Since we have been active (?) for the past couple of weeks, so, last week, we went for a hike. Mini hiking. Bukit rendah ja. Plus minus, 40 minit pendakian naik dan turun, campur mengah dan fotogedik sepuluh minit sepanjang pendakian. Hahahaha!!
Bukit ni, banyak kenangan. Zaman cinta monyet dedulu, rajin lah mai sini panjat memanjat. Memang monyet pun. Hihihi.. Aku panggil tempat ni as Gua Sami. Maybe sebab dia ada gua kat bawah tu. Tapi, nama rasmi dia, Gua Cenderawasih. Haaa.. Kalau tengok cerita Jangan Pandang Belakang Congkak tu, banyak lah scenes yang buat kat sini. :)
Dua tahun lepas, dah pernah bawak dua kawan baik aku naik. Hahahaha!! Menyesal terussss.. Langsung tak mau naik dah! Tu lah, pandang rendah sangat kat bukit ni. Hihihi.. Tahun ni, aku bawak lagi dua kawan mai. :)
Dua tahun lepas, dah pernah bawak dua kawan baik aku naik. Hahahaha!! Menyesal terussss.. Langsung tak mau naik dah! Tu lah, pandang rendah sangat kat bukit ni. Hihihi.. Tahun ni, aku bawak lagi dua kawan mai. :)
So, here we are. The three of us. Geng beriadah selepas waktu pejabat. Semangat mengalahkan apa ja lagi. Padahal, baru seminggu jogging masa ni. Dahhhhh mencabar stamina sendiri dengan bukit. :D
Mendaki kat sini, selamat. Kalau tak gayat lah. Heee.. Tangga disediakan. So, tak payah lah bawak tali sendiri ka, apa ka. Tunggu nak naik ja. Cuma.... Hmm.. Tangga dia. Pergh. Memang curam tak hengat! :/
Nampak? Masa ni, memang kekuatan kaki, amatlah penting. Betis, lutut, seeeeeemua jem!
Masa naik, masing-masing duk mintak nyawa. Hahahaha!! Mana taknya.. Masing-masing dah berapa tahun tak beriadah. Baru seminggu berjinak-jinak dengan jog, terus naik bukit. Tu mencari masalah namanya. Lulz..
Ni, masa kat puncak. Tapi tak boleh nak lepak lelama, sebab ada sekumpulan budak lelaki melepak. Dulu... Masa sampai kat atas ni, mesti sejuk. Berkabus. Lepas tu, telinga pun macam berdengung, sebab tekanan dah lain. Tapi masa kami naik hari tu, dah tak sesejuk dulu. Kabus pun tak ada. Pendengaran pun tak terganggu. Sad. Everything has changed. -,-'
Ni muka masa kat puncak. Berminyak. Boleh buat goreng lokchin baq hang. Kakaka.. Lepas tu, masam. Peluh site, tambah peluh panjat bukit. Brrrr...
But seriously, our mintak-nyawa-all-the-way effort pays off. Breathtaking views all the way up and down the hill. Siapa kata Perlis tak best? Lu gila ka?
Haaa.. Amacam? McD pun tak boleh lawan semua ni, okay? Ni, belum lagi aku guna DSLR, Photoshop jadah tu. Haaaa... ;)
Kampung pun, kampung lahhhhh....
2 comments:
Lawa gila...
Memang la lawa Umie. Perlis ni made up of sawah padi ja. Tu yang best! Hihihi. ;)
Post a Comment