assalamualaikum~ :)
Nasi ayam. Dalam rumah ni, semua anak-anaknya peminat tegar ayam. Tapi kami memang susah nak beli nasi ayam di luar. Susah sangat. Kecuali si adik lelaki yang kecik sekali tu. Dia selalu beli nasi ayam kalau pi pasar malam.
Kenapa kami tak suka beli nasi ayam despite the fact that we love ayam so much?
Simple. Nasi ayam yang dijual tu tak pernah cukup!
Bayangkan, kau bayar RM3.50 (dulu la, sekarang tak tau berapa) untuk nasi secawan, ayam seketul, salad sehelai, tomato dan timun sepotong. Oh. Lepas tu ada la dua, tiga sudu kicap dan sos bersama sebungkus sup kosong yang tasteless. Pak Aji (Ajinamoto) semata.
Cukup?
Nayyy... Jadi, mama memang selalu masakkan kami adik-beradik nasi ayam bila ahli keluarga semua dah lengkap. Counteless amount of chicken and salads. Kau makan sajalah sebanyak mana yang kau nak. Berapa ringgit nasi kau nak. Berapa ketul ayam kau nak. Berapa helai daun/timun/tomato kau nak. Berapa kali cedok sos/kicap kau nak. Berapa kawah sup kau nak. Hambekkkkkk jerrrrrrr....
Makan nasi ayam ni, kira macam aktiviti beriadah jugak bagi keluarga aku. Ya, selain berkelah, makan besar jugak dah jadi salah satu daripada aktiviti beriadah kami. :)
Masa orang lain tengah sibuk buat kerja, sibuk menghidang, sibuk bersiap, tetiba makhluk ni dah awal-awal lagi pajak kerusi. Duduk di meja, lepas tu tenunggggggg nasi dengan ayam tu semua. Kecur lettewww... Hewhew..
Kalau buat nasi ayam, si adik lelaki ni memang paling win. Menang ke dia ja. Semua nasi dia hentam.. Orang makan sekali, dia akan makan dua kali. Tengah hari dan lewat petang. Blergh.
No comments:
Post a Comment