07 November 2013

Big Brother, Shah Alam

assalamualaikum~ :)

Semester kali ni, aku tak ada kerja lain selain dari cari kedai makan baru di sekitar Shah Alam, dan pergi cuba. So, for this semester, I've tried Sushi King, Old Town White Coffee, JM Bariani House, Wong Solo and Big Brother; the latest addition to my list. Which made quite a list, sebab aku, bukan jenis yang suka pergi cuba makan tempat baru. Takut tak sedap. But since this semester I always be the loner yang bosan duk sorang kat rumah, I rather go and lepak minum kopi sorang-sorang.

Big Brother ni, aku dah lama usya. Read few posts on this kedai makan. Cuma nak tunggu cari geng untuk pi makan ja. Because, you see... This one is western punya kedai makan, so tak payah lah nak nampak loser sangat pi makan western food sorang-sorang kan? Kopitiam is okay. Old Town tu, setakat ni, aku belum pernah pi berteman lagi. Everytime also, alone. Baru hipster. Lulz.

Akhirnya... Semalam sampai jugak. Sampai dengan Geng Monteng Talk aku; Bulat, Spark and Ain. Haha.
Big Brother (BB) ni, serves western food. Kedai dia lawaaaaaaa.. Tapi, ceruk dunia sangat. Sunyi baq hang. Semalam kami lepak lepas Maghrib sampai jam 10 malam, memang tak bising langsung. Romantik nak meninggal suasana dia. Hewww..

Price range dia, aku tak kata lah macam mahal gila, sebab itu standard price for western food yang serve steak bermacam jenis. Unless, kalau kedai tu cuma serve STEAK, price exceeding RM18 dah considered as very expensive. Tapi kat BB ni, kau boleh jumpa macam-macam jenis steak. Sirloin kejadah semua tu. So.... Price range dia.. Standard lah tu. Standard lah. *tunduk ke meja*

Orang kata, setakat nak pi makan satu semester dua, tiga kali tu, boleh la. Nak pi setiap minggu pun boleh, asalkan mak ayah kau jenis tabur-tabur duit kat muka tu. :D

Since yesterday we have been eating non-stop dari tengah hari, Ain and I decided to kongsi ja. Sebab kenyang ayam penyet Wong Solo tengah hari tu pun, tak habis lagi. Haha..

Melalui pembacaan blog dan dari dengar kata-kata orang, kalau pi BB ni, harus cuba mashed potato dia. HARUS. Belum la jatuh hukum wajibulghunnah lagi. Kang berdosa pulak kalau kau pi BB tapi tak cuba. Haha!

Banyak hoi! Penuh sepinggan. Makan berdua pun tak habis. Kurus lah katakan. :P
RM6.90

Since group kami ada 'kambing' yang kononnya siang tu tak makan sayur (by this, he meant sayur yang penuh sepinggan) lagi, Spark just had to order Greek Salad. Poooooyo sangat. Pergi kedai yang serve steak, tapi makan daun. Ceit.
RM10.90

Ain and I, we had Grilled Chicken Chop ja. Sebab she didn't want to eat meat. Which is, SAD. Aku memang tak pernah order ayam kalau kedai makan tu serve daging. Tapi kena ikut dia lah, sebab kami nak share kan.. Lagipun, aku kan hantam ja. Semua pun makan. ;)
RM15.90

Masa baru nak makan, tetiba Ain cakap,

"Kami tak reti sangat nak potong benda ni. Kalau keluaq dengan boyfriend kami, dia yang selalu tolong potongkan kat kami."

Hmm.. UNTUNGLAHHHHHHHH... Sheeeeeeshh..

Being a good friend that I am, I just had to pretend to be her boyfriend for a minute.
"Wahhh Adila.. Pandainya kau potong.."

-______________-

Since nobody has ever done this 'potongkan' thingy to me, memang aku pakar lah setakat nak potong benda-benda ni. Heh.

Bulat had Whole Chicken Leg (Black Pepper). Which, I didn't take any picture of it. Sebab masa tu kami tengah sibuk makan. Serius, makanan yang kami order kat BB ni, semua sedap! SEMUA. Kiranya, berbaloi lah duit tu. Lagipun aku ni, senang ja nak di-satisfy-kan. Biar mahal, asalkan sedap. Sebab aku jenis yang akan laburkan duit untuk makanan aku. :)

Dalam semua-semua benda, benda alah ni ja yang caught attention aku. The whole session, aku asyik gelak sebab benda alah ni.
RM3.50

Itu adalah teh tarik ye kawan-kawan. 

Hmm.. Apa yang lawaknya?

Tengoklah.....
Aku syak, kalau Ain nak masukkan kepala dia dalam cawan tu pun, muat. Besaq gila!! Lagi besar dari mangkuk mushroom soup kat Pizza Hut tu.

And... Setiap kali dia minum, I just had to laugh.

-,-"

No comments: