05 October 2015

28th - 30th September 2015: Perhentian Kecil

assalamualaikum~ :)

Urmmm.. So, Nabila the coconut tree requested a full report on my Perhentian trip, last week. But I'm not in a really good mood to write anything since I'm in my vacation mode now (dah habis belajar y'alls!), I'll just brief you setakat mana yang mampu. Ringkas tapi padat gittewww. Hiks.

Sebelum aku cakap banyak, let's just leave these pictures to do the talking, on how Perhentian looks like. Prettttty, breathtaking, so blueeeeee, Subhanallah tak tau nak kabor cemana dah lah. Tengok sendiri lah! Haaa..


Okay?

Puas?

Need no words kan?

I only speak the truth tau.

Tudia bukti, pergi belek semula kalau kurang percaya.

Lulz.

So, basically this trip was planned antara weols punya geng Hipster ja. Please don't ask me why nama group tu 'Hipster'. Haha! Kebetulan kenduri Spark masa cuti Raya Haji di Terengganu, so weols semua pun macam rancang lah one last trip ke pulau sebelum masing-masing berangkat ke kehidupan lain. Me and Izzat have basically finished with our master, while the others memang tunggu nak habiskan writing. So why not?

 And last week, off we went to Perhentian Kecil. Bertujuh. Bulat, Izzat, Keli, Meyna, Una, Leyah and me. Spark couldn't tag along, since dia busy honeymoon entah kat mana entah. Haha.

Initially, we took this one package yang Bulat jumpa di Facebook. RM280/head for 3D/2N punya trip. Include hotel, tambang bot pergi/balik, makan, BBQ, and five snorkeling points. But something happened, and we were super upset with the agent, so we cancelled it.

We didn't know that we'll be staying in the Fishermen Village, which will require us to take a water taxi to go to the beach, just to play with water. We have been asking for tentative and black and white since foreverrrrr, and they failed to provide us any. Malam sebelum kami bertolak, baru kami tau yang kami kena stay jauh dari pantai (Long Beach).

I was like, da heckk? Tak kan nak kena bayar water taxi setiap kali kita nak pi main kat pantai kot? Like, seriously?

NO WAY.

After few scenes of menuntut wang and all, we cancelled it and decided to just go and redah sendiri. Gamble. Lagipun, masa tu weekdays. Don't think it'll be that hard sangat. *husnudzon*

Dengan ketegasan dan kegarangan bebudak ni, makanya kami pun dapat semula wang deposit kami. Hahahaha!! You do not mess with the Hipster okay! *flips tudung*

Sebelum naik bot di Jeti Kuala Besut.

Berapa jarak dari mana ke mana, sorry I cannot provide you. Since the day before, we slept in Kota Bharu, Kelantan. 

Return ticket, RM70. Setengah jam perjalanan.

Simpan je la tiket tu, sebab nanti balik orang tu akan minta semula. Tapi kat jeti tu nanti, have to pay another RM2. Untuk mende entah. Tak ingat. Entrance ke pulau tu kot.

Haaa masa uols busy bekerja tu, weols tengah layan naik bot.

Lepas setengah jam naik bot, you'll be transferred into a smaller boat a.k.a water taxi. Since larger boat tak boleh reach the beach. Dekat je, tak sampai dua minit pun. This one, requires you to pay another RM2/head. For the water taxi.

Jalan-jalan cari chalet/hotel.

Told ya, yang kami ni gamble je kan cari hotel/chalet apa semua sendiri? So the moment jejak pantai, we split into three. Dua jaga beg, dua cari hotel/chalet ke kiri, lagi tiga cari hotel/chalet ke kanan. Since we are all students, miskin lagi kedana, obviously we were looking for a budget hotel/chalet. Kat sini, for boys, it's easier lah. Since they have dormitory. Cheaper lah kot. But came to think about it again, the one we stayed in lagi berbaloi. RM60/chalet yang boleh masuk sampai tiga orang. Gila tak murah?! 

