Price range dia, aku tak kata lah macam mahal gila, sebab itu standard price for western food yang serve steak bermacam jenis. Unless, kalau kedai tu cuma serve STEAK, price exceeding RM18 dah considered as very expensive. Tapi kat BB ni, kau boleh jumpa macam-macam jenis steak. Sirloin kejadah semua tu. So.... Price range dia.. Standard lah tu. Standard lah. *tunduk ke meja*

Orang kata, setakat nak pi makan satu semester dua, tiga kali tu, boleh la. Nak pi setiap minggu pun boleh, asalkan mak ayah kau jenis tabur-tabur duit kat muka tu. :D

Since yesterday we have been eating non-stop dari tengah hari, Ain and I decided to kongsi ja. Sebab kenyang ayam penyet Wong Solo tengah hari tu pun, tak habis lagi. Haha..

Melalui pembacaan blog dan dari dengar kata-kata orang, kalau pi BB ni, harus cuba mashed potato dia. HARUS. Belum la jatuh hukum wajibulghunnah lagi. Kang berdosa pulak kalau kau pi BB tapi tak cuba. Haha!

Banyak hoi! Penuh sepinggan. Makan berdua pun tak habis. Kurus lah katakan. :P
RM6.90

Since group kami ada 'kambing' yang kononnya siang tu tak makan sayur (by this, he meant sayur yang penuh sepinggan) lagi, Spark just had to order Greek Salad. Poooooyo sangat. Pergi kedai yang serve steak, tapi makan daun. Ceit.
RM10.90

Ain and I, we had Grilled Chicken Chop ja. Sebab she didn't want to eat meat. Which is, SAD. Aku memang tak pernah order ayam kalau kedai makan tu serve daging. Tapi kena ikut dia lah, sebab kami nak share kan.. Lagipun, aku kan hantam ja. Semua pun makan. ;)
RM15.90

Masa baru nak makan, tetiba Ain cakap,

"Kami tak reti sangat nak potong benda ni. Kalau keluaq dengan boyfriend kami, dia yang selalu tolong potongkan kat kami."

Hmm.. UNTUNGLAHHHHHHHH... Sheeeeeeshh..

Being a good friend that I am, I just had to pretend to be her boyfriend for a minute.
"Wahhh Adila.. Pandainya kau potong.."

-______________-

Since nobody has ever done this 'potongkan' thingy to me, memang aku pakar lah setakat nak potong benda-benda ni. Heh.

Bulat had Whole Chicken Leg (Black Pepper). Which, I didn't take any picture of it. Sebab masa tu kami tengah sibuk makan. Serius, makanan yang kami order kat BB ni, semua sedap! SEMUA. Kiranya, berbaloi lah duit tu. Lagipun aku ni, senang ja nak di-satisfy-kan. Biar mahal, asalkan sedap. Sebab aku jenis yang akan laburkan duit untuk makanan aku. :)

Dalam semua-semua benda, benda alah ni ja yang caught attention aku. The whole session, aku asyik gelak sebab benda alah ni.
RM3.50

Itu adalah teh tarik ye kawan-kawan. 

Hmm.. Apa yang lawaknya?

Tengoklah.....
Aku syak, kalau Ain nak masukkan kepala dia dalam cawan tu pun, muat. Besaq gila!! Lagi besar dari mangkuk mushroom soup kat Pizza Hut tu.

And... Setiap kali dia minum, I just had to laugh.

-,-"

03 November 2013

Sushi King

assalamualaikum~ :)

Remember I told you about my friend? The one who lovessssss to jump from one blog to another just to set her new to-eat goal? Rememberrrrrr??

Haha! So..... Last week, she actually made me eat sushi.

I repeat, SUSHI.

Told ya in the previous post, yang aku ni, Melayu di dalam dan luarnya. So sushi, was never in my to-do-before-I-die-list. Never. Ever.

But then, since last week was her birthday, and she has been wanting to eat those stuffs since like, foreverrr, so yeah. I brought her to. 

So.... Sushi King it is.

