27 February 2013

Adila Da Kaman

assalamualaikum~ :) 

Semalam godek-godek rak buku. Aku ni, jenis yang suuuuuuuuka simpan-simpan barang. Jadi masa duk godek-godek tu, terrrrrjumpa lah koleksi so-called karya masa Tingkatan 4 dulu. 

Masa tu noob lagi. Baru pindah sekolah baru lah katakan. Kawan pun tak ramai sangat. Makanya, aku lebih banyak habiskan masa dengan pensel dan kertas. :)

Masa tu aku baru berjinak-jinak dengan so-called grafitti. Biasa la. Budak dari Pulau Pinang yang pindah masuk Perlis (dulu aku anggap ULU), haruslah poyo-poyo sikit. Kan? LOL! 

Aku ni, setakat lukis-lukis benda merapu, boleh laaaa.. Kalau benda-benda serius, memang gagal. Contohnya, masa menengah rendah dulu, setiap kali subjek lukisan, haruslah selalu lukisan seperti tahi. Masa lukis, ada la jugak rupa lukisan. Tapi once aku calit dengan warna air........ Jadi najis. -,-

Tahap ke-kanak-an aku, boleh dilihat melalui imaginasi dan lukisan aku. Kadang-kadang, aku suka lukis kartun-kartun yang aku jumpa dalam komik, dalam iklan surat khabar, ataupun yang macam kat bawah tu, watak dalam Digimon. Muahahaha!!
Ada jugak kawan-kawan yang suruh buatkan nama depa.
Masa ni, memang lah kertas kajang aku selalu lingkup. Habis buat melukis. Kadang-kadang tu, bahagian depan kertas ada nota-nota, bahagian belakang penuh contengan. ;)

Dalam banyak-banyak yang aku jumpa, paling menggamit memori, masa tengok lukisan kat bawah ni. Lukisan kekasih lama masa Tingkatan 4. Masa ni, dia temankan aku buat ulangkaji Kimia di belakang rumah. Memandangkan dia nampak macam bosan, aku bagi dia satu contoh kartun bersama sehelai kertas dan sebatang pensel, suruh dia melukis. So this is what he gave me. :D
Kahkahkah!

2 comments:

ASHRAF ALI said...

salam...korok gegeh...lama tak dengaq cita hang...xtaw nak cari hang kat mana...nasib aku dok igt lagi blog hang...owh ya...sihat?maybe tak igt aku langsung dah kot...haha :)

AdilaKaman said...

Weh hang! Weh hang! Pasaipa pulak aku tak ingat?? Hihihi.. Aku nak habaq nak contact kat mana pun tak tau.. Aku tak dak Facebook dah. Zzzz...