Siap ada 'mini zoo'. Biawak bermain-main di hadapan bilik. Katak pisang is our permanent roommate. Hahahaha!! Gila sedih. Rasa miskin gila. Tapi best woi! Bila lagi nak dapat rasa camtu kan? Abah kata, kalau nak bercuti, belajar dari cara mat saleh-- don't waste money on things we don't need.

Gitteww...

Budok bijok ni bawak beg gini gi pata, mapuh mereput nok heret ke chalet.

We stayed in Cempaka Chalet throughout our trip. Kat sini, mostly hotel/chalet tak ada electricity during the day. Because obviously we won't be around pun masa siang. Unless kau sejenis loser, dah sampai pulau pun masih mahu bergulung di dalam bilik, I don't know lah tu. Huhu.. 

They'll turn it on from 7 p.m. till 7 a.m., the next morning. Kira okay la tu. Masa tu dah cerah. Kat Cempaka Chalet ni best, sebab abang-abang beach boys tu semua ramah. And kebetulan, they provide diving/snorkeling trips jugak. So weols tak payah la bersusah-payah sangat nak pi cari. Senang, setelkan dengan owner dia ja.

Snorkeling trip, RM50/head for five points. We went to see corals, fishes, sharks, sea cucumbers and turtles! Oh, ada jellyfish jugak! Siap head bang dengan Izzat. Haha! Kesian Izzat.

KK point, shark point, Fishermen Village, turtle point and windmill. Sepatutnya pergi Coral Bay, tapi ada seorang ahli yang keuzuran, kesian dia tak boleh snorkel, so we went for stairs climbing untuk tengok windmills atas bukit! 

"Weyy kau tak boleh turun, nanti jerung datang!"

Haahahahahah!! Gold!

:')

Aku jumpa semua benda, kecuali sharks! Izzat dengan Bulat je kot yang nampak! Aku tak nampak pun. Ish. Tapi aku nampak penyu k! Gila eksaited kejar penyu dalam laut, sampai dua hari sakit betis. Gila laju penyu tu berenang. Stress mak!

Sebelum jadi ikan masin.

Belakang ni bukan chalet saya, sekian.

Sekumpulan penyu terapung.

Kids are ready to go for snorkeling!


Stairs climbing for windmills.




Lepas jadi ikan masin.




Last checkpoint, energy depleted. Negative terus.

Basically masa first day, habis dengan mencari hotel/chalet, berehat dan main air sekejap. Oh, weols naik kayak jugak. Air laut di Long Beach dan di windmills tu, jernih gila okay! Like, jernih gila I can't even! Burrrr...

Second day, habis dengan snorkeling je. From 10.30 a.m. sampai 5.00 p.m.. Pastu sambung main kat pantai. Siap mintak pinjam life jacket and goggle dari abang tu. Haaa.. Since weols memang stay situ, ambil pakej snorkeling situ, breakfast pun situ, senang gila lah nak bodek. Tak gitu? Ahaks.

Sorry tak dapat nak susun gambar ikut kronologi. And sorry jugak kalau gambar macam banyak aku dengan dua manusia tu ja. Sebab memang aku banyak bergambar dengan dua makhluk tu ja. Lulz.



Keesokannya, kami check out awal. Sebab nak jenjalan di Kuala Terengganu pulak. Later lah I story mory in detail on our whole trip. Ni post semata-mata untuk Perhentian trip ja.

I'll share with you some tips yang weols dapat sepanjang kat sana. Hope it helps! Diingatkan sekali lagi, inilah adalah trip pelajar miskin hina tanpa wang tau! Lebih kurang macam destinasi bajet lah! But trust me, semua yang jadi sepanjang trip are precious memories. Walaupun it involves biawak dan katak pisang, I still had fun with you people. It's not about how perfect our trip is, but more to how we get to spend our time together.

I love you crazy hipsters.