Tapi memandangkan aku langsung tak ada idea on what to eat nor how to order, had to drag housemate along, just to teach us, how to eat sushi. Haha! Noob. :P
Here's a bunch of Farhana. Nama sebenar, sama. Nama panggilan je lain-lain. Tudung merah baju belang, panggil Farah. Yang hujung kiri, Farhana. Yang hujung kanan, aku suka panggil Nabila. Hakikatnya, ketiga-tiganya pun FARHANA. Nama tak unik langsung! Lulz.
Sebelum masuk, kami duk godek-godek menu. Dah niat nak cuba, aku cakap kat Nabila, why don't we just go with the raw salmon? Manalah kalau-kalau kita ni sebenarnya ada darah Jepun yang mengalir. Boleh makan raw salmon. Peh. Angan-angan tak kalah. -..-"
This is the one yang bertanggungjawab membawa aku ke lembah penuh dusta ini.
Dah kata nak makan raw salmon, we took a plate of raw salmon (bottom left) and raw salmon belly (top right). Farah cadangkan salmon goreng (top left) and fish roe (bottom right). Kononnya fish roe tu, nanti letup-letup dalam mulut bila makan. Cicah kicap manis diaaaaa...
Makan dengan chopstick, walaupun tak terer sangat. Alang-alang nak perasan Jepun. Sushi jatuh ke meja pun takpa, boleh apply teori 5 saat tanpa ragu-ragu. Asalkan... Boleh makan dengan chopstick. Kahkahkah!! :P
Nabila tak habis-habis dengan sushi kegemaran dia, fish roe with cheeseeeeee... :O
She's enjoying her bitter green tea. Detox sangat......
But since Farah and I, we don't really enjoy bitter green tea, we opted for sweet lemonade instead. Hihi..
Muka tak sabarrrr ja tunggu mak pisahkan ayam goreng tepung panas dari lidi. Fiuh. Fiuh. :D
Actually, we ate quite a few. Raw salmon, raw salmon belly, fish roe, fish roe with cheese, ayam goreng tepung and fried shrimp. Farhana had baby octopus! Haha. Scary shit syialll... Makan sushi yang ada seekor anak sotong kurita bertenggek kat atas gumpalan nasi. Blerghhh.. Farhana had them! I didn't! Hahaha..

Siap ejek Farhana, kang tetiba ada tangan-tangan, as in tentacles octopus tu, geletek perut kauuuuu.. Hahahaha!!

So.... Basically, I must say, lepas ni aku tak akan jejak lagi Sushi King tu. Sebab bukan taste aku. Aku tak suka salmon mentah. Aku tak suka perut salmon mentah warna putih nampak kulit tu. Aku tak suka LANGSUNG telur ikan mentah berkeju pejadah tu. Aku tak suka teh hijau pahit. Unless, pakwe aku, tuan empunya Sushi King.

Or unless, korang nak belanja aku makan 10 pinggan of these.....
The only NORMAL thing yang aku jumpa.

JM Bariani House

assalamualaikum~ :)

Jadi seorang pelajar yang menuntut ilmu di negeri orang, adalah harus, bagi kau untuk mencuba segala apa yang ada di sana, tapi tiada di tempat kau. It could be anything. Asalkan ianya tak melanggar syarak, and the most important is, affordable. Haha.

Bagi aku, aku pilih makanan. :)

I have this one friend of mine, yang suuuuuuuuka baca blog merata-rata pasal makanan, then I'll be the one yang akan jadi mangsa untuk temankan atau bawakkan dia untuk pergi cuba segala makanan yang dia dah baca di entri-entri blogger fofular kat luar sana.

Sebagai kawan yang baik lagi tabah, aku pasrah. Lagipun, it's all about food y'all! What can go wrong with that, right? ;)

Tapi tu la, selalunya, baca blog, orang promote, kemainnnnnn sedap nak meninggal. Bila pergi cuba, ermm.. Boleh laaaa.. Not bad laaaa.. Heh. What a liar. :/

Last two semesters, we went to Nando's and spent RM60 for a whole chicken. For two. Sheeeeeeshhh.. The chicken was good. Tapi sebagai orang Melayu di dalam dan luarnya, aku tak suka sangat. Kepedasan ayam tu, langsung tak up to standard aku. Extra hot my ass. :/

Sebab tu, aku kurang gemar akan 'cuba makan tempat baru' thingy. Bagi aku, asalkan makanan tu sedap, kau nak suruh aku hari-hari ngadap makanan yang sama pun boleh. Insya'Allah, tak kan pernah muntah. Haha! :D

Since malam ni, one of our bestfriend tagged along, we decided to dine in kat JM Bariani House in Tesco Extra, Shah Alam ja. Kalau tak, dah lama kami shoot gi Foodsbury demi mengisi tekak orang kaya yang sangap dessert and coffee tu. *drools*

Both Nabila and Cikwan had beriani ayam.
And I had beriani daging.
Ya ampunnnnnnnnnn.. Kok nasinya enak bangetttt!! Dan dia punya acar buah is superb! Especially its date. Acar dia masam-masam pedas. Manis pun ada. Brrrrr...

Kelaku pelahap. Ratah acar buah lepas habis makan nasi. Sedap punya pasal. Sampai sayang nak tinggal. Padahal.... Muka ni, muka suka tinggal nasi semulut di pinggan. -,-"
Tapi, tu dulu..... Tengok sekarang, sampai licin pinggan, kau...
Bak kata Nabila,

"Kali ni media sosial tidak menipu...."

LOL.