:')



TIPS ON PERHENTIAN KECIL
  • Dinasihatkan untuk ambil pakej, sebab mostly katanya hotel/chalet kat sini tak boleh nak book. Nak walk in, boleh. Tapi kalau datang during weekdays macam weols lah. Itupun, almost habis bilik. Tapi, seriously speaking, walk in and gamble macam weols, dapat jimat duit banyak gila.
    • Kos per head
      • Chalet - RM60 (for two nights)
      • Snorkeling - RM50
      • Return ticket for boat - RM70 (you can actually get for RM50, tapi weols tuntut deposit dari ejen gila itu, so had to take theirs)
      • Water taxi - RM4 (RM2 + RM2 untuk pergi dan balik)
      • Entrance fee (?) - RM2
      • Kayak - < RM20 (tak perasan, hari tu Keli bayarkan)
      • Makan - RMxx (depends on you lah)
  • Kalau tak nak serabut, pastikan anda menginap di Long Beach. Dia macam Pantai Chenang lah, hotel/chalet sepanjang pantai. Senang nak main water sports. Pantai pun dekat. Selalunya kalau pakej less than RM300, dia akan tempatkan uols di Fishermen Village. Which, kena naik water taxi kalau nak ke Long Beach. Bear in mind, tiket water taxi tak termasuk dalam pakej.
  • Bab electricity, macam yang aku bagitau, most tempat memang ada untuk malam je. So, boleh lah charge semua devices malam tu. Macam kat Cempaka Chalet ni, memang dia dah sediakan extension. So tak payah gigih nak berebut.
  • Makanan di Long Beach is super expensive. Might as well kena double than the normal price. So, bawak air sendiri bebanyak kalau rasa tak nak duit habis kat air/makanan ringan je. And kalau rasa cerewet bab air kosong, bawaklah sendiri. Kat sini, dia jual Sea Master ja. Euw.
  • Kalau nak murah, tinggal di Fishermen Village. Sebab basically, tempat ni is penempatan manusia. So harga makanan is not that expensive, though they are not that cheap either. But then again, nak diingatkan, kehidupan di Fishermen Village adalah sedikit sukar kalau kau nak main air.
  • Bab makan, weols selalu sarapan di Cempaka Chalet. Nanti akan ada orang jual nasi bungkus. Murah. RM4/bungkus. Lauk daging/ayam. So kalau nak jimat, boleh sarapan nasi bungkus. Kalau nak jimat lagi, beli sebungkus lebih untuk makan tengah hari/malam.
  • Dua malam kat sini, kami dinner di Panorama. Murah! Tak sampai RM20/night for a generous amount of food. Serius. Ayam dia besar muka kau. Kalau rasa diri tu tak kaya sangat, jangan nak berangan makan di kedai yang atas pasir tu. Mahal gila, okay. Go find Panorama. Murah dan sedap. Recommended. 
  • Kehidupan di Long Beach ni, sepanjang hari. Setiap malam ada fire show. So kalau nak jenjalan kat pantai sampai midnight pun, no worries. Ramai manusia.
  • If possible, please please please bawak kamera yang boleh masuk dalam air weh! Air laut dia serius jernih weh. Biru weh. Please weh. I don't know to explain this weh. 
  • Kalau tak nak menyesal di kemudian hari, tempeklah sunscreen sebanyak yang mungkin. I mean, seriously dude. Aku hangit. Ini bukan tan dah ni. Hangit. 
  • Oh. Kat sini, line Maxis macam siput tercekik. Kadang tu, sampai tak ada line langsung. Siap kena roaming lagi tau uols. Depa la habaq. Cheq mana tau, cheq pakai Celcom. Elokkkk ja cheq duk hapdet Instagram tu. Kakaka..
  • Last nak kabor, tempat ni TAK SESUAI LANGSUNG kalau nak pi dengan family. Serius. Tak rasa macam kat Malaysia pun, if you know what I mean. Weols yang tak lah malaikat mana ni pun, terasa macam malaikat bila kat sana. Lulz.

Haa.. Setakat ni, yang tu je lah yang aku ingat. Sebarang pertanyaan, boleh tanya. Kot-kot aku terlepas pandang ke apa ke. Nanti kalau teringat apa-apa lagi, aku update okay?

Toodles~

No comments: